Assalamualaikum…hari ini genapla jurnal ku yang terakhir tentang sesi pembelajaranku dalam kelas kemahiran membuat keputusan. Kali ini aku didedahkan dengan personaliti dan emosi.Dari ilmu ini ,aku mempelajari di mana diri kita boleh dikategorikan mengikut huruf-huruf tertentu . personaliti adalah definisi ringkas mengenai peribadi yang memepunyai ciri-ciri pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang membuatkan seseorang itu menjadi unik. Personaliti mempunyai empat perspektif iaitu dari segi psikoanalitik, sifat , humanistik dan kognitif sosial.
Psikoanalitik merupakan bentuk motivasi diri yang berlaku dalam keadaan tidak sedar. Sifat pula dinyatakan sebagai definisi khusus keperibadian, humanistik pula adalah kapasiti dalaman kepada pertumbuhan dan manakala kognitif sosial pula adalah pengaruh terhadap persekitaran. Seterusnya aku didedahkan pula dengan teori MBTI atau Myers-briggs type indicator yang diasaskan oleh carl jung.jung melahirkan kepercayaan bahawa manusia dilahirkan dengan kecenderungan untuk pilihan personaliti tertentu, sama seperti mereka yang dilahirkan dengan kecenderungan kepada tangan kanan atau kiri. Briggs telah mencipta 16 jenis karakter berdasarkn huruf untuk mengenal pasti tingkahlaku manusia. Ia terdapat empat huruf utama kecuali iNtuisi yang menggunakan N untuk menggantikan introrvert yang menggunakan vokal 'I' .Contoh kombinasi huruf ini adalah misalnya ESTJ yang merujuk kepada extrovert,sensing,thinking dan juga judging.
Briggs telah membahagikannya kepada empat petunjuk iaitu jenis interaksi sosial yang mempengaruhi introvert atau extrovert. Cara untuk mengaplikasikan maklumat pula dipengaruhi oleh sensing dan intuitif, cara membuat keputusan pula diklasifikasikan kepada feeling dan juga thinking. Dan yang terakhir pula adalah jenis keputusan yang dilakukan sama ada bersifat perspectif atau judgmental. Aku menjalankan uijian ini untuk mengenali diri dan personaliti diriku berdasarkan huruf-huruf tersebut dan ternyata aku merupakan seseorang yang berpersonaliti ENTP atau ekstrovert,intuisi ,thinking(berfikir) dan juga percieving
Ini bererti dalam hidupku,jenis interaksi sosial yang berlaku dalam hidupku adalah bersifat ekstrovert di mana aku merupakan seseorang yang memerlukan orang lain dalam hidupku. Misalnya aku mungkin akan tertekan jika aku beersendirian kerana setiap perkara yang aku lakukan,aku memerlukan dorongan mereka yang berada disisiku. Ini menyebabkan aku mudah mendapat kawan baru meskipun di mana sahaja aku berada. Dari segi mengaplikasikan maklumat pula aku termasuk dalam kalangan individu yang bersifat intuitif atau berfikiran melebihi deria atau di panggil sixth sense. Dalam hal ini, aku mempunyai pemikiran masa panjang yang merujuk kepada masa depanku. Aku suka berfikir sesuatu perkara yang baru dan biasanya menganggap sesuatu perkara atau benda yang dilihat sebagai sesuatu yang bermakna. Misalnya jika aku melihat sebuah cawan,aku akan melihatnya bukan sebagai cawan misalnya sebagai hati yang tersimpan seribu kemanisan.
Dari segi membuat keputusan pula aku biasanya merupakan seseorang yang suka berfikir sebelum membuat keputusan. Aku akan mencari logiknya dahulu bagi setiap keputusan yang aku lakukan agar keputusan tersebut adalah yang terbaik. Aku akan mengakaji lebih kepada fakta dan analisis kritikal. Aku akan menerima konflik sebagai natural. Dan seterusnya dari segi jenis keputusan yang dilakukan aku lebih bersifat percieving di mana aku lebih kepada bersifat fleksible. Aku tidak membahagikan masaku untuk melakukan sesuatu kerja kerana bagiku itu hanyalah akan membebankan diriku.
Aku tidak menyangka melalui pembelajaran ku pada setiap minggu telah membuatkan aku mengetahui pelbagai perkara. Dari segi pembuatan keputusan ,mungkin aku mampu membuat keputusan dengan cara yang lebih baik selepas ini kerana telah banyak perkara telah ku pelajari untuk memapstikan keputusan yang dilakukan adalah yang terbaik. Misalnya,kita tidak boleh melihat sesuatu sebagai sesuatu perkara biasa kerana mungkin ada maksud yang lebih abstrak yang tersembunyi di sebaliknya.
No comments:
Post a Comment