Tuesday, September 27, 2011

A134517 Nur Aqilah Syazwani Binti Mohd Nor LJ02 Model Buat Keputusan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah bertemu kita lagi di dalam penulisan jurnal kemahiran membuat keputusan ini. Ini merupakan penulisan jurnal kedua saya di dalam kursus ini. Pada hari Isnin bersamaan dengan 26 September 2011 yang lepas, saya telah menghadiri kuliah yang ke 4 untuk kursus ini. Kuliah pada kali ini berkaitan dengan model-model dalam membuat keputusan. Di sini saya ingin berkongsi maklumat yang saya perolehi di dalam kuliah tersebut.

Apakah fungsi sesebuah model membuat keputusan? Secara umumnya, model digunakan untuk memahami sesuatu perkara disamping juga digunakan untuk menerangkan sesuatu perkara. Ia ibarat petunjuk dalam membuat keputusan. Tanpa arah tujuan, seseorang itu berkemungkinan besar  telah membuat keputusan yang salah dan boleh memudaratkan.

Untuk memahami model-model membuat keputusan dengan lebih mendalam lagi, kita haruslah memahami apa itu rationality (kerasionalan), bounded rationality ( kerasionalan terikat) dan mendalami serta memahami pendapat Herbert Simon.

Siapakah Herbert Simon? Sejuta terima kasih saya hulurkan kepada Wikipedia .

·         "Herbert Alexander Simon (Jun 15, 1916 - February 9, 2001) seorang ahli sains Amerika politik, ekonomi, sosiologi, dan psikologi, dan profesor-terutamanya di Carnegie Mellon University-mana penyelidikan adalah dalam bidang psikologi kognitif, sains kognitif, sains komputer, pentadbiran awam, ekonomi, pengurusan, falsafah sains, sosiologi, dan sains politik. Dengan hampir satu penerbitan yang amat sangat yang dipetik seribu, dia adalah salah satu daripada ahli-ahli sains sosial yang paling berpengaruh abad ke-20. "
 
·         Herbert Simon, ahli teori keputusan yang pada tahun 1978 yangdiperolehi Hadiah Nobel untuk kerja-kerja membuat keputusan.

"Andaian rasional sempurna adalah bertentangan dengan fakta Iabukan persoalan penghampiran; mereka tidak dari jauh menerangkan proses yang manusia gunakan untuk membuat keputusan dalam situasi yang kompleks."
 
 
Menurut Simon lagi, pembuatan keputusan boleh dikategorikan kepada bebarapa bahagian. Pertama, memproses maklumat yang terhad. Contohnya adalah, mengawal rahsia kerajaan. Dalam dunia hari ini, sumber maklumat boleh dperoleh dengan hujung jari apabila dunia makin moden dengan adanya teknologi tinggi. Oleh itu, tidak mustahil sesiapa sahaja boleh menggodam masuk sistem kawalan rahsia Negara. Namun, rahsia kerajaan adalah perkara sulit yang tidak boleh diakses sesuka hati. Ini kerana ia terhad kepada orang tertentu sahaja.

Kedua, penggunaan kaedah-kaedah sokongan atau pintasan. Menurut contoh yang diberi oleh salah seorang rakan kuliah saya, dia memberikan contoh apabila seseorang itu ingin membeli sebuah komputer riba yang baru. Si A berada dalam keadaan buntu sama ada ingin membeli produk Sony atau Acer. Oleh kerana si A ini malas untuk berfikir dengan lebih panjang, maka dia menggunakan jalan pintas dengan bertanya kepada senior tentang produk yang mana satu lebih baik.

Ketiga, "satisficing" dari sudut Wikipedia (sekali lagi) adalah strategi membuat keputusan yang cuba untuk memenuhi kriteriakecukupan, dan bukannya untuk mengenal pasti penyelesaian yang optimum. Strategi satisficing sering boleh (dekat) yang optimum jika kos proses membuat keputusan sendiri, seperti kos mendapatkan maklumat yang lengkap, dianggap dalam kalkulus hasil.

