Inilah Keputusanku
Tanggal 11 September 2001, aku telah dipanggil untuk menyambung semula perananku sebagai seorang pelajar di UKM setelah empat bulan aku bercuti di kampung. Seperkara yang terlintas di fikiranku semasa menjejakkan kaki ke UKM adalah mengenai kursus-kursus yang ingin aku daftar. Pastinya lebih banyak cabaran yang perlu aku tempuhi ketika berada di semester tiga ini berbanding semester lalu. Oleh yang demikian,aku perlu membuat keputusan yang terbaik dalam memilih kursus agar apa yang aku pelajari agar memberi makna dalam hidupku pada masa akan datang.
Pada pagi ahad tersebut,aku telah dihantar oleh keluargaku mendaftar sebagai penghuni Kolej Rahim Kajai. Setelah selesai mendaftar aku telah menghantar barang-barang di bilik kediaman,dan kemudian aku kembali semula ke rumah sepupuku yang tinggal tidak jauh dari UKM kerana kami sekeluarga telah bercadang untuk membeli-belah di Nilai pada petang tersebut. Aku pula mencadangkan supaya aku dihantar semula ke UKM pada malam tersebut sebelum keluargaku pulang semula ke kampung. Sewaktu aku berada di Nilai 3,hatiku tidak tenang kerana masih memikir kursus apa yang perlu aku daftar untuk u2. Oleh itu,aku lantas menelefon kawanku yang bernama Rosnani untuk mengetahui mengenai pendaftaran kursus tersebut. Nani memberitahu aku bahawa dia telah memilih kursus Kemahiran Membuat Keputusan(KMK) setelah dia menerima pendapat daripada kawan-kawan yang lain. Lalu, aku juga telah membuat keputusan untuk memilih kursus tersebut atas saranannya. Tambahan lagi, aku memikirkan bahawa aku perlu belajar cara membuat keputusan untuk kehidupanku pada masa akan datang apabila aku menjadi seorang pekerja, isteri dan ibu. Oleh itu,aku meminta tolong Nani mendartarkan kursus tersebut untuk aku. Kemudian Nani memberitahu aku bahawa kelas kursus tersebut akan diadakan pada hari Isnin dan Selasa.
Selesai membeli-belah di Nilai,kami ke Putrajaya untuk melihat suasana malam di sana. Pada waktu itu jam menunjukkan tepat pukul 7 malam. Walaupun keluargaku ingin balik ke Pahang pada malam itu juga tapi kami tetap ingin ke Putrajaya kerana kakakku ingin anaknya melihat sendiri tempat pentadbiran negara ini. Setelah selesai menikmati pandangan malam di sana, kami pulang semula ke rumah sepupuku untuk keluarga aku berehat sebelum pulang ke kampung. Pada masa itu juga anak saudara aku telah mengalami demam panas secara mengejut. Oleh yang demikian,aku terpaksa membuat keputusan untuk tidak kembali ke UKM pada malam itu kerana keluargaku sudah letih untuk menghantar aku pulang ke kampus tambahan pula mereka perlu melalui perjalanan yang jauh. Sepupu aku pula tidak dapat menghantar aku pulang ke kampus kerana masing-masing keletihan dan perlu bekerja pada syif pagi pada keesokan harinya. Mereka hanya boleh menghantar saya pada waktu malam selepas mereka pulang dari bekerja.
Pada 12 September 2011,aku tidak dapat mengikuti sesi pembelajaran KMK pada hari pertama. Oleh yang demikian, aku masih tidak mengetahui lagi sejauh mana keistimewaan kursus ini. Namun begitu,aku tidak kisah jika kursus ini susah kerana aku mempunyai kawan-kawan yang boleh mengharungi cabaran bersama-sama aku. Pada malam tersebut sepupuku telah menghantar aku pulang ke kampus. Setibanya aku di bilik kediaman,aku segera membuka laptop untuk melihat jadual kursusku pada semester 3 ini. Aku melupakan dahulu barang-barangku yang masih belum berkemas. Aku dapati terdapat kelas KMK pada pukul lapan pagi pada keesokan hari. Setelah menyalin jadual, aku mula mengemas barang-barangku. Setelah selesai mengemas barang, barulah aku tersedar bahawa telefon bimbitku telah tertinggal di rumah sepupuku. Lalu aku membuat keputusan meminjam telefon bimbit kawan sebilikku untuk menghubungi sepupuku dan dia akan menghantar telefonku pada waktu malam esoknya setelah pulang dari bekerja. Kini aku mempunyai masalah untuk mengunci jam pada waktu pagi esok untuk pergi ke kelas kerana aku sememangnya bergantung pada telefon bimbitku sahaja apabila ingin mengunci jam untuk bangun pagi. Lalu aku berpesan kepada rakan sebilikku untuk mengejutkan aku pada pagi esok.
