Sunday, October 23, 2011
A132932 MUHAMMAD ZULKIFLIE BIN MOHD NAWI LJ05 PERSONALITI DAN EMOSI
A132982 MOHD KHAIRUL BIN ROSLI Jurnalku Yang Terakhir!!!!!!
Siti Salwa Borhan,A132173,LJ05 personaliti manusia......
A132363 Halimatus Sa'diah Binti Yusoff LJ05 Personaliti: Aku, Kamu...Serupa@Berbeza??
A132363 Halimatus Sa'diah Binti Yusoff LJ05 Personaliti: Aku, Kamu…Serupa @ Berbeza???



Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan. Sihat? Alhamdulillah sedar tak sedar dah sampai dah pada jurnal saya yang terakhir. Sedih atau gembira usah ditanya la ye..apa-apa pun sekarang ini, saya ingin kongsikan kepada anda semua topik yang paling 'best' yang kami belajar pada minggu ini iaitu berkaitan personaliti dan emosi. Terdapat persoalan samada setiap daripada kita ini serupa atau berbeza. Sebenarnya kita semua mempunyai keunikan yang tersendiri, sebahagian daripada kita mempunyai persamaan, perbezaan dan terdapat juga sebahagian daripada kita yang mempunyai personaliti yang hampir sama. Haaa..nak tahu tak apa personaliti anda, kalau nak tahu kena baca dan faham dulu berkaitan teori dan konsepnya. Sebelum saya bongkarkan personaliti saya, jom saya bawa anda memahami terlebih dahulu berkaitan personaliti dan emosi.
Personaliti ini ialah ciri-ciri pada pemikiran, perasaan dan tingkahlaku yang membuatkan seseorang itu unik dan personaliti ini terdapat dalam diri seseorang dan sentiasa konsisten sepanjang hayat. Menurut Mayer, personaliti dilahirkan menerusi pengaruhnya dalam badan, minda yang sedar dan tingkahlaku sosial seseorang. Tahukah anda, terdapat 16 jenis personality dan setiap satunya dengan empat huruf pertama kecuali iNtuition yang menggunakan huruf kedua iaitu N untuk membezakan dengan Introversion yang menggunaan huruf pertama. Personaliti-personaliti terbentuk daripada beberapa indikator. Mari saya tunjukkan kepada anda tentang indikator-indikator ini.
| Bagaimana seseorang itu berinteraksi | ü Extravert (E) ü Introvert (I) |
| Bagaimana seseorang itu mendapatkan maklumat | § Sensing (S) § Intuitive (I) |
| Bagaimana seseorang itu membuat keputusan | o Feeling (F) o Thinking (T) |
| Gaya seseorang dalam memberi keputusan | Ø Perceptive (P) Ø Judgement (J) |
Setiap daripada kata kekunci ini mempunyai makna yang tersendiri. Saya akan ceritakan secara ringkas berkaitan makna-makna bagi katakunci ini.
| Bagaimana Anda Berinteraksi? | |
| Extravert (E) • Suka berada di hadapan ketika berperanan • Sanggup ubah rancangan untuk penuhi tuntutan
| Introvert (I) • Suka bekerja di belakang tabir • Agihkan tugas secara berhati-hati • Sukar untuk ubah perancangan untuk tuntutan luar
|
| Bagaimana Anda Mendapatkan Maklumat? | |
| Sensing (S)
| iNtuitive (N)
|
| Bagaimana Anda Membuat Keputusan? | |
| Thinking (T) v Utamakan keberkesanan v Beri perhatian kepada proses membuat keputusan v Tegas dalam memastikan kerja mengikut perancangan
| Feeling (F) v Utamakan kerjasama v menyokong pembuat keputusan v memberi dorongan untuk memastikan kerja ikut perancangan
|
| Gaya Anda Membuat Keputusan | |
| Judging (J) Ø Merancang kerangka masa Ø Buat pemantauan dan mengikut kerangka yang dirancang Ø Tidak sukakan gangguam kerana mengganggu perancangan
| Perceiving (P) Ø Kerangka kerja bersifat umum Ø Rancangan asal boleh diubah mengikut keadaan semasa Ø Beri perhatian kepada gangguan kerana mungkin boleh bantu meningkatkan pencapaian
|
Setelah melihat kepada semua kriteria dan penerangan diatas ini, anda perlu menilai diri anda dan melihat kecenderungan anda di bahagian yang mana. Selepas itu anda perlu memlih salah satu dari setiap dikotomi ini dan ia akan menghasilkan empat huruf yang mewakili empat dikotomi. Melalui susunan dikotomi ini akan menghasilkan beberapa kelompok atau jenis personaliti. Untuk pengetahuan anda semua, personaliti mempunyai 16 jenis dan setiap daripadanya mempunyai keunikan yang tersendiri dan hasilnya dapat dilihat seperti di bawah:
| ISTJ The Duty Fulfillers | ISFJ The Nurtures | INFJ The Protectors | INTJ The Scientist |
| ISTP The Mechanics | ISFP The Artists | INFP The Idealists | INTP The Thinkers |
| ESTP The Doers | ESFP The Performers | ENFP The Inspires | ENTP The Visionaries |
| ESTJ The Guardians | ESFJ The Caregivers | ENFJ The Givers | ENTJ The Exucutives |
Memang menyeronokan apabila kita dapat mengetahui jenis personaliti kita, seperti juga dan kawan-kawan semasa dalam kuliyah tempoh hari. Dr. Zamri telah menerangkan secara lebih terperinci berkaitan personaliti masing-masing. Apa yang lebih menyeronokan apabila saya bersama kawan-kawan telah diasingkan mengikut jenis atau kelompok personaliti masing-masing. Kami diminta untuk membincangkan persamaan yang terdapat dalam diri setiap ahli kumpulan. Ia amat menyeronokan kerana kami dapat berkongsi dan membongkar rahsia kami yang jelas telah menunjukkan persamaan di antara kami. Setelah itu kami bentangkan segala persamaan yang sempat kami kongsi bersama di dalam dewan kuliyah, kesemua ini amat mengkagumkan dan menunjukkan betapa hebatnya Tuhan yang Maha Mencipta. Oleh itu, sekiranya anda ingin mengetahui personaliti anda, jangan lupa untuk mencuba..maaf atas segala kekurangan. Sekian terima kasih..=)
A135394 Fauzan Lazimah Binti Zulkifli LJ05 jom kenal personaliti saya!!!
A132948 Nor Farhana Binti Idris LJ05 Pesonaliti Dan Emosi
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Ini merupakan jurnal yang kelima dan jurnal terakhir dicoret oleh saya untuk kursus kemahiran membuat keputusan ini. Setelah enam minggu berkenalan dengan rakan-rakan, berbincang, memberi pendapat dan bergurau senda, minggu hadapan bermulalah pula kejersama kita untuk melaksanakan kerja kumpulan. Diharapkan semua berjalan lancar. Jadi, dalam jurnal ini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan mengenai personaliti dan emosi.
Apa itu personaliti? Satu definisi ringkas menyatakan bahawa personaliti ialah bentuk karakter daripada pendapat, perasaan dan kelakuan yang membuatkan seseorang itu unik, berbeza daripada orang lain. Tambahan pula, personaliti terbit dalam individu dan kekal konsisten dalam kehidupan. Personaliti adalah paling penting, paling dikenalpasti dalam psikologi kehidupan individu itu. Ia boleh menunujukkan bahawa adakah seseorang itu gembira, sedih, bersemangat, acuh tak acuh, bijak atau membosankan. Menurut Mayer(2005) " personality is expressed through its influence on the body, in conscious mental life, and through the individual's social behavior".
Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) mengelaskan seseorang berdasarkan respon kepada 126 soalan yang dikemukakan. Kaedah MBTI telah mendapat pengesahan dan kebolehpercayaan sejak tahun 1975 dan telah digunakan secara professional. Terdapat 16 jenis karakter berdasarkan 4 kombinasi karakter. Ia akan menentukan sama ada seseorang itu Introvert (I) atau Extrovert (E), Sensing(S) atau iNtuitive, Thinking (T) atau Feeling (F), Judging (J) atau Perceiving (P).
Bermula dengan Introvert (I) atau Extrovert (E). Berdasarkan cara seseorang itu berinteraksi. Orang yang lebih cenderung kepada bekerja sendiri, bekerja dibelakang tabir atau susah untuk membuat keputusan yang memenuhi kehendak pihak luar adalah Introvert (I). Mereka ini lebih senang bersendirian dan sukakan masa pedibadi. Tidak suka terlau sosial denag orang lain. Manakala, orang yang lebih selesa untuk bertugas dalam suasana yang luas, membuat keputusan untuk memenuhi kehendak luar dalah Extrovert (E). Mereka ini peramah, mesra dan suka meluangkan masa dengan orang lain berbading bersendirian seorang diri.
