Seperti dalam pengetahuan semua orang, setiap pelajar perlu membuat satu keputusan yang amat penting dalam hidup mereka iaitu apa yang perlu dibuat sebaik sahaja tamat pelajaran Tingkatan 5. Bagi saya, saya telah membuat pilihan untuk meneruskan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Pemilihan untuk meneruskan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi juga amat merunsingkan sedangkan saya perlu membuat keputusan sama ada meneruskan pelajaran ke Program Diploma di Kolej-kolej Swasta, Program Matrikulasi di Kolej Matrikulasi Awam atau sambungkan pelajaran ke Tingkatan Enam di sekolah-sekolah menengah.
Program matrikulasi adalah program khas yang dirangka untuk membolehkan pelajar cemerlang melangkau program diploma. Program matrikulasi juga dikenali sebagai program laluan pantas ( fast track ). Matrikulasi keutamaan adalah program satu tahun (PST) walaupun ada juga program dua tahun ( PDT). Program tersebut juga memberi peluang lepasan SPM melangkau ke peringkat ijazah dalam tempoh singkat satu tahun iaitu 2 semester. Bagi program tersebut, pelajar tidak boleh berhenti belajar dari segi pengiktirafan, sijil matrikulasi hanya sah kegunaannya untuk meneruskan pelajaran ke Insitusi Pengajian Tinggi. Jika mereka memilih untuk bekerja sementara waktu atau tempoh yang lama, pelajar-pelajar hanya memiliki kelayakan SPM sahaja.
Diploma pula terbuka kepada semua lepasan SPM dan semua aliran dan jenis persekolahan. Walau bagaimanapun, ia menawarkan tempoh pembelajaran yang lebih panjang berbanding dengan program matrikulasi. Pelajar boleh mengikut program ijazah dalam bidang yang diminati sama ada aliran sains ataupun aliran sastera selepas tamat atau bergraduat dari program diploma. Selepas tamat pengajian diploma, pelajar boleh membuat keputusan untuk meneruskan pelajaran ke program ijazah ataupun terus bekerja.
Manakala program Tingkatan 6 pula merupakan program yang ditawarkan kepada pelajar yang cemerlang juga. Tingkatan 6 juga dikenali sebagai Pra-U pelajaran di mana pelajar belajar seperti di dalam universiti. Terdapat satu perbezaan sahaja iaitu waktu pelajaran adalah seperti waktu persekolahan. Tempoh pengajian Tingkatan 6 adalah 1.5 tahun. Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia wajib diambil oleh semua pelajar Tingkatan 6 untuk tujuan kemasukan Institusi Pengajian Tinggi Awam.
Langkah-langkah dalam membuat keputusan
Proses membuat keputusan merupakan proses yang paling penting untuk kesempurnaan dalam bidang pengurusan untuk semua organisasi. Proses membuat keputusan bukan hanya wujud dalam bidang pengurusan tetapi juga dihadapi oleh setiap individu masing-masing. Keputusan merujuk kepada pilihan yang dibuat melalui pelbagai jenis alternatif yang sedia ada. Pilihan merupakan suatu fungsi kepada objektif pembuat keputusan. Dalam penilaian alternatif yang dipilih, pembuat keputusan juga perlu berpandangan jauh tentang akibat daripada tindakan yang telah diambil.
Definisi membuat keputusan adalah tindakan yang diambil secara sedar dari pelbagai alternatif dengan tujuan mencapai hasil yang diharapkan – Massie (1987). Membuat keputusan juga didefinisikan sebagai aktiviti pemilihan dari pelbagai alternatif dan merupakan nadi dalam perancangan – Koontz & Dannel (1978).
Tujuan untuk membuat keputusan adalah untuk memberi pendedahan kepada teknik-teknik penyelesaian dan mengutarakan cara pembuat keputusan secara individu dan berkumpulan. Terdapat 3 perkara yang perlu diutamakan semasa membuat keputusan iaitu proses membuat keputusan, orang yang membuat keputusan dan keputusan yang dijana.
Langkah-langkah membuat keputusan secara rasional adalah sperti berikut :
(i) Mengenalpasti masalah
(ii) Pembentukan alternatif
(iii) Pemilihan alternatif
(iv) Pelaksanaan alternatif
(v) Penilaian keputusan
Mengenalpasti masalah merupakan langkah yang pertama dalam membuat sesuatu keputusan. Dalam memilih sesuatu masalah, kita boleh menggunakan kriteria-kriteria berikut :
(a) Kawalan
§ Sejauh manakah kita boleh mengawal masalah tersebut dan apakah penyelesaiannya?
