Sunday, September 25, 2011


A132173  SITI SALWA,LJ01 SEMESTAR BARU
 
Assalamualaikum,selamat sejahtera dan selamat kembali ke UKM sahabat-sahabatku bagi meneruskan sesi pembelajaran pada semester baru ini. Alhamdulillah,aku masih diberi kesempatan dan dipanjangkan umur untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang mahasiswa. Tidak sangka aku dah setahun belajar di UKM tercinta ini dan kini aku di tahun dua. Cepat betul masa berlalu,rasa sayang pula nak tinggalkan UKM tapi rasa tak sabar nak kerja pun ada,hehehe…
            Pada semester ini banyak subjek yang kena ambil. Lebih kurang 22 unit.Banyak kan? Tapi aku tak kisah pun,asalkan aku dapat menyambung pelajaran.Antara banyak subjek yang aku ambil ada satu subjek yang membuatkan aku keliru iaitu subjek universiti. Pelbagai subjek yang ditawarkan dan semuanya menarik minat aku. Lama juga nak pilih mana yang paling diminati dan disebabkan aku mempunyai masalah dalam membuat keputusan maka akhirnya aku memilh subjek yang boleh selesaikan masalah aku ini iaitu subjek Kemahiran Membuat Keputusan. Kuliah bagi subjek ini diadakan selama dua hari iaitu hari Isnin dan Selasa. Bagus juga dibuat dua hari sebab kebanyakan pelajar tidak dapat memberikan tumpuan dan fokus lebih daripada 30 minit. Subjek Kemahiran Membuat Keputusan atau KMK ini diajar oleh seorang pensyarah dari Pusat Pengajian Umam (PPU), En. Ahmad Zamri bin Mansor.
Pada kali pertama kuliah KMK aku dan sahabat-sahabat diberi pengenalan dan penerangan mengenai subjek ini. Sepanjang kuliah ini dijalankan kami akan dinilai berdasarkan tugasan yang  akan diberikan.  Terdapat dua tugasan iaitu tugasan pertama  dilakukan secara individu iaitu kami perlu membuat Learning Jurnal seperti yang sedang sahabat baca. Kami semua terkejut dan ada yang mengeluh kerana mengandaikan subjek ini seperti subjek universiti pada  tahun satu; hanya perlu membuat assignment berkumpulan dan peperiksaan akhir. Tetapi kami mulai sedar bahawa kami bukan lagi pelajar tahun satu,jadi perlukan sesuatu yang baru untuk menambah pengetahuan dan kemahiran sebagai seorang pelajar mahasiswa. Tugasan ini perlu dibuat setiap minggu dan perlu menceritakan pengalaman,pemerhatian,pandangan perasaan dan juga membuat kajian mengenai setiap pelajaran selama lima minggu. Bagi tugasan ini kami akan diberi markah 10%.
Tugasan kedua pula dilakukan secara berkumpulan. Tugasan ini bukan sahaja ditulis di atas kertas tetapi setiap kumpulan perlu ada rakaman video dan video itu di 'upload' di Youtube untuk mendapat markah penuh sebanyak 30%. Hm… sangat menarik tugasan kedua ini. Kemudian markah yang selebihnya iaitu 50% untuk peperiksaan akhir dan 10% lagi untuk penglibatan dan kehadiran. Selepas diberi penerangan En. Ahmad Zamri membuka soalan kepada kami jika terdapat mana-mana pernyataan yang tidak faham. Nampaknya ramai yang tidak faham bagaimana membuat learning jurnal. En. Ahmad Zamri memberi penerangan untuk kali kedua dan telah menunjukkan contoh tugasan sebagaimana yang beliau kehendaki. Akhirnya barulah kami dapat memahami bagaimana untuk membuat tugasan pertama.
Pada sesi pengkuliahan kedua En.Ahmad Zamri memberi definisi membuat keputusan. Menurut  pendapat Massie keputusan bermaksud tindakan secara sedar bertujuan mencapai hasil yang diharapkan. Koontz & Dannel pula berpendapat keputusan ialah aktiviti pemilihan  dari pelbagai alternatif dan merupakan nadi dalam perancangan. Keputusan juga merupakan pilihan yang dibuat daripada beberapa alternatif yang ada. Dalam membuat keputusan dibahagikan kepada tiga situasi iaitu mudah,sederhana dan sukar/rumit. Oh, baru tahu rupanya dalam membuat keputusan pun ada situasinya. Contoh bagi situasi mudah ialah hendak memilih baju apa yang ingin dipakai. Situasi ini selalu berlaku dalam kehidupan setiap manusia.
Bagaimana pula dengan ciri-ciri membuat keputusan? Kata En.Ahmad Zamri terdapat beberapa ciri  dalam membuat keputusan antaranya ialah  keputusan tersebut merupakan satu proses,Pemilihan yang sengaja dan reflektif ,mencipta sesuatu ketentuan atau pendapat memerlukan penelitian dan pengetahuan yang mendalam,pemilihan pelbagai alternatif.Kemudian beliau memberitahu kami untuk mendapat keputusan yang baik perlu melalui empat perkara iaitu pengalaman,kecekapan,ketepatan maklumat dan analisa yang betul. Apabila selesai penerangan tentang definisi dan ciri-ciri membuat keputusan,beliau mengadakan kuiz berkumpulan bagi menguji kefahaman kami. Aku bersama sahabatku menjawab soalan dengan yakin tetapi semasa jawapan dibacakan hanya tujuh soalan yang betul dari sepuluh soalan yang dijawab. Rasa malu pula pada diri ini sebab soalannya tidaklah susah malah dibenarkan melihat nota ketika menjawab. Mungkin musim cuti semestar yang panjang masih bersisa lagi agaknya.
Begitulah kesudahan ceritaku untuk minggu ini. Apa pula yang akan aku belajar pada minggu hadapan?kita tunggu dan lihat..
 
 
 
              
 
 


No comments:

Post a Comment