Friday, September 23, 2011

A131157 FAIZULNIZAN WAHID LJ1 TEORI BUAT KEPUTUSAN




LJ1 KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN


:) happy :( sad ;) wink :-/ confused :x lovestruck :"> blushing :P tongue :-* kiss =(( broken heart :-&lt sigh ~X( at wits' end :-O surprise X( angry
[-( not talking :)] on the phone 8-> day dreaming :O) clown 8-} silly =P~ drooling #-o doh! =D> applause :-SS nailbiting @-) hypnotized :^o liar :-w waiting :-c call me


Salam sejahtera diucapkan, tahun 2011 kali ini aku akan meneruskan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk tahun kedua dalam semester satu.
seperti biasa apabila tiba minggu pertama, semua pelajar akan menyusun masa dan waktu pengajian untuk setiap kursus dengan sebaik mungkin. aku juga
seperti para pelajar lain. semester kali ini aku telah mendaftar kursus kemahiran membuat keputusan di bawah kursus Universiti. Pada hari isnin dan
selasa yang lepas aku telah hadir bersama-sama pelajar yang lain untuk mendengar dan mendapatkan ilmu daripada kuliah yang disampaikan oleh Dr Zamri.
Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya, sesungguhnya Allah SWT Maha Bijaksana, kursus yang aku daftar pada kali ini banyak manfaatnya. Dalam kursus
pensyarah mengemukakan banyak teori berkaitan dengan bagaimana ingin membuat keputusan. Teori-teori yang disampaikan merupakan daripada banyak sumber.
Jika dilihat sepintas lalu, kaedah membuat keputusan yang dilakukan ramai manusia adalah berdasarkan masalah yang dihadapi. Keputusan yang dibuat selalunya
adalah cepat, dimana ada ruang untuk menyelesaikan masalah, keputusan itulah yang diambil. Hakikatnya, keputusan memilih yang terbaik itu adalah rumit. ini kerana
banyak pilihan dalam menyelesaikan suatu masalah, walaupun sekecil masalah sekalipun. Namun setelah menghadiri kuliah yang lepas, dan mendengar dan meniliti
apa yang di sampaikan oleh Dr Zam, dapat difahami secara umum bahawa keputusan itu adalah pilihan daripada pelbagai alternatif. Membuat keputusan pula adalah proses
mengenal pasti masalah dan pilihan untuk menyelesaikan masalah tersebut, kemudian pilih yang terbaik dan selesaikannya. Dr Zam juga mengulas serba sedikit berkaitan
dengan situasi dalam membuat keputusan. Terdapat tiga situasi dalam hal ini, yang pertama, situasi mudah, yang kedua, situasi sederhana dan yang ketiga situasi rumit.
Ketiga-tiga situasi Dr Zam cuba terangkan beserta contoh situasi. Di samping itu beliau turut membuka peluang kepada pelajar untuk mengutarakan idea daripada apa yang
difahami. Hal ini mengingatkan aku tentang tiga situasi tersebut. Ketiga-tiga situasi ini pernah aku alami. Situasi mudah kerap kali dilalui oleh setiap individu termasuk aku.
Seperti, nak pakai apa baju hari ini?, nak makan apa hari ini?, nak masak apa hari ini? dan banyak contoh keadaan lain. Contoh situasi sederhana pula separti, nak pilih kursus apa
untuk semester ini?, nak ambil berapa banyak kursus untuk semester ini? manakala situasi rumit seperti nak beli kereta atau tak? situasi ini biasanya melibatkan benda yang berharga
dan berisiko seperti wang dan keselamatan. Dr Zam juga menerangkan bahawa tiga situasi tadi dipengaruhi oleh beberapa ciri dalam membuat suatu keputusan.
Ciri-ciri tersebut ada lima iaitu, merupakan suatu proses, pemilihan yang sengaja dan reflektif, mencipta sesuatu ketentuan atau pendapat, memerlukan penelitian dan
pengetahuan yang mendalam serta pemilihan pelbagai alternatif. Keputusan yang dibuat adalah bergantung kepada masalah apa yang dihadapi, oleh itu tiada satu cara
penyelesaian unuk banyak masalah tetapi setiap masalah itu mempunyai cara penyelesaian yang berbeza-beza. Contohnya, masalah tidak faham ketika belajar dengan
masalah mengantuk ketika kuliah dijalankan merupakan dua masalah yang berbeza, oleh itu cara  untuk menyelesaikan masalah tersebut turut berbeza.
Selain itu, tidak ada satu keputusan yang muktamad dalam menyelesaikan segala jenis masalah. pengumpulan maklumat yang berkaitan masalah juga mesti serta
punca masalah biasanya di luar kawalan si pembuat keputusan, oleh yang demikian pentingnya kreativiti. Dr Zam menerangkan keputusan yang baik
bergantung kepada pengalaman, kecekapan, ketepatan maklumat dan analisa yang betul. Tanpa pengalaman dalam mengahadapi suatu masalah, sudah pasti
si pembuat keputusan akan teragak-agak dalam membuat keputusan, seseorang yang kurang pengalaman bercakap di hadapan umum, apabila menghadiri temu duga
pasti akan risau dan takut kerana ragu-ragu tentang apa yang ingin diucapkan. Begitu juga cekap, tanpa ciri ini seseorang pasti sukar untuk membuat keputusan, walaupun
keputusan yang di buat betul namun kurang memuaskan. Sebagai contoh, ketika memandu kenderaan, pemandu perlu cekap dalam pemanduan, jika tidak
pemandu akan mengambil masa yang lama untuk sampai ke destinasi. Manakala ketepatan maklumat dan analisa yang betul juga penting, tanpa
dua ciri ini keputusan yang dibuat akan tiada kepastian. Seorang ketua sebagai contoh, dalam menyelesaikan masalah orang bawahan perlu kepada
maklumat yang sahih dan betul, si ketua tidak bole mendengar khabar angin yang tidak pasti betul atau tidak berita tersebut.Selain itu Dr Zam
menerangkan teori berkenaan dengan dua kategori membuat keputusan yang pertama keputusan yang telah diprogramkan. Kategori ini kerap kali dihadapi
oleh ramai orang khususnya penjawat awam, apabila ada pelanggan menghadapi masalah berkaitan pembayaran bil air contohnya, garis panduan penyelesaian
masalah tersebut telah ditentukan. Oleh itu penjawat awam tadi hanya perlu mengikut garis panduan tadi. Kategori yang kedua pula jarang dihadapi oleh individu,
aku cuba berfikir apakah situasi yang sesuai tentang kategori ini. setelah puas berfikir, aku teringat ketika menaiki komuter untuk menghadiri
majlis yang agak penting, tiba-tiba komuter rosak, aku terpaksa keluar dari komuter dan apa yang perlu dibuat agar aku boleh sampai pada waktunya.
Aku membuat keputusan menaiki transit lain walaupun terpaksa banyak bertukar tren, akhirnya sampai sebelum mula majlis. kategori ni biasanya
diluar jangkaan dan perlu membuat keputusan.Dr Zam cuba menjelaskan kepada kami dua kategori keputusan tadi bergantung kepada 4 ciri ini, Certainty, Risk, Uncertainty, Ambiguity.
setelah selesai kuliah, kefahaman dalam membuat keputusan bertambah. kuliah ini memang terbaik.


No comments:

Post a Comment