Sunday, September 25, 2011

A132982 MOHD KHAIRUL BIN ROSLI KEPUTUSANKU

Asalamualaikum dan salam sejahtera.Pada 14 September 2011,aku telah mendaftar kursus awal bagi semester 1 tahun 2.Tekad aku tahun ini adalah untuk mengambil U2,U3 dan PB(pilihan bebas).Mata aku mula ke arah mencari subjek U2 dan aku menjumpai satu subjek iaitu kemahiran membuat keputusan.Aku mendaftar subjek tersebut.Namun,aku menekan butang gugur semula kerana khuatir dengan subjek tersebut.Akan tetapi aku menanyakan sahabat-sahabatku yang telah mengambil subjek itu.Akhirnya aku telah membuat keputusan untuk memilih subjek kemahiran membuat keputusan kerana bagiku inilah keputusan yang terbaik yang telah ku ambil. Aku mengambil keputusan ini setelah aku mengenalpasti kebaikan dan keburukan subjek ini,ternyata kebaikan lebih banyak berbanding keburukan misalnya, kini kebanyakan syarikat atau badan-badan kerajaan  lebih berkehendakkan bukan sahaja  akademik,malahan juga melalui kebolehan-kebolehan yang lain seperti kemahiran 'soft skill', kompetensi generik dan juga kemahiran dalam  membuat keputusan. Kemahiran membuat keputusan adalah penting kerana bagiku,apabila seseorang itu berkemampuan untuk membuat keputusan yang baik,maka dia akan mampu memimpin orang bawahannya serta akan di pandang tinggi. Menurut Messie,beliau menyatakan bahawa  membuat keputusan adalah  tindakan yang diambil secara sedar dari pelbagai alternatif dengan tujuan mencapai hasil yang diharapkan. Berbeza pula dengan pendapat koontz dan dannel yang menyatakan ia adalah aktiviti pemilihan dari pelbagai alternatif dan merupakan nadi dalam perancangan.
Setelah aku didedahkan dengan subjek ini,aku merasakan bahawa bukan mudah untuk seseorang itu membuat keputusan yang tepat dan mencapai matlamat yang  diinginkan. Ini kerana,setiap keputusan yang kita lakukan adalah  dibuat dalam keadaan kita sedar yang bertujuan untuk memperoleh sesuatu yang kita harapkan. Sebenarnya kita haruslah sedar bahawa pembuatan keputusan ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia merupakan satu proses yang perlu kita lengkapi supaya hasil yang diperoleh adalah hasil yang terbaik. Melalui pembuatan keputusan tersebut kita akan mencipta sesuatu ketentuan atau pendapat yang akan meyakinkan kita dengan keputusan yang akan atau telah diambil. Ini kerana setiap keputusan yang diambil akan melibatkan dan memerlukan penelitian dan pengetahuan yang mendalam contohnya dalam kehidupan kita harus berani membuat keputusan.Sebagai contohnya ialah aku perlu menimbangkan baik dan buruk apabila aku mendapat tawaran menyambung pelajaranku di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM).Setelah diteliti ditawarkan Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Pembangunan Manusia),aku akhirnya menjejak kakiku di bumi UKM.Begitu gembira impianku untuk bergelar mahasiswa tercapai.
         Bukan itu sahaja,ciri-ciri dalam membuat keputusan adalah Jenis keputusan bergantung kepada jenis masalah . jika masalah rumit,maka jalan penyelesaian yang lebih baik dan strategik perlu difikirkan .Tidak ada satu keputusan yang muktamad dalam menyelesaikan segala jenis masalah  kerana setiap keputusan yang dilakukukan mungkin akan berubah dari semasa ke semasa mengikut keadaan. Maklumat yang dicari juga haruslah tepat dan yakin.
Sebenarnya dalam cara membuat keputusan terdapat tiga risiko dalam membuat keputusan yang perlu kita hadapi,begitu juga dengan saya. Saya menghadapi risiko dalam membuat keputusan yang lazimnya berlaku iaitu situasi mudah yang biasanya mudah diselesaikan. Misalnya saya ingin memakan nasi ayam selepas habis kelas.Namun apabila saya sampai di kafe,nasi ayam telah habis.Jadi saya mengambil keputusan untuk makan makanan yang lain. Situasi lain pula adalah situasi sederhana di mana saya memikirkan untuk mengambil U3 semester ini,namum kursus untuk subjek U3 telah penuh dan saya telah mencari alternative lain seperti mendaftar secara manual dan sebagainya.
Dalam kehidupan kita,kita akan mampu membuat keputusan yang baik jika kita mengetahui cara untuk membuat keputusan dengan baik. Pertamanya berdasarkan pengalaman. Pengalaman yang sebelumnya biasanya akan mengajar kita untuk mengubah sesuatu keputusan yang mungkin kurang berkualiti sebelum ini kepada keputusan yang lebih berkualiti. Kecekapan kita dalam membuat keputusan dengan bijak juga akan membantu kita untuk mendapat keputusan yang baik ditambah pula dengan ketepatan maklumat yang diberi serta melakukan analisa dengan baik.
Dalam proses pembuatan keputusan,terdapat dua jenis kategori membuat keputusan sama ada secara diprogramkan atau tidak diprogramkan. Dari segi pembuatan keputusan yang telah diprogramkan,kita akan membuat keputusan mengikut apa yang telah ditetapkan seperti pengalaman aku di sekolah menengah.Aku merupakan ketua pengawas di sekolah itu dan terdapat beberapa pelajar yang begitu kurang ajar dengan aku.Namun aku tidak boleh membelasah budak tersebut di dalam sekolah kerana perbuatan aku akan melanggar peraturan sekolah.Akhirnya aku melaporkan kepada guru disiplin bagi tindakan yang setimpal di atas perbuatan mereka.Manakala untuk keputusan tidak diprogramkan pula seperti hendak memilih subjek.Aku boleh menukar subjek yang aku tidak minati kepada subjek kesukaanku.
Setelah dua hari aku mengikuti kelas kemahiran membuat keputusan,kini aku menyedari bahawa pembuatan keputusan bukan hanya pada membuat keputusan secara sewenang-wenangnya tetapi perlulah sistematik dengan mengetahui caranya,situasi dalam membuat keputusan dan sebagainya. Secara tidak langsung subjek ini telah membantuku untuk mahir membuat keputusan.
 
 
 

No comments:

Post a Comment