LANGKAH PERTAMA DI LANDASAN BARU
Perjalanan seorang salik memerlukan banyak pengorbanan,kekentalan,kesabaran,pengalaman dalam meneruskan perjuangan,
banyak halangan dan cabaran perlu ditempuh,lautan perlu direnangi,gunung perlu didaki ketika menuju ke sebuah destinasi yang tidak ketahui mana penghujungnya
Setiap perjalanan memerlukan perancangan serta keputusan yang tepat untuk memastikan perjalanan itu sentiasa berjalan dengan lancar.
Tanggal 11 september 2011,tanggungjawabku sebagai seorang pelajar bermula kembali setelah empat bulan setengah bercuti dirumah.Selama empat bulan ku dirumah,
kehidupanku amat berbeza sekali ketika di kampus semasa sesi pembelajaran semester.Ramai juga kawan kawan ku yang mengambil semester pendek kerana ingin menghabiskan kursus yang tidak dihabiskan.Kursus luar fakulti seperti subjek pilihan bebas PB,U2 yang ada dalam sesi semester pendek yang akan berlangsung selama dua bulan setengah antara semester panjang.
Semester ini,aku dengan yakinya membuat keputusan untuk mengambil hanya 16 jam kredit,7 subjek sahaja berbanding pelajar lain yang mengambil paling kurang 20 jam kredit.Memandangkan aku pelajar tahun 3(tahun akhir),aku terpaksa mengambil subjek sedikit kerana bimbang akan kesibukan dengan projek latihan ilmiah yang bakal aku jalani beberapa minggu lagi.Dengan lafaz bismillah aku membuat keputusan untuk mengambil sedikit subjek untuk semester ini dan terus mendaftar dalam smpwebukm.
Oleh kerana aku ingin menambah semester pengajian ku dari 6 semester kepada 7 atau 8 semester (dari 3 tahun ke 4 tahun),tanpa was was aku membuat keputusan dengan yakinnya.Aku tahu,aku hanya mampu merancang,hanya Allah yang menentukan segalanya,masa depanku bukan ditangan ku,hanya Allah yang berhak menentukan segalanya.Kita sebagai manusia biasa hanya mampu berusaha merancang,sebaliknya perlu berserah kepada Allah untuk menentukan seagalanya,Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku.
Pada hari isnin 12 september 2011 merupakan kuliah pertama ku.pagi yang cukup tenang dengan angin yang bertiup sejuk dilitupi pohon pohon kehijuaan menghiasi varsiti tercinta yang amat tesohor dikalangan pendamba ilmu luar atau dalam negara.Kuliah pertama aku adalah kursus kimia instrumentasi yang diadakan di Dewan Anuar Mahmud Fakulti Sains & Teknologi UKM.Kuliah pertamaku pada pukul 10 pagi.Pada masa itu,mata ku masih mengantuk walaupun kuliah pertama aku masih tidak mempunyai semangat memandangkan kesan cuti empat bulan dirumah yang hanya aktiviti seharian mengadap di depan laptop,makan,tidur,bekerja sambilan,.tidak ada sesi kuliah pada masa cuti,.kawan kawan lain ambil semester pendek ..aku saja yang masih berdegil membuat keputusan untuk bercuti bersama keluarga tercinta.Aku fikir,masa ini lah terbaik untuk aku luangkan masa untk bersama keluarga memandangkan susah untuk balik kampung halaman pada hari hujung minggu biasa.
Dalam kuliah pertama,aku sempat terlelap ketiduran kerana tidur lewat di malam hari.Jam menunjukan 11.55 pagi,ada 5 minit saja lagi untuk kuliah pertama berakhir,kuliah seterusnya ialah kurus U2 merupakan kurus baru dalam hidupku iaitu 'Kemahiran Membuat Keputusan' yang diajar oleh pensyarah yang bernama Dr. Ahmad Zamri bin Mansor atau dikenali sebagai Ayah long nama glamournya.Kami sebagai pelajar hanya memanggil beliau dengan panggilan Dr.Zam.Rupa parasnya begitu kacak dan baik hati orangya.