Kita hanya mampu merancang tapi tuhan sudah menentukan segalanya. Pagi keesokannya kami berdua tidak sedar jam telah berbunyi mungkin akibat kepenatan mengemas barang. Aku hanya tersedar setelah satu jam sesi pembelajaran sudah bermula. Mujurlah aku di 'excuss'kan bersolat dalam minggu itu. Oleh itu, aku sekali lagi tidak dapat pergi ke kelas KMK pada minggu tersebut. Aku hanya mengetahui serba sedikit mengenai nota dan kerja melalui kawan-kawanku. Kawanku memberitahu pensyarah KMK bernama Dr. Ahmad Zamri bin Mansor atau dikenali sebagai Ayah long .Kami sebagai pelajar memanggil beliau dengan panggilan Dr.Zam. Kawan ku juga memberitahu bahawa Dr Zam menyuruh semua pelajar mengisi borang yang ada dalam SPIN untuk mengesahkan pelajar mendaftar secara rasmi selepas mendaftar dalam smpweb. Aku segera melakukan apa yang disuruh oleh kawanku walaupun masih belum hadir ke kelas tersebut.
Akhirnya pada seminggu kemudian aku dapat juga menghadirkan diri ke kelas KMK yang merupakan kelas ketiga bagi kawan-kawanku tapi kelas permulaan bagiku. Dr. Zam telah memberikan taklimat semula secara ringkas mengenai kursus ini kepada rakan-rakan kelas yang tidak hadir sepertiku pada minggu lepas. Dia juga telah memberitahu definisi mengenai membuat keputusan. Menurut beliau, Massie(1987) menyatakan bahawa membuat keputusan adalah tindakan yang diambil secara sedar daripelbagai alternatif dengan tujuan mencapai hasil yang diharapkan .Hal ini berbeza pula dari sudut pandangan Koontz dan Dannel (1978) yang mengatakan bahawa membuat keputusan adalah aktiviti pemilihan dari pelbagai alternatif dan merupakan nadi dalam perancangan. Membuat keputusan pula telah terbahagi kepada tiga situasi iaitu mudah,sederhana, dan sukar. Kini aku baru mengetahui bahawa aku telah banyak membuat keputusan dalam situasi yang mudah dalam kehidupanku seharian seperti aku memilih makanan apa untuk dimakan,memilih tudung untuk dibeli dan memilih tempat duduk di dalam kelas. Semua setuasi ini tidak memerlukan masa yang lama untuk berfikir.
Aku juga mengetahui bahawa aku telah mengalami situasi sederhana untuk membuat keputusan iaitu ketika cuti semester baru-baru ini. Aku susah untuk membuat keputusan samada ingin bekerja sambilan atau tidak kerana sekiranya aku bekerja, aku terpaksa menyewa bilik di bandar yang berdekatan memandangkan tiada kenderaan untuk berulang-alik. Aku juga dalam dilema kerana sebagai anak tunggal perempuan,sudah tentu aku sahaja yang diharapkan untuk membantu ibuku membuat kerja-kerja di rumah . Namun begitu,aku tetap teguhkan niat aku untuk bekerja bagi mendapat pengalaman di samping dapat meringankan beban keluarga. Pada hujung minggu aku pulang ke rumah untuk membantu ibuku meringankan bebannya sebagai seorang suri rumah.
Kembali semula dalam sesi pembelajaran KMK, Dr.Zam telah memberitahu pelajar bahawa beliau suka kepada sesi soal jawab di dalam kelas. Kepada pelajar yang dapat menjawab pertanyaannya,beliau akan memberi markah percuma yang akan dimasukkan dalam sistem pemarkahan semester. Kelas keesokannya pula, beliau menerangkan tentang penilaian kursus ini seperti tugasan individu dan kumpulan,peperiksaan akhir,dan kehadiran yang membawa markah 100% untuk keseluruhan markah. Disamping itu juga,Dr.Zam memberitahu bahawa terdapat sebuah blog dimana nota kuliah dan tugasan boleh didapati disitu. Para pelajar juga perlu menulis tentang pemberian istimewa mereka di dalam kelas seperti menjawab soalan dan memberikan pendapat. Semua ini boleh membawa markah tambahan kepada pelajar. Dr Zam menerangkan secara terperinci tentang tugasan individu yang mana tugasan ini perlu dihantar setiap minggu selama 5 minggu,selepas itu disambung dengan tugasan 2 pula berbentuk tugasan berkumpulan dimana setiap kumpulan terdiri daripada lima orang ahli. Sebelum itu, terdapat satu ujian ringkas yang perlu dijawab mengikut masa yang telah ditentukan.
Kursus ini amat menarik bagiku kerana tugasan yang diberikan berlainan sekali dengan tugasan-tugasan yang terdapat dalam kursus lain. Aku telah banyak belajar sesuatu yang baru walaupun baru sahaja bertatih dalam kursus ini. Aku harap dengan mengambil kursus ini,aku akan lebih berfikir panjang sebelum membuat keputusan. Kepada kawan-kawanku, bersama-samalah kita berjuang dan melakukan yang terbaik dalam kursus ini bagi mendapatkan markah yang cemerlang. Doakan kejayaan kita bersama. Sekian dari saya,Berry….. assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment