SAADATUN NISA BINTI ABDUL JAMAL A133026
KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN
Assalamualaikum w.b.t
Terima kasih dan selamat membaca kisah hidup aku ni. Maaflah jika ada kekurangan dalam penulisan aku ni.Agak payah untuk aku memulakan penulisan ini. Al maklumlah cuti terlalu panjang. Otak pun jarang diservis. Pada minggu pertama pengkuliahan aku sibuk membuat pendaftaran kursus. Untuk kursus U2 aku memilih subjek kemahiran membuat keputusan. Untuk subjek ini ada dua kelas. Tapi pada hari pertama iaitu hari Isnin aku tidak masuk ke kelas. Sibuk dengan urusan pendaftaran kursus. Keesokannya hari selasa aku mula masuk ke kelas kemahiran membuat keputusan. Jelas sekali subjek ini sangat berkait rapat dalam kehidupan sehari-hari kita. Apa yang dipelajari sepanjang pengkuliahan minggu ini sememangnya sering kita adaptasi setiap hari. Cuma tanpa kita sedari atau tidak sahaja. Aku begitu tertarik dengan cara pembelajaran dan pendekatan yang digunapakai oleh pensyarah Ahmad Zamri bin Mansor. Pendekatan yang digunakan oleh beliau ternyata tidak membosankan para pelajar. Ini kerana,kami bukan sahaja belajar melalui nota yang disediakan malah Dr. Zam juga menyelitkan tayangan video yang berkaitan dengan silibus pembelajaran pada hari tersebut.
Pada minggu itu aku telah belajar mengenai konsep membuat keputusan. Mengapa kita membuat keputusan? Ini terjadi apabila terdapat banyak pilihan. Apabila kita berada dalam dilema,kita perlulah mendapatkan maklumat yang tepat dan membuat perbandingan dengan mencari kebaikan dan kelemahan setiap items tersebut bagi menentukan pilihan yang terbaik dan tepat. Sebagai contoh kes aku dalam menentukan kursus yang hendak dipilih. Cara yang terbaik untuk mendapatkan maklumat mengenai kursus tersebut aku telah bertanyakan kepada bebarapa orang yang pernah mengambil kursus ini. Soalan aku bukan hanya berkisar kepada silibus pembelajaran tetapi juga mengenai tugasan,pensyarah,kuiz dan lain-lain. Melalui jawapan yang diberi oleh senior-senior itu, aku dapat membayangkan suasana pembelajaran kursus tersebut sangat menarik.
Ternyata tepat juga aku membuat keputusan untuk menganbil kursus ini. Selesai kuliah barulah aku mengerti akan makna membuat keputusan. Menurut Massie 1987 definisi membuat keputusan ialah tindakan yang diambil secara sedar dari pelbagai alternative dengan tujuan mencapai hasil yang diharapkan. Sepanjang hari itu aku sering mengaitkan apa yang dipelajari dengan perjalanan hidup seharian. Membuat keputusan adalah untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sesuatu masalah itu terdiri daripada pelbagai situasi. Antaranya adalah situasi mudah,sederhana dan rumit. Sebagai contoh dalam kehidupan sehari-harian aku sering mengalami situasi mudah untuk membuat keputusan. Misalnya aku sering tertanya-tanya mahu memakai baju apa untuk pergi ke kelas? Hendak sesuaikan dengan tudung apa? Itu semua menyebabkan aku perlu membuat keputusan bagi memastikan masalah kecil ini selesai. Kadang kala keputusan yang aku buat tidak terlalu tepat. Contohnya dari segi pakaian tadi. Ada yang menegur tidak begitu sesuai untuk ke kelas. Tetapi ini tidak memberi kesan yang buruk kerana ini merupakan masalah kecil sahaja dan aku percaya setiap orang terutama wanita sering mengalami masalah ini. Berbeza pula sekiranya aku berada dalam situasi sederhana sukar untuk membuat pilihan. Masalah ini pernah timbul selepas keputusan peperiksaan STPM keluar. Aku menjadi keliru dan bingung untuk membuat pilihan ke mana-mana university untuk menyambung pelajaran. Berbekalkan keputusan yang sederhana sahaja cemerlangnya aku begitu tekun mencari maklumat mengenai IPT yang ada di Malaysia. Kaunselor sekolah juga banyak memberi nasihat untuk aku membuat keputusan yang begitu penting ini. Ternyata keputusan yang aku buat adalah terbaik dan tepat apabila aku layak menyambung pengajian ke peringkat ijazah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Setakat hari ini aku belum lagi berhadapan dengan situasi yang rumit dan menyulitkan. Kerana situasi ini biasa dihadapi oleh orang-orang atasan atau pemimpin atau ahli perniagaan sahaja. Situasi ini perlu dihadapi dengan tenang dan memerlukan perancangan dan penelitian yang tinggi kerana jika tersalah membuat keputusan akan mengundang risiko yang buruk dan memberi kesan kepada banyak pihak
. Dalam membuat keputusan terdapat banyak ciri-ciri. Antaranya adalah keputusan yang dibuat dikaji setiap baik buruknya,membuat keputusan secara rasional iaitu tidak dipengaruhi emosi dan tindakan yang diambil secara sedar. Sebagai contoh keputusan aku untuk mengambil kursus ini adalah berdasarkan kerasionalan aku dan bukan terpengaruh untuk mengikut kawan semata-mata. Tanpa aku sedar dan perasan membuat keputusan merupakan satu proses. Proses ini memerlukan kita mengenalpasti masalah dan membuat perbandingan serta mencari maklumat yang tepat mengenai masalah tersebut. Setiap keputusan bergantung kepada jenis masalah. Apa yang menjadikan keputusan yang baik iaitu pengalaman,kecekapan,ketepatan maklumat dan analisa yang betul. Dengan adanya ciri-ciri yang tersenarai itu menjadikan keputusan yang diambil adalah tepat dan tidak menimbulkan risiko atau kesan yang buruk kepada kita. Terdapat dua kategori membuat keputusan iaitu keputusan yang dirancang dan keputusan yang tidak dirancang. Keputusan yang dirancang sering berlaku dan mengalami perubahan untuk digunakan pada masa hadapan. Misalnya kita tahu andaikata kita terlewat masuk kelas akan didenda jadi kita dapat mengelakkan dari didenda dengan masuk ke kelas lebih awal dari biasa. Manakala keputusan yang tidak dirancang adalah unik,tidak jelas dan tidak berstruktur. Sebagai contoh bencana alam atau peperangan atau rusuhan yang berlaku adalah sesuatu yang tidak terduga dek akal kita.
Setelah mempelajari tajuk pengenalan mengenai membuat keputusan barulah aku tersedar bahawa orang-orang zaman sudah biasa dengan situasi ini sehinggakan wujud pelbagai peribahasa atau kata pujangga yang berkait rapat dengan membuat keputusan. Sebagai contoh "terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya. Selain itu peribahasa "diluah mati emak ditelan mati bapak". Jika seseorang menghadapi situasi sebegini haruslah bijak membuat keputusan.
No comments:
Post a Comment