Thursday, October 13, 2011

A134479 Nur Nadeeya Binti Muhamad Khair LJ04 Peringatan, Ingatan dan Perhatian

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.  Sekarang kita sudahpun berada pada minggu kelima pembelajaran. Saya dan rakan-rakan yang lain telahpun menjalani lima minggu pembelajaran di dalam kursus Kemahiran Membuat Keputusan. Ini merupakan jurnal saya untuk kali keempat. Banyak perkara baru yang telah saya pelajari pada minggu ini. Sebelum itu, ingin saya nyatakan tajuk jurnal saya yang kedua iaitu, "Peringatan, Ingatan dan Perhatian".

Bagi menjalani proses membuat keputusan, kita perlu ada peralatan kognitif yang mana ia membolehkan kita melihat, memikirkan dan mentafsir dan akhirnya menyelesaikan masalah dengan membuat keputusan yang paling bijak. Terdapat 3 jenis alat kognitif, iaitu persepsi, ingatan dan perhatian.

Menurut Stephen Pepper ( 1967 ), persepsi bertindak sebagai aktiviti sedar menghubungkan seseorang individu melalui penerimaan data kepada persekitaran. Persepsi adalah sesuatu tanggapan kita terhadap dunia. Setiap individu mempunyai persepsi yang berbeza kerana setiap individu mempunyai cara pemikiran yang berbeza. Beberapa faktor yg mempengaruhi persepsi kita terhadap sesuatu seperti perwatakan, pengalaman, persekitaran dan sebagainya. Pentafsiran apa yang dipersepsikan hanya boleh dibuat jika ianya berkait dengan pengetahuan dan pengalaman relevan yang ada. Persepsi digunakan dalam melihat masalah secara fizikal atau konseptual. Ianya dilakukan dengan tujuan yang tertentu dan dicapai dengan menentukan rujukan objektif. Jika persepsi kita adalah betul,ia dapat membantu dalam membuat keputusan yang tepat.

 Satu contoh persepsi dalam membuat keputusan yang dapat saya buat adalah seperti persepsi seseorang terhadap sebuah restoran, dimana restoran itu kelihatan menarik dengan perhiasannya yang tampak mewah, dengan pengunjungnya yang ramai. Dengan itu, seseorang berpersepsi bahawa restoran itu mestinya menghidangkan makanan yang sedap dan memuaskan hati dek kerana ramai pelanggan. Namun, setelah dia menjamu selera, dia dapati harga yang dikenakan langsung tidak berbaloi malah masakannya tidak memuaskan.

Terdapat 2 jenis bentuk ingatan iaitu ingatan jangka pendek ( working memory ) dan ingatan jangka masa panjang ( storing memory ). Fungsi ingatan dalam membuat keputusan ialah ia membantu ingatan semula. Selain mengaitkan keadaan terdahulu dengan keadaan sekarang. Berdasarkan contoh yang di nyatakan di atas berkaitan persepsi, individu tersebut tidak akan berkunjung lagi ke restoran tersebut kerana di dalam ingatannya bahawa restoran tersebut hanyalah indah khabar dari rupa.

Peranan perhatian dalam membuat keputusan adalah penting. Menurut Kahneman ( 1973 ), perhatian ialah pemprosesan kapasiti maklumat kepada aktiviti mental. Fungsi perhatian ialah sebagai agen pemilihan dan agen pengurusan tugas. Seseorang yang tidak member perhatian dalam sesuatu situasi akan mudah membuat keputusan yang tidak tepat. Perhatian adalah tersangat penting dalam proses membuat keputusan.

Sebagai contoh, seorang ahli mesyuarat mengeluarkan idea yang kurang bernas dimana idea tersebut boleh menyebabkan kacau bilau berlaku didalam syarikat. Namun,majoriti ahli-ahli mesyuarat yang lain tidak memberi perhatian semasa idea itu dibentangkan dan menyebabkan idea itu dipersetujui oleh majoriti tersebut dek kerana tidak memberikan perhatian. Lantas, syarikat mungkin akan mengalami kerugian yang amat besar.

Persepsi, ingatan dan perhatian mempunyai hubungan yang berkait rapat dimana persepsi akan merangsang ingatan dan ingatan yang dirangsang akan menumpukan perhatian kepada masalah. Dengan ini, proses analisis bermula dalam membuat keputusan. Namun begitu, hubungan antara ketiga alat kognitif ini terbatas. Ini adalah kerana ia di pengaruhi oleh prioriti, maka usaha untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan perlu dilakukan mengikut prioriti.

Pada perkuliahan lepas, saya mempelajari 3 aspek penting dalam membuat keputusan iaitu persepsi, ingatan dan perhatian. Pensyarah menguji persepsi pelajar dengan menunjukkan beberapa gambar optical illusion yang sangat menarik. Dapat dibuktikan bahawa setiap individu mempunyai persepsi yang berbeza pada sesuatu keadaan. Ingatan membantu kita membuat keputusan yang lebih tepat berdasarkan pengalaman lepas dan perhatian adalah sangat penting supaya keputusan yang dibuat adalah tepat. Sekian, jumpa lagi di penulisan akan datang. 

No comments:

Post a Comment