(b) Kepentingan
§ Darjah kepentingan masalah tersebut.
(c) Kerumitan
§ Bagaimanakah rumitnya untuk mencari penyelesaian?
(d) Masa
§ Jangka masa yang didapati daripada menyelesaikan masalah tersebut.
(e) Sumber
§ Sumber-sumber yang diperlukan.
Mengenalpasti masalah yang betul adalah penting kerana mengenalpastikan masalah yang salah akan mempengaruhi proses membuat keputusan yang selanjutnya.
Langkah 2 : Pembentukan alternatif
Kita boleh mengembangkan atau menyatukan alternatif atau menciptakan alternatif yang baru. Adalah dicadangkan supaya kita berwaspada dengan alternatif yang sedia ada. Ini adalah juga dicadangkan supaya mempertimbang tentang batasan dan peluang dalam membincangkan setiap idea dan juga alternatif lama kepada masalah yang sama.
Langkah 3 : Pemilihan alternatif
Dalam pemilihan sesuatu alternatif, kita perlu mempertimbang kriteria berikut :
(a) Kawalan – Adakah pelaksanaan alternatif ini dalam kawalan kita?
(b) Kesesuaian – Adakah alternatif ini menyelesaikan masalah tersebut?
(c) Keperluan sumber – Mampukah kita melaksanakan?
(d) Faedah – Adakah ia berfaedah?
(e) Masa – Berapa lama sebelum kita dapat lihat hasilnya?
(f) Kebolehterimaan – Adakah ahli dalam organisasi akan menerimanya?
Langkah 4 : Pelaksanaan alternatif
Pelaksanaan alternatif yang terpilih memerlukan perancangan yang terperinci. Ini boleh dilakukan dengan memikirkan strategi pelaksanaan. Soalan-soalan berikut boleh digunakan untuk membentuk strategi pelaksanaan.
(a) Kebolehterimaan
· Bagaimanakah kita boleh mendapatkan penerimaan daripada orang lain?
· Apakah faedah yang boleh kita tonjolkan dari alternatif ini?
· Bagaimanakah kita menunjukkan faedah tersebut?
(b) Jangkaan
· Apakah tentangan yang boleh kita jangka kepada alternatif ini?
· Bagaimanakah patut kita mengatasinya?
(c) Bantuan
· Bagaimanakah kita boleh mendapat bantuan dari orang atau kumpulan lain?
(d) Lokasi
· Di manakah alternatif ini patut dilaksanakan?
(e) Masa
· Bagaimanakah boleh kita mengambil kesempatan hari, masa dan tarikh tertentu untuk melaksanakan alternatif ini ?
(f) Berhati-hati
· Bagaimanakah boleh kita uji keberkesanan alternatif ini?
Langkah 5 : Penilaian Keputusan
Semasa dalam pelaksanaan, kita patut memastikan bahawa alternatif yang dipilih itu merupakan alternatif yang paling berkesan. Kita haruslah memikirkan beberapa faktor seperti yang berikut untuk mengukur keberkesanan alternatif tersebut.
(a) Ukuran
· Apakah maklumat yang perlu dikumpulkan?
(b) Alat Analisis
· Apakah alat yang akan digunakan untuk menganalisis dan mempamerkan maklumat?
(c) Ujian
· Apakah ujian yang akan kita awasi untuk melihat keberkesanan alternatif itu?
· Bagaimanakah kita akan menilai keputusannya?
(d) Keputusan
· Apakah kriteria yang akan kita gunakan?
· Bilakah kita menjalankan penilaian terakhir?
· Apakah bukti bahawa alternatif kita berkesan?
Masalah-masalah yang dihadapi dalam membuat keputusan
Dalam proses membuat keputusan, kita akan menghadapi banyak masalah dalam pemilihan alternatif ataupun pembentukan alternatif. Terdapat 3 situasi membuat keputusan iaitu situasi mudah, situasi sederhana dan situasi rumit. Situasi mudah adalah situasi yang sangat mudah dan tidak perlu berfikir panjang. Contohnya baju yang manakah sesuai untuk dipakai hari ini. Situasi sederhana ialah situasi yang perlu berfikir panjang dan keputusan yang dibuat kemungkinan akan menyebabkan masalah yang banyak. Contohnya seperti situasi yang saya nyatakan, hendak meneruskan pelajaran ke institusi mana. Manakala situasi rumit pula ialah keadaan di mana pembuat keputusan perlu berbincang dengan orang atasan dan berfikir panjang. Contohnya seperti kerajaan Malaysia telah membatalkan Akta ISA selepas proses membuat keputusan yang lama. Pembuat keputusan juga perlu memikirkan beberapa faktor dalam situasi rumit seperti faktor kewangan, faktor pengangkutan, faktor keuntungan, faktor kerugian dan sebagainya.