Pada minggu pertama kuliah pertama kursus ini,terdapat hanya beberapa orang pelajar yang mendaftar kursus ini,yang selebihnya belum mendaftar.Mungkin sesetengah pelajar masih tidak yakin lagi untuk memilih kursus ini sebagai subjek pilihan U2.Aku memilih kursus ini kerana aku ingin mengetahui cara cara terbaik dalam membuat keputusan yang berkesan.Sebelum ini,aku hanya membuat keputusan berdasarkan kemahuan yang aku inginkan,angan angan yang aku impikan.Dari angan angan,maka tecetuskan idea untuk membuat sebuah sesuatu keputusan yang aku sendiri yakin akan tindakanku itu.Pada hari itu Dr.Zam menerangkan tentang rangka kursus ini dengan lebih terperinci.Beliau menerangkan tentang sinopsis kursus dan objektif kursus supaya pada penghujung semester pelajar mengatahui intipati atau tujuan utama mengambil kursus ini.Beliau juga menerangkan tentang penilaian pelajar yang mengambil kursus ini seperti tugasan,perperiksaan akhir,dan kehadiran apabila dicampur semua biernilai 100% keseluruhan markah.Disamping itu juga,Dr.Zam memberitahu bahawa terdapat sebuah blog dimana nota kuliah,tugasan,atau semua yang berkaitan dengan kuliah boleh didapati disitu.Aku sebenarnya kagum dengan Dr.Zam kerana beliau rajin,perihatin terhadap pelajar pelajarnya.Beliau membuat blog,web,database berbentuk program untuk kemudahan pembelajaran.Selama 2 tahun aku berada di UKM baru pertama kali aku dapat rasa keperihatinan pensyarah sebegini..cewahh
Kuliah pertama berlangsung selama 1 jam,merupakan pengenalan kepada kursus.Sehadirnya aku ke dalam dewan kuliah,aku membuat keputusan untuk duduk di lajur pertama kerusi dewan kuliah itu sebagai motivasi untuk menjadi pelajar yang lebih rajin dari semester sebelumnya.Selain itu,Dr Zam juga melatih pelajar dengan kuiz atau ujian warna dimana slide akan dipaparkan pada skrin putih,masa diberikan bebrapa saat,pelajar hanya perlu memberi jawatan berdasarkan warna yang meraka nampak.Satu perkataan dipaparkan pada skrin dimana aksara mempunyai warna berlainan.Selepas itu,Dr Zam menyuruh semua pelajar mengisi borang yang ada dalam SPIN untuk mengesahkan pelajar mendaftar secara rasmi selepas mendaftar dalam smpweb.Pada setiap minggu,hanya 3 jam sesi kuliah sahaja isitu 1 jam hari isnin dan 2 jam hari selasa.
Pada hari selasa 13 september keesokan harinya,.aku bangun sebelum subuh lantas ke bilik air mengambil wudhuk dan menunaikan tanggungjawab Solat subuh.selepas subuh aku membuat keputusan untuk tidur sekejap sahaja sebelum kuliah pukul 8 pagi.Tepat pada pukul 7.50 aku bergegas mendapatkan kunci motosikal dan terus pergi ke kuliah DK3F201.Sesampainya aku ke kuliah tersebut,aku melihat tiada siapapun yang berada dalam dewan kuliah itu.
Aku terus berfikir,kenapa tiada orang ? adakah aku salah kelas ? atau aku salah tengok jadual ?.ahhh tidak..tungu punya tunggu,jam menunjukkan pukul 8.55 pagi,hampir sejam aku menunggu kehadiran pelajar lain dan pensyarah dalam dewan kuliah itu tetapi aku keseorangan sahaja,malang nasibku.Selepas itu,aku dengan gembiranya membuat keputusan untuk meninggalkan dewan kuliah itu,aku fikir aku tersalah jadual,aku terus balik ke hostel dan menyemak kembali jadual aku.Rupa rupanya aku tersalah jadual,ohh tidak..Aku menyesal kerana aku terlepas kuliah yang begitu menarik sekali.Mungkin itu sebagai pengajaran buatku supaya lebih teliti dalam membuat sesuatu keputusan supaya tidak terburu buru.
