Monday, October 24, 2011

A124062 AHMAD SYAZLI KHAMIS LJ04-MBTI..SURATAN ATAU KEBETULAN??

A124062 AHMAD SYAZLI KHAMIS LJ04-MBTI..SURATAN ATAU KEBETULAN??
ASSALAMUALAIKUM.
Everything is energy. You are an energy magnet, so you electrically energize everything to you and electrically energize yourself to everything you want. (The Secret,Ronda Bryne)
 
Insan diciptakan tersangat-sangat unik dan istimewa. Keistimewaan ini yang mengangkat mereka sebagai khalifah di muka bumi. Keunikan yang terdapat dalam diri mereka dipupuk dan disemai tatkala mereka mula melihat dunia ini. keunikan itu boleh dikenali sebagai personaliti. Personality adalah merupakan cirri unik dan tersendiri setiap manusia seperti juga cap jari.
Rencana kali ini akan menerangkan berkenaan Myers Brigs Type Indicator@ MBTI. Boleh dikatakan MBTI adalah kajian secara turun temurun daripada Katherine (ibu) dan diteruskan oleh Isabel (anak perempuan).
MBTI mempertaruhkan  ciri-ciri unik 4 seksyen dan 8 sub-seksyen:
1.      Interaksi sosial
  •      Introvert
  •      Ekstrovert
 
2.      Kecenderungan mengumpul data
  •       Sensing
  •          INtuitif
 
3.      Kecenderungan membuat keputusan
  •       Feeling
  •       Thinking
 
4.      Gaya membuat keputusan
  •      Perceptive
  •     Judgemental
Gabungan huruf-huruf yang di tebalkan akan menghasilkan 16 abjad unik yang menjadi identiti kepada setiap manusia.
 
Kesimpulannya. Setiap manusia adalah unik dan sangat menarik unutk dikaji. Kelainan sikap menyebabkan dunia bertambah meriah dan rancak dengan pelbagai ragam manusia.
 
Sekian.

Sunday, October 23, 2011

A132513 AMALUDIN BIN KOSNIN LJ5 KENALI SIAPA DAKU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Wah, nampaknya sudah sampai kita pada jurnal yang terakhir. Pasti selepas ini akan terbit rasa rindu pada penulisan sebegini. Yela, bukan selalu kita ada masa untuk menulis sesuatu yang kebiasaannya menjadi wadah biasa kepada catitan  yang berilmu seperti dalam kelas KMK ini. Pada sesi kuliah yang lalu, saya belajar tentang personaliti dan membuat keputusan.

            Pada sesi tersebut, kami diberi tugasan untuk menjawab empat soalan. Pertama, orang lain dalam hidup anda. Pada saya sangat-sangat penting. Setiap daripada kita memerlukan orang lain dalam hidup ni, tak nak la jadik kera sumbangkan? Kedua, kami diberi gambar cawan kertas dan disuruh memberi pandangan tentang cawan tersebut. Apa yang saya terfikir ialah saya pernah membaca peristiwa seorang guru dan anak muridnya di mana guru meletakkan dua jenis cawan di atas meja. Satu buruk, satu lagi cantik. Guru itu bertanya pada anak murid, cawan manakah yang akan dipilih. Anak murid menjawab yang cantik. Guru lalu menjelaskan, 'muridku, itulah lumrah hidup manusia, sering ingin yang terbaik. Cuba kamu lihat, padahal perkara yang ingin dibuat hanya minum air, tapi manusia tetap membandingkan sesuatu yang tidak penting sedangkan air itu sama sahaja rasanya sama ada di dalam cawan yang buruk mahupun yang cantik'. Peristiwa ini boleh dikaitkan dengan situasi membuat keputusan, di mana manusia kadangkala lebih menumpukan pada hal yang sia-sia daripada yang sepatutnya.

            Soalan ketiga pula, apakah yang dipentingkan bila buat keputusan. Soalan ini saya disuruh jawab, jawapan saya ialah risiko. Apakah akan wujud risiko bila sesuatu keputusan itu dibuat, pada ia amat penting. Namun, jika difikirkan balik, semua benda di dunia ini seringkali berdepan dengan risiko. Jadi, yang keduanya ialah biarlah keputusan itu memberi kebaikan kepada pihak atau orang lain. Namun, perkara utama atau pokok keputusan itu pada saya ialah berlandaskan iman dan takwa. Soalan terakhir ialah bagaimana kami uruskan tugas atau kehidupan seharian. Saya uruskan tugas seharian dengan ikut suka hati saya sahaja. Bila saya nak buat, saya buat. Sekarang ini pula saya sedang bekerja di kedai runcit di Kolej Ibrahim Yakub, jadi masa saya yang agak membazir tak terisi itu boleh juga dipenuhkan dengan hal-hal yang menguntungkan.

            Pada hari Selasa pula, kami diberi ujian mengenali personality. Saya termasuk dalam kumpulan INFP. Kemudian kami dilepaskan kepada kumpulan yang berpersonaliti sama untuk berbincang. I ialah INTROVERT. Persamaan kami sekumpulan ialah kadangkala kami ingin menyendiri, namun tidaklah sampai begitu obses dengan sikap intimasi ini. N pula INTUITIVE iaitu kami sering membuat kerja pada saat akhir, itu memang sikap tradisi yang sukar diubah. F pula ialah FEELING di mana persamaan kami di sini ialah sukar mengingati perkara yang sudah agak lama berlaku. Manakala P ialah PERCEIVING iaitu kami sering juga meyerah pada situasi yang akan berlaku, asalkan ia memberi impak yang baik untuk kami dan orang tertentu yang berkenaan.