Seterusnya, cara bagaimana menerima atau membentuk maklumat. Bagi orang yang Sensing (S), mereka akan menggunakan lima deria manusia iaitu mendengar, melihat, merasa, memandang, dan menghidu. Mereka akan mengikut arahan (instructions) dan akan bermotivasi berdasarkan tindakan semasa yang mendatangkan faedah kepada mereka. Manakala, iNtuitive (N) lebih fokus kepada arahan yang umum. Ini adalah kerana mereka ini membuat keputusan berdasarkan sixth sense. Mereka lebih kritikal dalam pemikiran kerana menggunakan naluri dalaman mereka. Mereka juga akan berfikiran lebih jauh berbanding apa yang dilihat sahaja bermakna lebih kreatif.
Kita beralih pula kepada cara bagaimana kita membuat keputusan. Orang yang bersifat Thinking (T), akan mementingkan kecekapan. Membuat keputusan berdasarkan proses yang telah diperkenalkan dan mereka akan bersungguh-sungguh dalam mematuhi langkah-langkah dalam membuat keputusan. Selain itu, mereka ini lebih bersifat logik berdasarkan apa yang sepatutnya dilakukan. Memikirkan kesan dan sebab keputusan itu dilakukan dan mengikut peraturan serta jujur diantara mana yang betul dan salah. Manakala, Feeling (F), lebih mementingkan perhubungan diantara manusia. Membuat keputusan berdasarkan kepentingan semua. Mementingkan nilai-nilai, dan orang sekeliling serta keharmonian. Tidak terlalu mengikut peraturan yang ditetapkan dan membuat keputusan berdasarkan fitrah manusia.
Seterusnya mengenai kombinasi yang keempat sama ada seseorang itu Judging (J) atau Perceiving (P) dalam gaya mereka membuat keputusan. Jika seseorang itu memiliki sifat Judging (J), mereka akan merangka jadual masa dan mengenalpasti pencapaian. Mereka juga akan menjangka membuat susulan dan berpegang kepada pelan yang asal. Malah, mereka menimumkan gangguan dan pertukran arah dalam kepentingan mencapai hasil. Manakala, orang yang Perceiving (P) selalu mencadangkan hasil yang optimus dan sebarang jangkaan dalam perubahan keputusan dapat ditangani dengan baik bermaksud orang seperti 'flexible' dalam sesuatu keadaan. Mereka boleh menyesuaikan pelan mengikut kehendak dan bertanggungjawab terhadap pelan yang diubahsuai tersebut.
Setelah saya melalui ujian personaliti, saya adalah ENFP. Kategori ini disifatkan sebagai "Inspired" . Saya seorang yang Extrovert kerana saya suka menghabiskan waktu bersama dengan keluarga dan rakan-rakan. Kalau di kolej, saya telah ditempatkan di bilik yang penghuni seorang untuk satu bilik. Jadi, saya jarang berada di dalam bilik seorang diri. Kalau ingin mengulangkaji sekali pun saya akan pergi ke perustakaan. Tempat yang tidaklah terlau sunyi berbanding duduk di bilik seorang diri. Selain itu, saya juga iNtuitive. Cara pemikiran saya melihat sesuatu perkara tidak hanya berdasarkan apa yang saya nampak sahaja. Saya seorang yang suka berimaginasi dan mempunyai banyak idea malah, cara pemikiran saya kadang-kala terpesong daripada apa yang sepatutnya tetapi kadangkala juga saya boleh berfikiran jauh dan bernas. Seterusnya, dalam membuat keputusan saya seorang yang Feeling. Saya suka membuat keputusan berdasarkan kepentingan diri sendiri ditambahkan dengan kepentingan orang lain. Saya akan membuat keputusan dengan mengambil kira persetujuan ahli-ahli yang lain dan jika salah seorang mereka kurang bersetuju saya akan bertanya pendapat mereka sebelum keputusan muktamd dilakukan. Akhir sekali, saya juga Perceiving. Saya seorang yang suka membuat jadual untuk kerja yang perlu dilakukan tetapi dalam melaksanakannya tidak semesttinya saya mengikut segala yang dirancang. Saya lebih flexible dalam perancangan. Saya tidak suka terikat dengan perancangan saya sendiri oleh itu saya lebih suka mengikut keadaan semasa.
Maka, rakan-rakan inilah personaliti saya. Akhir kata, selamat bekerjasama semua untuk tugasan yang setursnya. Salam





