Rosnani muhtar : Pada 11 september 2011, aku telah pun kembali ke kampus tercinta iaitu "UKM", selepas empat bulan bercuti. Kini bermulalah tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar. Seperti yang semua tahu bukan senang dalam menempuh cabaran sebagai seorang pelajar. Pastinya akan menghadapi pelbagai masalah dan dugaan. Oleh yang demikian, aku perlu pandai dalam membuat keputusan supaya segala tindakan dan tingkahlaku tidak tersasar sebagai seorang pelajar.
Masalah pertama yang aku hadapi ketika sampai di kampus ini adalah sukar bagiku untuk membuat keputusan memilih kursus U2. Tepat jam 12 tengah malam, pada 12 september, aku dan kawan-kawan sibuk untuk mendaftar kursus. Memilih kursus yang sesuai dengan aku ini adalah satu situasi yang mudah untuk aku putuskan. Namun, bagi memperoleh keputusan yang baik, aku perlu juga bertanya pendapat dengan kawan-kawan yang lebih berpengalaman mengenai kursus yang bakal aku pilih ini. Setelah berfikir sehabisnya, aku mengambil keputusan untuk mendaftar kursus Kemahiran membuat keputusan. Aku memilih kursus ini kerana, aku fikir yang aku akan menghadapi pelbagai cabaran, oleh yang demikian dengan mempelajari kursus ini aku sudah menyiapkan diriku bagi menempuh cabaran-cabaran yang mendatang. Bab kata pepatah, "sediakan payung sebelum hujan".
Sebelum aku membuat keputusan memilih kursus ini, aku telah mendapat pelbagai pendapat dari rakan-rakanku yang berpengalaman. Ada di antara mereka yang mengatakan kursus ini sukar untuk skor. Namun, setelah aku fikir sehabis baik, aku tetap memilih kursus ini. Hal ini demikian kerana, jika kita tidak mencuba kita tidak akan tahu baik buruknya. Aku berpegang dengan satu prinsip "don't judge a book by its cover".
Jam 12 tengah hari, pada 12 september, bermulalah kuliah pertama aku dalam kursus ini. Pada hari tersebut , En.Zamri iaitu pensyarah bagi kursus ini telah menerangkan serba sedikit berkaitan kursus ini. Kini aku tahu bahawa dalam kita membuat keputusan kita perlu tahu apa itu maksud Heuristika dan juga Bias. Apa yang aku faham dengan dua perkataan di atas adalah Heuristika bermakna dalam kita membuat keputusan kita perlulah berdasarkan kepada pedoman-pedoman am yang kita tahu. Maksud Bias pula, dalam kita membuat keputusan kita perlulah tidak berat sebelah. Bagi aku jika aku ingin membuat keputusan aku tidak akan memikirkan tentang kebaikkan kepada diri aku sahaja tetapi aku juga akan mengambil kira kebaikkan untuk orang lain juga. Aku pasti jika ini yang aku amalkan, hidup aku akan lebih bahagia apabila aku melihat orang lain turut bahagia. En. Zamri juga telah menerangkan bahawa, jika kita ingin membuat keputusan yang baik, kita perlu mendapatkan maklumat yang terbaik sama ada berdasarkan pengalaman lepas, persekitaran dan juga secara kognitif. Sepanjang hidup aku, pernah juga aku membuat keputusan berdasarkan pengalaman yang lalu. Sebagai contoh, kini aku tidak lagi mengabaikan pelajaranku dengan melakukan perkara-perkara yang membuang masa. Waktu aku di zaman persekolahan aku sering membuang masa dengan keluar bersama-sama rakan ke shoping komplek sehingga mengabaikan waktu belajar aku. Setelah aku memperolehi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang menyedihkan bagi aku dan keluarga aku, aku mula sedar dengan sikap buruk aku itu. Oleh yang demikian aku mengambil keputusan untuk tidak lagi bersikap sedemikian untuk masa hadapan aku yang lebih cerah.