            Untuk diri saya sendiri, INFP yang wujud ialah saya ni jenis yang memang membuat keputusan dengan apa yang saya rasa perlu dan jarang mendengar apa yang orang cakap. Dulu memang saya selalunya mengambil cakap orang, tapi bila saya mula sedar akan pentingnya ikut naluri hati, saya kini mula membuat sebarang perkara dengan kata hati. Tapi kena tengok keadaan juga, jika saya tidak mahir dalam selesaikan masalh tersebut, barulah saya ikut pandangan pihak lain. Keseorangan, memang saya suka menyendiri untuk bermuhasabah diri, itu sahaja. Buat kerja pada saat akhir, itu memang 'hobi' saya. Kalau boleh saya nak ubah hobi ini, tapi setakat ini memang dah 'lekat', susah lah macam itu. Seterusnya, sukar untuk mengingati kisah lepas, saya memang sangat-sangat akui. Saya mimpi pun lepas bangun tidur nak ingat balik punyalah payah! Padahal baru bangun. Itu pun kalau boleh saya nak hilangkan, yela takut-takut saya cepat nyanyuk pula nanti! Tapi jika ia tidak memberi sebarang kesan, saya tidak kisah. Kalau nak ambil contoh, saya selalu sahaja cuba untuk ingat wajah kawan saya yang secara tiba-tiba muncul dalam kepala. Saya pening fikir nak tentulkan sama ada mereka tu kawan yang saya kenal di sekolah, PLKN, kem motivasi atau di tepi-tepi jalan? Bagi sikap menerima apa yang berlaku, itu kerana saya ni jenis orang yang mudah putus asa. Tapi saya akui sikap itu mesti dibuang. Namun tidak semua penerimaan keadaan yang berlaku itu membawa kesan buruk. Selain itu, sikap ini juga membawa maksud saya ni jenis yang suka menjaga hati orang, terutamanya keluarga dan kawan.

            Baiklah, sampai di sini sahaja coretan saya, juga coretan untuk terakhir kali dalam kelas KMK bagi penulisan jurnal dalam blog. Di kesempatan ini saya mohon kemaafan jika ada penulisan-penulisan saya yang menyinggung perasaan kalian semua. Harap bertemu lagi pada masa akan dating. Wassalam.

A132696 LJ05 Khairul Bariah Jailani AKU DAN ENFP??????? (^_^)

Bismillahirrahmanirrahim…..
Assalamualaikum dan salam sejahtera….
            Tibalah masanya aku menulis jurnal terakhir…huhuhu.. :-(  sedih plak rasanya tak tulis jurnal dah lepas nie. Gembira pun ada la jugakkan.. mana taknya, nak balik kampung pun rasa macam tak nak balik sebab tugasan jurnal tak hantar lagi. Walaubagaimanapun, bagi aku tugasan jurnal ini bukanlah satu beban tetapi satu langkah yang amat baik untuk aku mengulangi semula apa yang aku pelajari di dalam kelas sebelum ini. Lebih kurang macam study laa..ai maklumlah, orang macam aku ni, nak dekat exam baru buka semula nota, lepas kelas kurang la aku ni nak study terus.(^_^)
             Jurnal aku pada kali ini bertajuk personaliti dan emosi. Ini adalah satu topik yang menarik di mana aku dapat mengenali siapa diri aku dan aku dapat mengetahui tentang personaliti kawan-kawanku yang lain. Apa itu personaliti? Personaliti ialah satu tafsiran ringkas mengenai keperibadian seseorang yang merangkumi pemikiran, persepsi, nilai, sikap, watak, keupayaan, kepercayaan, kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan sebagainya. Mayer,2005 menyatakan bahawa personaliti ialah "corak  psikologi seseorang individu yang timbul  daripada motif,  perasaan, pemikiran, dan lain-lain kawasan-kawasan fungsi psikologi yang utama.  Personaliti dinyatakan melalui  pengaruh pada badan, dalam kehidupan mental  yang  sedar dan melalui  individu tingkah laku sosial. Personaliti juga adalah "Ciri –ciri  pola  pemikiran, perasaan dan  bertindak."
     Terdapat empat  perspektif dalam dalam personaliti iaitu:
             1.       Psikoanalitik - motivasi dalam keadaan tidak sedar
             2.       Sifat - dimensi khusus personaliti
             3.       Kemanusian -keupayaan dalaman bagi pertumbuhan
             4.       Sosial kognitif – pengaruh persekitaran
 