Saya telah memberi contoh untuk 'satisficing' ini. Kahwin. Misalnya, seorang pemuda itu diminta oleh ibu bapanya untuk melangsungkan perkahwinan.Tetapi dia tidak mempunyai calon menantu untuk dibawa berjumpa dengan keluarganya disebabkan kekangan masa kerja yang menyekatnya untuk bergaul. Akhirnya, dia menyerahkan bulat-bulat pemilihan jodoh kepada orang tuanya. Situasi ini semakin hari semakin kerap berlaku di Negara kita, lebih-lebih lagi perempuan zaman sekarang jenis yang bekerjaya dan memilih pasangan hidup.

Akhirnya, pada suatu hari, orang tua lelaki tersebut telah memilih seorang wanita untuk dijodohkan dengan anak lelaki mereka. Dan lelaki itu, terus bersetuju untuk meneruskan perkahwinan setelah tahu sedikit latar belakang wanita itu. Bagi saya itu adalah satisficing. Perasaan memadai.

Saya juga telah diminta untuk memberi penerangan tentang 'maximising' atau pun kepuasan maksima. Menurut contoh yang sama tetapi diubah sedikit. Masih berkisar tentang lelaki yang bakal berkahwin tadi. Kini,dia lebih subjektif dan kelihatan cerewet. Pemuda tadi telah meminta orang tuanya untuk mencari beberapa orang gadis dan pemuda tadi telah meneliti satu persatu gadis-gadis tersebut daripada pelbagai segi. Dan dia telah memilih si Gadis B yang cukup sempurna untuknya. Itu adalah 'maximising' atau kepuasan.

Kuliah pada keesokkan harinya, Selasa, 27 September 2011, kami menyambung kembali kuliah yang tertangguh tentang 'satisficing' dan 'maximising' dan masuk ke tajuk baru : " Three Decision Making Models" ataupun Tiga Model Membuat Keputusan. Dalam sesi ini, Dr Azam telah membahagikan kami dengan nombor masing –masing iaitu angka dari 1 hingga 10. Nombor yang sama akan membentuk satu kumpulan. Ini bertujuan agar kami mengenali antara satu sama lain yang dating dari fakulti dan pengkhususan yang berbeza.

Model-model Membuat Keputusan terbahagi kepada tiga iaitu Model Klassikal, Model Pentadbiran dan Model Politikal atau lebih mudah diingati sebagai 'keyword' KAP. Kami telah diberi tugasan berkumpulan iaitu, mencari contoh dan memberikan penerangan apa itu Model Klassikal dan Model Pentadbiran.

Pertama, Model Klassikal atau pun lebih mudah difahami sebagai salah satu proses pencarian maklumat sebelum membuat sesuatu keputusan. Berikut adalah cirri-ciri model klassikal.
·         Pembuat keputusan beroperasi untuk mencapai matlamat yangdiketahui dan dipersetujui

·        
Pembuat keputusan
 berusaha untuk keadaankepastian-mengumpulkan maklumat lengkap


·         Kriteria untuk menilai alternatif dikenali

·         Pembuat keputusan yang rasional dan menggunakan logik
 
Contoh yang terbaik adalah apabila seorang menteri ingin membentang bajet perbelanjaan Negara. Beliau akan meneliti dari pelbagai aspek iaitu rakyat, untung rugi Negara, subsidi, kebajikan masyarakat dan lain-lain lagi.
Kedua, Model Pentadbiran. Ciri-ciri model pentadbiran adalah seperti berikut.
Dua konsep yang memainkan peranan penting dalam membentukmodel pentadbiran:
·        
Kerasionalan
 disempadani: orang mempunyai had ataubaoundaries bagaimana rasional mereka boleh


·         Satisficing: bermakna bahawa pembuat keputusan memilihalternatif penyelesaian yang pertama yang memenuhi kriteria keputusan yang minimum
 
Setakat ini sahaja jurnal saya kali ini. Semoga berjumpa lagi dalam entry akan dating tentang Political Model.

No comments:

Post a Comment