Pada hari kedua kuliah, kini aku baru mengerti akan maksud sebenar membuat keputusan. Selama ini, apa yang aku faham tentang erti membuat keputusan ialah merujuk kepada cara kita berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul bagi memperolehi hasil yang baik. Namun, maksud sebenar menurut (massie 1987), membuat keputusan ialah satu tindakan yang diambil secara sedar dari pelbagai artenatif dengan tujuan mencapai hasil yang diharapkan. Bagi pendapat (Koontz dan Dannel 1978), membuat keputusan merujuk kepada aktiviti pemilihan dari pelbagai artenatif dan merupakan nadi dalam perancangan. Meruju kepada pelbagai artenatif itu bagi aku adalah cara kita untuk memperoleh maklumat bagi mendapatkan keputusan yang baik seperti yang aku perkatakan di atas berdasarkan pengalaman, persekitaran ataupun secara kognitif.
Dalam kehidupan aku, aku pernah menghadapi dua jenis situasi dalam membuat keputusan iaitu situsi mudah dan juga situasi sederhana. Bagi aku situasi mudah yang sering aku hadapi untuk membuat keputusan ialah untuk memilih lauk apa yang aku hendak makan pada hari ini? Ianya Cuma mengambil masa yang singkat sahaja untuk aku memberi keputusan. Bagi situasi sederhana pula, aku pernah mengalaminya semasa aku membuat keputusan untuk mengambil kursus yang sesuai untuk aku sambung pada peringkat ijazah ini. Setelah aku memdapat cadangan dari keluarga dan guru, aku telah membuat keputusan untuk meneruskan pelajaranku dalam bidang psikologi dan pembangunan manusia. Sepanjang hidup aku, aku tidak pernah lagi menghadapi situasi yang rumit untuk membuat keputusan. Apa yang aku faham dengan situasi rumit ini ialah pihak yang membuat keputusan perlu memikirkan impak dari pembuatan keputusannya sama ada kepada diri, masyarakat dan negara. Sebagai contoh, seorang usahawan sedang memikirkan sama ada beliau ingin melaburkan saham syarakat di pelaburan asing ataupun tidak. Justeru itu, beliau perlulah memberi keputusan yang terbaik supaya tidak mendatangkan kerugian yang besar.
Di dalam kuliah bersama En. Zamri, beliau ada menerangkan bagaimana untuk menjadikan sesuatu keputusan itu keputusan yang baik. Terdapat empat cara iaitu berdasarkan pengalaman, kecekapan, ketepatan maklumat dan juga analisa yang betul. Kecekapan bagi aku adalah merujuk kepada cara kita menilai Sesuatu perkara itu dengan melihat kesan sama ada memperoleh kesan negatif ataupun kesan positif. Kita perlu pandai dalam menyenaraikan sama ada kesan negatif yang bayak atau kesan positif. Jika kesan negatif banyak berbanding positif maka cara tersebut tidak harus kita gunakan. Maklumat yang kita perolehi juga mesti betul dan tepat. Bagi perolehi maklumat yang betul kita perlu menganalisa maklumat itu dengan baik dengan menggunakan pemikiran dan emosi yang stabil. Hal ini dapat dirujuk kepada ciri membuat keputusan yang sebenar dimana pemilihan yang sengaja dan reflektif. Apa yang aku faham mengenai ciri ini ialah dimana kita menbuat keputusan haruslah dalam keadaan sedar bukannya terpaksa serta kita perlulah memikirkan kesan dan akibat di atas keputusan yang bakal kita buat.
Setelah dua hari aku hadir ke kelas kemahiran membuat keputusan ini aku sedikit demi sedikit telah mula faham akan cara dalam membuat keputusan yang baik. Aku berasa seronok berada di dalam kelas ini, dan ini telah membuktikan aku telah membuat keputusan yang baik dengan memilih kursus ini. Aku berharap aku akan memperolehi ilmu yang lebih mendalam lagi tentang kursus ini supaya aku dapat praktikkannya di alam pekerjaan aku nanti. Seperti yang kita maklum, untuk mendapat pekerjaan dengan mudah bukan berdasarkan kepada kepusan di atas segulung ijazah namun softskill juga amat dititik beratkan. Oleh yang demikian, dengan adanya kemahiran komunikasi dan dibantu oleh kemahiran dalam membuat keputusan aku akan lebih yakin untuk menghadapi alam pekerjaan suatu hari nanti dan menjadi pemimpin yang berkalibel.
No comments:
Post a Comment