             
           Apa pula yang dimaksudkan dengan MBTI?  MBTI adalah singkatan kepada Myers-Briggs Type Indicator. MBTI ini telah bermula sejak 1920-an lagi. Ahli psikiatri Switzerland , Carl  G. Jung, mencadangkan bahawa tingkah laku manusia tidak secara rambang,  ia boleh  menjadi kedua-dua diramalkan dan dikumpulkan bersama. Jung  melahirkan  kepercayaan  bahawa manusia  dilahirkan dengan  kecenderungan  kepada  personaliti tertentu ,  sama seperti mereka  yang dilahirkan dengan kecenderungan  untuk tangan kanan  atau kiri. Pada masa yang sama Katherine Briggs, telah membangunkan  klasifikasi  personaliti  sendiri. Dia juga telah membuat kajian seperti Jung. Anak perempuan  Katherine,  Isabel,  menyertai  mereka mengkaji perbezaan  dalam sumber manusia untuk 20 tahun akan datang tahun. Pada 1942,  Isabel  mula  mengembangkan satu siri soalan untuk mengukur  perbezaan  personaliti dan mewujudkan  Myers-Briggs Type  Indicator(MBTI).Pada tahun 1975 MBTI digunakan untuk kumpulan  profesional dengan lebih meluas.
        MBTI dinilai mengikut lapan jenis perkataan iaitu  Extraversion(E), Sensing(S), Thinking(T), Judging(J), Introverted(I), Intuitive(N),Feeling(F) dan Perceving(P). 16  jenis yang sering dirujuk iaitu singkatan daripada empat huruf, huruf awal setiap empat  pilihan  jenis mereka (kecuali intuisi, yang menggunakan N untuk membezakan ia daripada
Introversi). Sebagai contoh:
         1. ESTJ - Extraversion, Sensing,Thinking,Judging
         2. INFP - Introversi, Intuitive, Feeling, Perceiving
         3. INFJ -  Introversi, Intuitive, Feeling, Judging
         4. Dan sebagainya untuk semua 16 jenis kombinasi mungkin
           Setelah kami memahami apa itu MBTI, Dr Zam menyuruh kami menjawab soalan untuk memahami personaliti diri masing-masing. Soalan- soalan yang ditanya berkaitan dengan hidup kita seharian. Soalan yang ditanya dalam Extrovert (E) dan Introvert (I) berkaitan dengan cara kita berinteraksi. Sensing(S) dan Intuitive(N) berkaitan dengan cara kita mengumpul maklumat atau data. Feeling(F) dan Thinking(T) pula berkaitan dengan keutamaan dalam membuat keputusan .Judging(J) dan Perceving(P) adalah berkaitan dengan gaya  kita membuat  keputusan.
           Setelah menjawab beberapa soalan tersebut,  aku mandapati bahawa jenis interaksi sosial aku ialah extrovert(E)  iaitu aku ini jenis suka berada di hadapan ketika berperanan dan sanggup mengubah keputusan  demi memenuhi permintaan orang lain. Cara aku mendapatkan maklumat atau data pula ialah mengikut cara Intuitive(N) . Aku mendapatkan maklumat dengan mengaitkan  tindakan sekarang dengan  masa hadapan untuk jangka masa yang panjang dan aku tidak  ingat secara terperinci tentang sesuatu perkara tetapi masih ada bayangan waktu dulu. Cara aku membuat keputusan pula lebih memihak kepada  Feeling(F) iaitu aku membuat keputusan demi kebaikan bersama,keputusan juga dibuat demi kepentingan orang yang lebih memerlukan dan keputusan dibuat bila capai kesepakatan. Soalan yang terakhir adalah berkaitan dengan gaya aku membuat keputusan dan jawapan yang aku dapat ialah aku dalam  perceiving(P) iaitu membuat keputusan dengan cara membuat dua atau tiga kerja serentak, membuat kerja di saat-saat akhir dan rancangan asal boleh diubah mengikut keadaan semasa serta beri perhatian kepada gangguan kerana mungkin boleh meningkatkan pencapaian. Jawapan yan aku peroleh daripada soalan –soalan ini ialah ENFP yang dikategorikan sebagai 'the inspirers'.
                 Selepas memperoleh empat huruf tersebut ,Dr Zam menyuruh kami semua mencari kumpulan masing-masing yang mempunyai jawapan yang sama. Terdapat empat orang yang mempunyai jawapan yang sama dengan aku iaitu Farhana Binti Idris, Heng Yew Peng dan Halimatus Sa'diah. Setelah berbincang, kami mempunyai beberapa personaliti yang sama iaitu kami berempat suka berimaginasi. Kami suka mengelamun tentang mengenai perkara yang kami suka dan kemudian kami boleh membuat angan-angan tersebut sebagai inspirasi untuk membuat sesuatu kerja.Dalam bidang hiburan pula, kami boleh menerima semua jenis muzik sama ada balada,pop,rock dan lain-lain. Kami berempat juga suka membuat sesuatu kerja pada saat-saat akhir dan suka menangguh kerja sekiranya sesuatu ada yang mengganggu seperti  kawan mengajak keluar makan dan jalan-jalan. Kerja- kerja tersebut akan disambung semula sekiranya sudah kesuntukan masa untuk menghantarnya. Kami juga kreatif dalam membuat sesuatu, sebagai contoh aku dan Farhana suka membuat bekas pensel sendiri, kotak hiasan dan membuat baju sendiri. Aku juga  sangat suka menjahit baju kurung dan menghias baju tersebut dengan sulaman manik.
              Aku amat seronok menghadiri kelas pada minggu ini  kerana aku dapat berkongsi minat bersama kawan-kawan. Mungkin selepas ini aku dapat berkongsi pendapat pula untuk membuat sesuatu yang lebih kreatif lagi. Walaupun personalitiku ini telah menonjolkan perangai burukku seperti suka membuat kerja-kerja di saat akhir tetapi bagi aku, aku adalah seorang yang tabah dan berusaha untuk mendapatkan apa yang aku impikan,walaupun aku  pun kurang yakin dengan diriku sendiri. Pengalaman banyak mengajar aku mengenali siapa diriku. Semasa di tingkatan lima dahulu, aku sangat teringin menurunkan berat badan aku untuk kelihatan lebih cantik. Duduk di rumah sepenuh masa semasa menunggu keputusan SPM bukanlah sesuatu yang mudah bagiku untuk cuba menurunkan berat badan. Ini kerana makanan sentiasa terhidang ketika pagi, tengahari dan malam. Tambahan pula,itu adalah air tangan emak, bukan senang untuk aku  menolak. Namun begitu, dengan dengan azam yang kuat, aku berjaya kurangkan makan nasi sehingga aku tidak makan nasi langsung sehingga sekarang. Berat aku juga telah menurun lebih dari 15kg dan aku dapat mencapai berat badan yang aku inginkan.
               Itulah sahaja tentang personaliti diri yang dapat aku kongsikan dengan kawan-kawan. Kepada Dr.Zam, terima kasih kerana memberi tugasan penulisan jurnal ini kerana saya dapat berkongsi banyak maklumat dan memperoleh pelbagai cerita menarik dari penulisan kawan-kawan yang lain.Semoga kita semua dapat meneruskan tugasan yang seterusnya dengan baik.
Sekian.... terima kasih, wassalam.....berry(^_^)
 
 
 
 