Masalah yang biasa akan dihadapi oleh orang ramai ialah peruntukan informasi dan maklumat tentang situasi itu adalah terhad. Hal ini telah menyebabkan kecenderungan untuk mendapatkan maklumat yang dikendalikan adalah daripada jumlah informasi yang optimum. Ini juga menyusahkan kita untuk mengenalpasti alternatif penyelesaian dan menyebabkan pembuat keputusan gagal untuk mengembangkan semua alternatif. Maklumat yang terhad juga menyebabkan kita tidak dapat menganalisis situasi dengan lebih teliti dan tepat.
Seterusnya, kesuntukan masa juga merupakan salah satu masalah yang dihadapi semasa membuat keputusan. Masa yang tidak mencukupi akan menyebabkan pembuat keputusan tiada masa yang cukup untuk memikirkan alternatif yang sesuai, memilih alternatif yang paling baik terhadap situasi yang dihadapi dan membuat keputusan. Masa yang mendesakkan akan menyebabkan pembuat keputusan membuat keputusan yang tidak rasional dan kemungkinan akan menimbulkan masalah yang banyak kelak.
Selain itu, masalah emosi pembuat keputusan juga akan mempengaruhi keputusan yang dibuat. Emosi adalah dalam bentuk pengukuran kecerdasan emosi iaitu dari aspek mempunyai perasaan yang senang dan berfikiran waras. Emosi dan perasaan seperti tangisan, gelak ketawa, kesedihan dan ketakutan mencorakkan warna kehidupan, membentuk sikap dan personaliti serta menggerakkan aras hidup manusia. Perkataan emosi berasal daripada perkataan Greek 'emovere' yang membawa maksud 'untuk keluar'. Emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang. Sekiranya pembuat keputusan dalam emosi yang tidak terkawal, maka keputusan yang dibuat akan menimbulkan banyak masalah dan kemungkinan keputusan yang dibuat akan membawa kerugian yang amat besar.
Masalah lain yang dihadapi semasa membuat keputusan adalah pengaruh daripada rakan sebaya semasa dalam perbincangan. Rakan sebaya boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat semasa membuat keputusan. Rakan sebaya akan memberi idea-idea yang berkaitan tetapi idea-idea mereka adalah berdasarkan pandangan mereka dan tidak semestinya idea mereka baik malah juga mereka akan membekalkan idea-idea yang buruk. Pandangan daripada rakan sebaya akan mempengaruhi sikap dan tingkah laku kita. Sekiranya kita mengambil keputusan berdasarkan idea-idea rakan tanpa menganalisis ketepatan pandangan mereka, kemungkinan kita akan mendapat satu kerugian. Jadi, masalah pandangan rakan sebaya yang tidak tepat merupakan masalah dalam proses membuat keputusan.
Alternatif Penyelesaian, Kekuatan dan Kelemahan
Berdasarkan masalah yang saya hadapi, terdapat 3 alternatif dalam situasi saya iaitu meneruskan
pelajaran ke Program Diploma, Program Matrikulasi dan menyambungkan pelajaran ke Tingkatan 6.
ALTERNATIF | KEBAIKAN/KEKUATAN | KELEMAHAN |
PROGRAM DIPLOMA | - Diiktirafkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) & Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) - Boleh memilih kursus yang paling diminati. -Program yang memerlukan lebih masa berbanding dengan program matrikulasi. | -Pembayaran yuran yang fleksibel. -Terlalu banyak pilihan kolej/institusi. -Pengangkutan perlu disediakan oleh pelajar sendiri. |
PROGRAM MATIRKULASI | - Jimat masa pembelajaran sepanjang tahun di mana pembelajaran adalah 1 tahun sahaja. - Program pantas untuk memasuki ke peringkat ijazah. - Elaun akan diberikan kepada pelajar. -Dapat berkenalan dengan kawan-kawan negeri lain. -Pelajar hanya perlu mengambil 2 semester sahaja | - Pengangkutan disediakan pelajar sendiri. - Silibus yang diajar kurang berbanding STPM. |
TINGKATAN 6 | -Diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia. Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) perlu diambil untuk memasuki IPTA. - Dengan adanya sijil STPM, pelajar boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. - Kualiti sijil STPM bertaraf diploma di jabatan kerajaan. - Dikenali sebagai peringkat Pra-U, ia meliputi kebanyakan subjek tahun satu di universiti bagi kursus ijazah. - Peringkat persediaan ke universiti dari segi mental dan permikiran cara belajar. - Lebih jimat dari segi kewangan. -Dapat melatih sifat kepimpinan dengan mudah. | - Program 1.5 tahun |
Alternatif yang dipilih / Kenapa alternatif itu dipilih / Kesan & hasil daripada pilihan
Selepas pemikiran saya yang mendalam, saya telah membuat keputusan untuk meneruskan pelajaran dengan menyambung pelajaran dari Tingkatan 5 ke Tingkatan 6. Keputusan yang telah saya buatkan ini bukan disebabkan rakan-rakan saya juga menyambungkan pelajaran ke Tingkatan 6. Pertama sekali adalah kerana saya tidak ingin bekerja dengan begitu awal sedangkan saya masih muda lagi dan saya amat berminat untuk belajar. Ibu bapa juga tidak memberi tekanan kepada saya dalam pemilihan alternatif-alternatif tersebut. Mereka akan menyokong pilihan saya dengan sepenuhnya. Jadi, saya memutuskan keputusan saya dengan memilih alternatif yang tersebut.