Pada minggu seterusnya iaitu minggu ini,pada hari isnin 19 september 2011,dengan izin Allah s.w.t aku dapat menghadiri kuliah ketiga kursus Kemahiran Membuat Keputusan ZT2263.Pada minggu ini,bilangan pelajar semakin bertambah,wajah wajah pelajar tahun 2 semakin ramai.Ramai pelajar yang Berjaya membuat keputusan untuk memilih kursus ini sebagai kursus U2 mereka.Pada hari itu,Dr Zam menerangkan semula rangka kursus memandangkan pada minggu lepas ramai pelajar yang belum daftart lagi.Dr Zam membuat keputusan untuk menerangkan semula kepada semua pelajar.
Dalam minggu kedua ini,Dr Zam menerangkan secara terperinci tentang tugasan 1 dimana ia perlu dihantar setiap minggu selama 5 minggu,selepas itu disambung dengan tugasan 2 pula berbentuk tugasan berkumpulan dimana setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang.Bila Dr. Zam menerangkan tentang tugasan,hatiku mula berdebar kerana aku rasa makin bertambah beban dalam kepala otak ku ini,ditambah tengan projek tahun akhir latihan ilmiah,penulisan thesis lagi.Apa pun aku telah buat keputusan,apa yang terjadi aku perlu tanggung semua ini.Tambahan pula,pada hari kedua minggu ke dua iaitu pada hari selasa 20 september 2011,Dr.Zam memulakan sesi kuliah dengan lancar.Beliau memulakan dengan sesi soal jawab antara pensyarah dengan pelajar.Kepada pelajar yang dapat menjawab pertanyaan,Dr.Zam akan member markah percuma yang akan dimasukkan dalam system permakahan semester.Ada seorang pelajar perempuan yang dapat menjawab dan mengemukakan pendapat dengan bernas pada hari itu.Masa tu aku terfikir,kenapa Dr.Zam tak Tanya aku ? klau dia Tanya aku mesti aku dapat jawab dan dapat markah percuma,hmm..mungkin lain kali dia akan Tanya lagi.Selepas sesi soal jawab,Dr.Zam memberikan kuiz kepada pelajar,ia merupakan kuiz lisan pertama yang mengandungi 10 soalan objektif dipaparkan di skrin LCD yang diberi tempoh beberapa saat untuk pelajar memilih 5 pilihan jawapan yang sesuai daripada soalan tersebut.Aku terus menjawab dengan yakinnya mengikut apa yang aku baca di hostel sebelum sesi kuliah berlangsung.
Selesai sesi kuiz,kelas pun bersurai.Sudah menjadi adat,apabila bermula kelas baru,mesti mendapat kenalan kawan yang baru daripada pelbagai fakulti.Kebanyakan pelajar Fakulti Pengajian Islam (FPI) yang mengambil kusrus ini,selebihnya Fakulti Sains & Teknologi (FST),FakultI Kejuruteraan & Alam Bina (FKAB),dan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK).Ketika kelas berakhir,aku sempat berkenalan dengan beberapa pelajar dari FPI,FKAB.Aku berasa agak kekok kerana aku sorang saja dari FST dikalangan mereka..hmm..aku tak kisah,janji aku dapat belajar dengan baik untuk kursus ini,tambahan pula pensyarah yang begitu perihatin sekali.Disini kita dapat simpulkan,sesetengah pelajar yang memilih sesuatu kursus itu megikut kawan kawan mereka,kawan ambil kursus tu,kursus tu la yang diambil.Tapi aku tidak,aku yakin dengan keputusan aku,kategori keputusan yang aku ambil ini adalah ketidakpastian kerana aku tidak mengetahui apa yang akan terjadi selepas aku mengmbil kursus ini,keputusan aku.
Setakat ini sahaja yang aku nak sampaikan pada minggu ini,memandangkan minggu pertama dan kedua,banyak lagi tidak belajar,tapi aku harus berusaha bersungguh sunguh.Bak kata pepatah " kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya".Sekian terima kasih dari ku Hafeez..Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..
No comments:
Post a Comment