A132008, NADIA BT PURI, PERSONALITI = ISFP

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t,
Selamat bertemu kembali ke penulisan jurnal KMK edisi kelima yang mana ini adalah penulisan jurnal saya yang terakhir. Ya, seperti anda semua, penulisan jurnal yang kelima adalah tugasan terakhir untuk kita semua. Oleh itu, marilah kita lakukan yang terbaik untuk penulisan yang terakhir ini. Begitu juga dengan jurnal saya yang terakhir ini, saya sertakan satu tayangan video yang agak menarik agar anda lebih mudah memahami tajuk 'Personaliti' pada minggu ini. Sila lihat video di atas ya….
Kita teruskan kepada topik utama penulisan iaitu ulasan kuliah. Kuliah pada minggu ini adalah berkaitan dengan personaliti. Fungsi personaliti individu yang akan menentukan bagaimanakah sesuatu keputusan dapat dilakukan. Perbincangan tentang topik personaliti telah membawa kami untuk menjawab beberapa persoalan. Dr Zamri menerangkan bahawa jawapan kepada soalan-soalan tersebut akan memberi gambaran kepada personaliti individu. Ketika itu, terdetik di fikiran saya mengapakah perbincangan tentang personaliti tidak diletakkan sebagai topik terawal kuliah. Ini kerana, dengan mengetahui personaliti masing-masing, ia dapat membantu inidividu untuk lebih memahami tentang konsep-konsep taktikal dalam membuat keputusan. Malah, dalam beberapa hal berkenaan kemahiran Insaniah, personaliti adalah perkara utama yang akan dibincangkan terlebih dahulu. Justeru, dalam memikirkan jawapan kepada soalan-soalan yang diutarakan Dr Zamri, fikiran saya masih 'teragau-agau' dengan persoalan tentang topik yang manakah harus didahulukan dalam subjek KMK. Apakah saya akan dapat mengetahui releven persoalan saya ini? Saya akan beritahu anda pada penghujung penulisan ini.
Berbalik kepada penceritaan saya tentang soalan-soalan personaliti tadi, setelah diadakan sesi perbincangan, Dr Zamri cuba memberi bayangan kepada kami tentang konsep  MBTI yang digunapakai untuk menguji personaliti individu. Istilah MBTI (Myers-Briggs Type Indicator) agak asing bukan? Namun, Dr Zamri menegaskan bahawa dengan menggunakan konsep MBTI kita akan mengetahui beberapa ciri-ciri personaliti diri dan menghubungkaitkannya dengan kemahiran membuat keputusan. Sesuatu yang agak mudah didengari tetapi sukar untuk difahami bukan? Tapi, hati ini meyakini kata-kata Dr Zamri bahawa setelah memahami apakah yang dinamakan kosep MBTI, kami pasti akan berpuas hati dengan hasilnya nanti.
Keesokan harinya, sepertimana yang dijanjikan oleh Dr Zamri untuk kuliah yang seterusnya, kami diberi penerangan yang lebih jelas tentang konsep MBTI. Jika kita ingin memahami dengan lebih mudah, saya akan gambarkan bentuknya adalah seperti berikut:
LANGKAH 1: Terdapat empat bentuk soalan yang anda perlu dapatkan jawapan yang paling tepat. Setiap   soalan akan mewakili 1 huruf yang berlainan.
Soalan 1-Interaksi Sosial individu à Extrovert (E)  /  Introvert (I)
Soalan 2 –Cara penilaian untuk mendapatkan maklumat à  Sensing (S) /   iNtuitive (N)
Soalan 3- Cara penilaian dalam membuat keputusan à Feeling (F) /  Thinking (T)
Soalan 4- Cara membuat keputusan à Perceptive (P) / Judgment (J)
 