Kedua, sekolah yang menpunyai kelas Tingkatan 6 amat berdekatan dengan tempat tinggal saya. Disebabkan ibu bapa saya perlu bekerja, maka pengangkutan ke sekolah tidak menjadi masalah lagi bagi ibu bapa dan saya berbanding dengan jika saya memilih untuk meneruskan pelajaran Program Diploma di mana tempat kolej-kolej atau institute-institut amat berjauhan dengan tempat tinggal saya. Seterusnya, masalah kewangan keluarga juga terselesai dengan belajar di peringkat Tingkatan 6. Yuran Tingkatan 6 tidak semahal dengan yuran bagi Program Diploma.
Seterusnya, tujuan sebenar meneruskan pelajaran ke Tingkatan 6 bagi saya adalah disebabkan saya berhasrat untuk menyambung lagi pelajaran saya ke Sarjana Ijazah Muda di universiti tempatan selepas tamat pelajaran Tingkatan 6. Dalam pengetahuan semua, Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dilakukan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) adalah peperiksaan Pra-Universiti yang diambil oleh pelajar di Malaysia. STPM juga dikenali sebagai Higher School Certificate (HSC) pada masa dulu dan GCE A Level di United Kingdom. Jadi, ini merupakan salah satu cabaran bagi saya dan saya sanggup menerima cabaran ini.
Selepas saya meneruskan pelajaran ke Tingkatan 6, didapati saya dapat mempelajari sifat kepimpinan melalui persatuan, kelab dan lembaga sekolah. Saya juga semakin mahir untuk membahagikan masa saya secara teratur dan baik. Selain itu, sifat bekerjasama dengan ahli-ahli kumpulan dan rakan-rakan dapat dilatih melalui kelab dan persatuan yang diikuti. Saya juga dapat mempelajari nilai-nilai yang baik daripada rakan-rakan saya.
Dengan mempelajari Tingkatan 6, didapati asas dalam pelajaran saya adalah lebih kukuh berbanding dengan semasa saya adalah pelajar Tingkatan 5. Ini merupakan salah satu kesan yang amat berguna bagi saya sebelum meneruskan pelajaran ke universiti. Ini adalah kerana saya diberitahu bahawa pelajaran dalam universiti adalah berbeza dari segi pembelajaran antara pensyarah dengan pelajar. Pelajar mempunyai peluang yang rendah untuk menanyakan soalan dalam kelas semasa pelajar tidak begitu memahami topik yang sedang diajar oleh pensyarah. Maka asas yang kukuh sebelum meneruskan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi adalah penting untuk semua pelajar.
Tambahan pula, didapati pandangan saya terhadap semua perkara semakin meluas selepas mempelajari Tingkatan 6. Saya akan memikirkan kesan sama ada baik atau buruk dan juga masalah-masalah yang akan berlaku. Saya tidak membuat keputusan atau melakukan sesuatu perkara secara melulu dan akan berfikir secara rasional terlebih dahulu sebelum bertindak. Kadangkala, saya juga akan mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan saya sebelum sesuatu keputusan yang muktamad dibuat.
Akhir sekali, saya tidak kesal akan pilihan alternatif saya iaitu dengan menyambungkan pelajaran ke Tingkatan 6 malah juga saya berasa amat bangga dan menikmati zaman saya semasa Tingkatan 6. Terdapat banyak kenangan yang terindah dan banyak perkara yang telah saya pelajari pada zaman tersebut.
No comments:
Post a Comment