LANGKAH 2: Tulis setiap huruf pangkal  yang menjadi jawapan anda. Ini bermakna akan ada 4 huruf mewakili 4 jawapan. Pastikan anda dapat 4 huruf yang di susun dari soalan yang pertama. Contohnya, ESFJ, ISFJ, ENTP, ESTJ dan sebagainya.
LANGKAH 3: Dengan melihat hasil keputusan susunan abjad, anda akan diberi beberapa klasifikasi yang akan menunjukkan apakah personaliti anda. Contohnya, ISFP adalah mewakili personaliti 'The Artist' manakala ESFP mewakili personaliti ' The Performer' dan juga pengelasan personaliti yang lain.(saya hanya nyatakan dua personaliti yang berkait rapat dengan diri saya sahaja)
LANGKAH 4: setelah mengetahui apakah huruf MBTI anda dan apakah kategori personaliti anda, anda perlu kaitkan hasil ujian personaliti tersebut dan kaitkan peranannya dalam mempengaruhi individu dalam membuat sesuatu keputusan.
CONTOHNYA ADALAH SEPERTI BERIKUT:
HASIL LANGKAH 1: Jawab soalan personaliti dan hasilnya adalah ISFP
HASIL LANGKAH 2: Suai padankan huruf MBTI dan kategori personaliti. ISFP = 'The Artist'
HASIL LANGKAH 3: Adakan perbincangan dengan rakan yang berada dalam kumpulan personaliti yang sama dengan anda. ISFP =(saya bersama Nurul Nadia dan Salwa). Fokus perbincangan adalah menyenaraikan apakah persamaan di antara 3 individu yang memiliki hasil MBTI yang sama.
HASIL LANGKAH 4: Hasil perbincangan adalah seperti berikut;
"Setelah berbincang dan menyuarakan pendapat masing-masing, kami bertiga sepakat untuk mengtakan bahawa ciri utama yang menjadi titik tolak persamaan kami adalah, KEBEBASAN. Kami amat mementingkan kebebasan dalam melakukan apa perkara sekalipun. Namun, kebebasan yang kami maksudkan masih berbentuk positif. Kebebasan yang kami mahukan bermaksud, contohnya dalam membuat apa-apa tugasan, kami lebih selesa untuk melakukannya sendirian. Kami tidak suka diatur-atur dan diarahkan sedemikian-sedemikian kerana kami merasakan kami tidak dapat mengaplikasikan daya kreativiti yang kami ada. Begitu juga dalam membuat keputusan. Kami lebih mudah untuk melakukannya secara bersendirian dan ini juga menunjukkan bahawa kami tidak mudah dipengaruhi orang lain. Malah tidak keterlaluan jika kami katakan bahawa kami adalah individu yang tidak mementingkan pandangan orang lain terhadap diri kami. Walaubagaimanapun, kami adalah merupakan individu yang amat mementingkan keluarga berbanding rakan-rakan. Dalam membincangkan tentang perancangan, persamaan kami adalah kami tidak merancang dalam membuat sesuatu pekerjaan. Ya, mungkin kami merangka apakah yang harus kami lakukan pada hari tersebut. Namun, untuk melakukannya, kami amat bergantung kepada 'mood'. Justeru, mudah untuk dikatakan bahawa kami bukanlah seorang yang 'patuh' pada jadual. Seperkara yang penting, kami merupakan individu yang lebih cenderung untuk melakukan banyak perkara secara sendirian. Justeru, dalam membuat sesuatu keputusan, kami tidak memerlukan orang lain untuk membantu atau berkongsi pandangan dalam membuat sesuatu keputusan. Kami cenderung untuk melakukannya secara individu. Berkaitan dengan bagaimanakah golongan 'The Artist' membuat sesuatu keputusan, kami cenderung untuk menggunakan fungsi 'perasaan' berbanding fakta. Contohnya, dalam menilai antara pengalaman dan fakta, kami lebih banyak mengguna pakai kaedah 'feeling' dalam membuat sesuatu keputusan".
Kuliah pada hari itu diakhiri dengan setiap wakil kumpulan menyatakan hasil perbincangan masing-masing. Antara kategori personaliti yang agak menarik yang dibincangkan pada hari itu adalah 'The Visionary'. Ketika itulah, saya mula menyedari bahawa topik perbincangan tentang personaliti sebenarnya membantu kami untuk memahami lebih jelas tentang pelbagai teori kemahiran membuat keputusan. Betapa sebenarnya topik personaliti adalah antara criteria pembelajaran utama yang harus dikuasai oleh setiap pelajar. Tanpa mengetahui tentang teori kemahiran membuat keputusan, kita tidak akan dapat memahami apakah peranan personaliti dalam membuat keputusan. Kiranya benarlah perkiraan terma pembelajaran yang mendahulukan topik tentang teori-teori asas KMK terlebih dahulu, barulah diikuti oleh perbincangan personaliti. Akhirnya persoalan saya menemui jawapannya..
Perenggan terakhir penulisan jurnal ini, saya nukilkan bersama perasaan yang bercampur baur. Adakah saya benar-benar merasa lega kerana tidak perlu menulis jurnal lagi selepas ini, atau saya akan merindui masa-masa yang saya habiskan untuk menghasilkan penulisan KMK. Sebetulnya, penulisan jurnal adalah satu kaedah yang paling efisien jika kita ingin mengulangkaji kembali subjek yang telah dipelajari. Terima kasih kepada Dr Zamri kerana telah beri kesempatan kepada saya untuk merasai pengalaman pertama menulis jurnal secara rasmi. Suatu kelainan yang tidak dapat saya dapati pada subjek yang lain mungkin.
Akhir kata, saya berharap agar penulisan saya yang terakhir ini akan membawa manfaat kepada diri saya dan anda semuanya. Semoga penulisan  ini adalah ilmu saya yang akan sentiasa berpanjangan sebagai 'saham' saya di akhirat sana. Semoga ia menjadi suatu ilmu yang bermanfaat..mohon maaf atas segala salah silap sepanjang penulisan saya sekiranya berlaku kesalahan tanpa saya sedari. Semoga kita bertemu lagi di dalam wadah ilmu yang lain di masa akan datang.Wassalamualaikum w.b.t..

A134167 Nor Adinah Mohamad Ali LJ05 Personaliti?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bertemu kembali kita di jurnal yang kelima dan yang terakhir ini. Pada minggu ini, kuliah diteruskan dengan membincangkan tajuk Personaliti. Personality adalah terdiri dari corak ciri-ciri pemikiran, perasaan dan tingkah laku. Personality juga timbul dari dalam individu dan kekal agak kensisten sepanjang hayat. Menurut Mayer,2005. Corak seseorang individu yang timbul daripada motif, perasaan, pemikiran dan lain-lain ialah proses psikologi. Personality dinyatakan melalui pengaruh pada badan, dalam kehidupan mental yang sedar, dan melalui tingkah laku social individu.  Terdapat beberapa inventori yang terlibat dan dibina melalui pendekatan rasional ini, iaitu di antaranya adalah Edward Personal Preference Schedule(EPPS), Myers-Briggs Typer Indicator(MBTI), Tennessee Self-concept Scale(TSCS) dan lain-lain.

Tapi Dr Zamri membincangkan tentang MBTI.  MBTI telah diperkenalkan pada tahun 1920-an. Seorang ahli psikiatri Switzerland, Carl G. Jung, mencadangkan bahawa tingkah laku manusia bukannya secara rambang,tapi pada hakikatnya, ia boleh diramalkan dan dikumpulkan bersama. Pada masa yang sama, Katherine Briggs, telah mewujudkan klasifikasi personality sendiri. Dia mencari satu cara untuk mengira teori beliau. Pada 1942, Isabel(anak Katherine) mula untuk mewujudkan beberapa soalan untuk mengukur perbezaan personality. Ini menjadi pengukur dalam Myers-Briggs Type Indicator.

MBTI merupakan ujian berdasarkan kepada 8 kod penting yang menjurus kepada perlakuan individu. Setiap daripadanya berpasangan, ini bermaksud terdapat 4 pasangan bagi satu set kod ini. Setiap pasangan membawa makna tertentu. Berikut merupakan sedikit gambaran tentang pasangan bagi setiap kod ::
1)      Apakah pusat focus perhatian anda?
-        Ekstrovert (E) ataupun Introvert (I)
2)      Bagaimana anda mengumpul maklumat?
-        Sensor (S) ataupun Intuitif (N)
3)      Bagaimana anda membuat keputusan?
-        Thinker (T) ataupun Feeler (F)
4)      Bagaimana anda berinteraksi dengan dunia luar?
-        Judger (J) ataupun Perceiver (P)
 

Seorang yang mempunyai ciri Extravert biasanya akan merasa selesa bila mengambil sesuatu peranan dan bersedia untuk mengubah keputusan untuk memenuhi permintaan diluar jangkaan. Manakala mereka yang bercirikan introvert ini ialah mereka lebih selesa bekerja dibelakang tabir sahaja. Mereka juga keberatan untuk mengubah keputusan.

Bagaimana pula dengan perbezaan ciri Sensor ataupu Intuitif? Mereka yang bersikap sensor ini sentiasa menumpukan perhatian untuk mencapai sasaran yang nyata. Sentiasa mengikut arahan yang tepat dan bersa bermotivasi dengan menghubungkan tindakan semasa untuk faedah serta-merta. Jenis intuitif pula biasanya menumpukan perhatian semata-mata untuk mencapai matlamat konsep dan hanya mengikut garis panduan sahaja.

Bagaimana anda membuat keputusan? Cara pemikiran atau perasaan? Thinker atau Feeler? Mereka yang membuat keputusan mengikut pemikiran ini biasanya lebih cekap dan menyokong pembuat keputusan dengan menyokong proses membuat keputusan. Mereka akan jadi lebih sukar apabila perlu untuk menjaga perkara-perkara di landasan yang betul. Sedangkan mereka yang membuat keputusan mengikut perasaan ini lebih mengutamakan kerjasama dan menggalakkan apabila perlu untuk menjaga perasaan orang lain.

Bagaimana pula anda berinteraksi dengan dunia luar? Mereka jenis Judger ini mengambil masa yang lama untuk mengenal pasti pencapaian dan sentiasa berpegang teguh pada perancangan. Meminimumkan gangguan dan pertukaran arah dalam mencapai hasil yang diinginkan. Bagi mereka dalam kategori Perceiving pula mempunyai cirri bertentangan dengan Judger. Perceiving sentiasa bertindak balas terhadap gangguan dan pertukaran arah untuk kepentingan mempelbagaikan hasil yang dicapai.

Setelah menjawab beberapa soalan, akhirnya saya mendapat kod saya sendiri. Kod saya ialah ISFJ. Apa itu ISFJ? ISFJ ialah Introvert,Sensing,Feeler,Judger.. apakah personality sebenarnya mereka yang memiliki kod ISFJ ini? Berdasarkan kajian, ciri-ciri ISFJ ini ialah mereka lebih melihat maklumat itu dari segi fakta dan butir-butir. ISFJ lebih tertumpu pada masa sekarang dan bukannya pada masa hadapan. Mereka gemar mengambil pendekatan yang lebih realistic. Daripada hasil soal jawab itu, ternyata memang benar. Saya lebih suka bekerja dibelakang tabir dan sentiasa membuat keputusan berdasarkan perasaan saya dan orang sekeliling.
Saya juga dapat berkongsi pandangan bersama mereka dari kumpulan yang sama dengan saya iaitu kumpulan ISFJ. Ternyata kami banyak persamaan. Antaranya kami lebih selesa bergaul dengan mereka yang betul-betul rapat dengan kami.

Kesimpulannya, daripada beberapa ujian yang boleh kita buat, kita boleh mengetahui personality diri kita sendiri. Sekian sahaja untuk jurnal yang terakhir ini.
 

A131204 Nur Aqilah Dalilah Bte Mohammed Alim LJ05 HIDUP ESFP


 Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Berjumpa lagi kita pada jurnal yang terakhir ini dalam subjek kemahiran membuat keputusan.
Pada kuliah yang leas Dr telah menyentuh topik personaliti.  Aku amat tertarik sekali dengan topik kali ini, kerana dengan ini kita dapat  mengenal pasti apakah sebenarnya personaliti kita. Setiap daripada kami dikehendaki  menjawab satu kuiz yang mana di penghujungnya kami akan mengetahui personaliti kami.  Kuiz ini menggunakan  Myers Briggs Type Indicator(MBTI). Soalan yang diberikan agak mencabar dan ianya perlu kepada pengamatan yang menyeluruh bagi diri kita dan kita memilih jawapan yang disediakan berdasarkan diri kami. Dari situ kami mula mendapatkan jawapan bagi personaliti kami.
 Bagi aku, setelah menjawab semua soalan dan aku mendapati bahawa aku berada di kelompok ESFP. ESFP juga digelarkan sebagai "the performers". Di sini, ada dua orang yang sama kelompok denganku. Kebanyakan jawapan yang kami beri adalah sama dan dari situ kami mula mengeluarkan buah fikiran tentang apa persamaan kami semua.
 Bagi aku, aku mengaku bahawa aku memerlukan orang sekeliling, kerana aku tidak suka kepada keseorangan.  Aku sudah biasa berteman, jadi apabila aku mula sendirian, akan mula berfikir yang bukan-bukan. Pada aku, tanpa orang sekuliling, hidupku tidak ceria dan seindah mana. Seperti bak kata pepatah: " Live LIFE to the Fullest." Itulah pendekatan yang aku gunakan dalam hidupku.
Aku juga suka membuat keputusan berdasarkan apa yang ada di hadapanku. Aku jarang dapart menjakakan sesuatu yang terlalu jauh sangat dan "out of the box".  Aku juga mengambil peluang yang sedia ada di hadapanku. Aku suka merebut peluang yang ada di hadapanku.
Aku juga suka memikirkan tentang orang lain dahulu sebelum aku. Ini kerana, aku menjaga hati dan perasaan mereka dan mengenepikan hati dan perasaanku. Ini disebabkan jika orang lain berpuas hati dan suka dengan buah fikiran atau idea aku, baru aku akan meneruskan ke tahap yang seterusnya. Jika mereka tidak menyukainya, aku cuba untuk mengikut acuan mereka tanpa menghiraukan diriku; adakah aku suka atau tidak dengan keputusan mereka.
Di dalam sesebuah perkara, bagi  kumpulan ini(ESFP), kami akan mengambil pendekatan yang biasa digunakan. Amat jarang untuk kami mengambil pendekatan yang jarang atau belum lagi digunakan. Kadangkala, kami tidak mahu mengambil pendekatan yang lain kerana disebabkan takut ianya tidak akan berhasil. Jadi, jalan yang paling baik ialah menggunakan pendekatan yang sedia ada.
Di sini, kami juga tidak suka membuat perancangan terhadap sesuatu perkara.  Kami suka mengambil pendekatan, apabila mahu membuat sesuatu, kami akan buat. Ini kerana apabila sesuatu perancangan dibuat, kadangkala ianya tidak berlaku seperti yang dirancang. Jadi, kami akan buat sesuatu apa yang teretik di dalam hati dan fikiran kami. Bak kata orang, "at random"  aja kita akan lakukan dan selalunya perkara yang tidak dirancang itu yang selalunya menjadi dan "happening". Kadangkala, tidak bagus juga membuat sesuatu tanpa perancangan, tetapi ada kalanya aku perlu membuat perancangan tetapi peratusannya amatlah kecil berbanding dengan tidak dirancang.
Juga, bagi kumpulan ini, kami boleh membuat pelbagai kerja di dalam satu masa.  Kami tidak suka terikat dengan satu masa satu kerja. Seperti contoh, apabila membuat assignment, aku masih boleh berbual di telefon sambil menaip assignment. Bagi sesetengah orang, mereka akan fokus terhadap sesuatu kerja. Apabial menaip assignment, akan terus menaip sehingga habis. Aku juga boleh menaip dua assignment di dalam satu masa. Kadangkala, ini juga dapat menjimatkan masa. Apabila sudah kekeringan idea pada satu assignment, kita akn beralih kepada assignment yang satu lagi.  Kami manfaatkan masa dengan sebaiknya.
Kami juga tidak suka kepada komitmen yang tetap. Kadangkala dengan komitmen yang tetap, kami tidak bebas untuk bersuara  dan perlukan kepada pemerhatian dan fokus yang lebih.  Kadangkala, ianya leceh.
Itu adalah sedikit sebanyak yang aku boleh menerangkan yang aku berada di bawah kategori yang mana. Aku berbangga berada di bawah kelompok ESFP.  HIDUP  PERFORMERS.

A135317 SITI FADILAH BT MOHD NOR

JURNAL LAST 'PERSONALITI KU"HEHEHEH......,<3
 
 
Assalamualaikum,kepada semua kawan-kawan sekalian dan  DR Zamri kerana banyak membantu aku dalam khusus ini.
.Hari ini saya akan mengupas satu topic yang berkaitan dengan personality.Dalam psikologi,personality ditakrifkan sebagai himpunan yang merangkumi pola emosi,pemikiran dan juga perlakuan yang unik bagi seseorang yang tekal dangan masa.
Menurut Imam al-Ghazali ,personality menerangkan tentang keadaan jiwa .Menerusi jiwa terbit semua perbuatan,yang senang dan mudah,tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian.Jikalau dari jiwa itu muncul perbuatan yang baik dan terpuji menurut akal dan syariat agama,itu dinamakan personality yang baik.Sebaliknya jika perbuatan buruk muncul dari jiwa seseorang maka dinamakan personality yang buruk.(Al Ghazali dlm.Yunus Majid 1985).
Manakala dari pandangan barat,iaitu Allport (1966),personality adalah suatu organisasi yang dinamik dalam diri individu yang merangkumi system psikofizikal yang menentukan bagaimana seseorang individu itu menyesuaikan diri dengan persekitaranya. "Dinamik" iaitu adalah merujuk kepada personality yang terus berkembang dan berubah-ubah.
 
Kini aku ingin berkongsi tentang personality aku sendiri,yang mana semasa dalam kuliah aku dapati aku memegang personality  INFJ,apa yang aku faham tentang personality yang meliputi INFJ adalah,seseorang pemimpin yang membangkitkan semangat dan pengikut,malah ianya boleh dipercayai jika di tempat kerja.Malah terdapat juga maklumat yang aku dapat daripada internat tentang personaliti aku,iaitu jika bekerja ,ianya lebih suka perkhidmatan jenis mengarahkan tenaga kerja.Malah seorang yang bersifat prihatin dan mempunyai kebimbangan yang tulen untuk orang lain,dan suka kekemasan dan suka memberi arahan di tempat kerja dan persekitaran. "sorry kalau apa yang aku faham adalah salah"
 
Dalam personality aku yang mengikut INFJ, aku sebenarnya tidak suka kepada arahan yang terlampau komplit dan peraturan yang mendesak.Kerana aku lebih suka membuat keputusan sendiri,sebagai contoh,jika aku diberi tugasan serta diarahkan supaya menyiapkanya mengikut masa yang ditetapkan,,aku akan buat mengikut perancangan aku sendiri,tetapi masa yang diarahkan untuk siapkan tugasan tersebuat aku akan selesaikan.
Disamping itu,dalam membuat keputusan aku lebih sukan mengikut perasaan,kerana aku suka menilai sesuatu perkara dengan meneliti sesuatu perkara yang bukan sahaja bersifat objektif.Sebagai contoh,perkara yang dialami oleh aku sendiri ,aku membuat keputusan untuk memutuskan hubungan aku dengan "si dia" kerana aku rasa aku tidak layak untuknya,tetapi aku masih saying padanya,sehinggalah "si dia 'menyedarkan aku supaya jangan terlalu mengikut perasaan apabila membuat keputusan.Aku bersyukur kerana mendapat "si dia" kerana ianya sangat  memahami aku,dan aku sendiri sebenarnya tidak mahu putuskan hubungan dengan "si dia" kerana aku telah mendapat restu dari ibuku ,tentang hubungan aku dengan "si dia".
Disamping itu pula,dalam melakukan sesuatu perkara aku suka merancang terlebih dahulu,kerana aku ingin memastikan apa perkara yang paling utama yang perlu aku selesaikan. Walaupun aku merangcang dalam  apa jua perkara ang aku ingin lakukan ,tetapi masa yang aku akan laksanakan perkara tersebut terletak pada pendirian aku sendiri,walaupun begitu semua perkara ang aku rancang harus disiapkan pada masa yang sepatutnya.
Disamping yang diajar oleh pensyarah dalam kelas,aku juga ingin berkongsi serba sedikit apa ang aku ketahui melalui apa yang aku baca,iaitu personality mengikut jenis darah dan juga personality mengikut bulan kelahiran.
Personaliti yang mengikut jenis darah,tetapi aku akan kongsikan personality dalam semua jenis darah.Tetapi jenis darah aku adalah B.
DARAH O
Individu ang memiliki jenis darah dari kategori ini,disifatkan sebagai individu yang setia ,sabar dan sentiasa yakin tehadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri.Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walaupun dalam keadaan yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.Individu yang memiliki darah jenis o ini,akan berusaha untuk mendapatkan apa yang mereka ingini walau dengan apa cara sekalipun.
Adakalanya individu yang memiliki darah o ini turut memiliki sifat cemburu yang agak kuat.Malah ianya juga bersifat  serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri sendiri.Bagi individu yang ini, harus lebih bijak mengawal emosi agar tidak dikuasai oleh tekanan yang dihadapi.
DARAH A
Bagi individu yang memiliki darah jenis A, keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu.Malah bagi individu ini juga turut suka melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan juga turut,melibatkan diri dalam aktiviti persatuan.Bagi individu kumpulan darah ini,merupakan individu yang bijak dalam pergaulan,dan ramai individu lain yang merasa selesa apabila bekerjasama.Sikap lain yang dimiliki oleh golongan ini adalah bersikap sensiti,sabar,dan  sikap bertimbang rasa yang terdapat dalam diri  kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang.Walaupun begitu,kadangkala individu yang memiliki darah jenis ini  juga turut mempunyai sifat yanag degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan waktu berehat.
 
 
DARAH B 
 
 "Sempoi" adalah ungkapan yang paling sesuai dengan pemilik darah B.Pemilik darah B,lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan  suka berterus terang dalam apa jua perkara.Manakala dalam melaksanakan tugasan yang diberikan ,kamu lebih gemar melaksanakan dengan cara kamu sendiri.Kamu adalah individu yang kretif dan fleksibel,senang dalam pergaulan.Kamu adalah individu yang bijak bersosial,namun adakalanya sikap yang suka berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain,mampu mendatangkan masalah dalam diri sendiri,dan sekaligus memperlihatkan kelemahan dalam diri sendiri.Tetapi nasihat aku,tidak semuperkara dapat kita selesaikan dengan sendiri tanpa meminta pertolongan daripada orang lain.
 
DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi ,itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri,individu yang etrgolong dalam kategori darah jenis AB ini.Kamu jiga sentiasa mengormati orang lain dan ini menadikan individu yang berada disekeliling kamu selesa untuk berdampingan kamu mu .Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap  menghidurkan dan ceria.Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu.Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri,dan tidak suka membiarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.
 
 
Disini aku ingin kongsikan juga tentang personaliti ku berdasarkan bulan kelahiranku.iaitu bulan MAC.
 
       I.            BERPERSONALITI MENARIK DAN MENAWAN
    II.            MUDAH UNTUK DIDAMPINGI
 III.            SANGAT PEMALU DAN PEMENDAM RASA
 IV.            SANGAT SENSITIF PADA PERKATAAN YANG DITUTURKAN DAN ALAM PERSEKIRARAN
    V.            SUKA PADA KEDAMAIAN
 VI.            SANGAT BAIK SECARA SEMULA JADI ,JUJUR ,PEMURAH DAN MUDAH SIMPATI
VII.            SANGAT PEKA TERHADAP ORANG LAIN
VIII.            SESUAI DENGAN KERJAYA YANG MEMBERI KHIDMAT KEPADA ORANG LAIN
 IX.            PEMERHATIAN YANG SANGAT TAJAM
    X.            KECENDERUNGAN UNTUK BERDENDAM JIKA TIDAK DIKAWAL
 XI.            SUKA BERANGAN-ANGAN
XII.            KELAM KABUT DALAM MEMILIH PASANGAN
XIII.            SANGAT MANJA DAN SUKA DIBERI PERHATIAN YANG SANGAT TINGGI
 
 
SEKIAN TERIMA KASIH KEPADA PENSYARAH KERANA MEMBERI PANDUAN
    DALAM MELAKSANAKAN TUGASAN YANG PERLU AKU LAKUKAN,
INI MERUPAKAN LAST JURNAL..APA-APA PUN AKU INGIN MENGUCAPKAN
RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA AHLI KUMPULAN YANG
MENGAMBIL KHUSUS INI.KAMU SEMUA TERBAIK...