Friday, September 23, 2011

A135317 SITI FADILAH BINTI MOHD NOR

A135317  SITI FADILAH BINTI MOHD NOR
"MEMBUAT KEPUTUSAN YANG TEPAT"
 
 
Bismillahhirahmannirahim.. ,Assalamualaikum kepada semua kawan-kawan dan Pensyarah ,Nama gelaran aku ilah ."ilah" adalah nama panggilan yang selalu dipanggil oleh kawan-kawanku ,dan keluarga aku pula memanggil aku dengan gelaran achik.Hari ini pada 12 September 2011 aku mula start kelas .Disamping itu aku gembira kerana hari pertama aku mulakan kelas ,aku didedahkan dengan banyak perkara,yang selama ini menjadi beban kepada aku.Class pertama aku adalah kemahiran membuat keputusan.
      Walaubagaimanapun ,pada 13 september kelas keduaku ,aku didedahkan dengan maklumat untuk membuat keputusan yang tepat, kebetulan aku dalam keadaan yang keliru sekarang.Aku didedahkan untuk mengenali diri aku sendiri,dengan cara melukis gambar wajah aku sendiri,apabila diminta berbuat demikian,baru aku sedar yang aku sebenarya tidak boleh membayangkan wajahku sendiri.Lagipun sebelum ini aku tidak terfikir untuk melukis wajahku sendiri,malah keistimewaan yang  ada pada diriku sendiri aku tidak pasti.
    Pada hari itu,aku juga turut ditugaskan untuk mencari pemilik kepada wajah yang dilukis pada kertas yang diberikan kepada aku.Disitu,aku mula fikir kenapa pensyarah berbuat demikian,rupa-rupanya, aku diminta mencari pemilik gambar itu sendiri,supaya aku meneliti ,mengenal pasti siapa pemiliknya yang sebenar,dan menyoal pada sesiapa yang seakan-akan ada persamaan dengan gambar tersebut,dengan itu aku dapat mengenali kawan-kawan yang terdapat dalam kelas itu.
"HALIMATUS  SA'DIAH  BINTI  YUSOFF"adalah pemilik wajah yang dipegang oleh aku,aku mula mengenali dirinya,walaupun namanya Halimatus sa'diah,tetapi dia lebih suka dipanggil dengan nama "MASYITAH",dia juga merupakan pelajar dari fakulti yang berlainan dengan aku,iaitu ianya dari fakulti pengajian islam,dan mengambil cos Syariah Perundangan.
     Selain dari bertemu kawan baru,aku turut mendapat pengetahuan dalam membuat keputusan.Difinisi dalam membuat keputusan yang aku faham adalah,tindakan yang diambil secara sedar dari perbagai alternative dengan tujuan mencapai hasil yang diharapkan –Massie(1987).
     Dalam membuat keputusan juga terdapat tiga tahap,iaitu tahap mudah,sederhana dan juga tahap rumit.Aku juga dalam keadaan yang terganggu,kerana aku terpaksa membuat pilihan.Aku mula jatuh hati pada seseorang yang sudah lama aku kenal,tetapi dahulu aku sangat tidak suka padanya,tetapi perasaan itu berubah apabila aku mula mendengar suaranya membaca al-quran.Tetapi masalah aku sekarang adalah,perlukah aku bagi tahu sahaja pada dia"LAN"nama samara.Tetapi aku juga perlu memikul tanggungjawab sebagai pelajar university,kerana aku tidak mahu menghancurkan harapan ibubapa aku yang selama ini banyak menaruh harapan pada aku,supaya ubah nasib keluarga aku.
      Tapi aku tidak tahu apa perlu aku buat,kerana aku ingin sahaja melupakan "LAN,"tetapi perasaan aku tetap pada dia,kerana semakin aku ingin melupakan dia,semakin kuat perasaan rindu, sayang aku padanya.Tapi aku juga tidak boleh hancurkan harapan ibubapaku dikampung yang ingin melihat aku Berjaya.Sekarang aku belajar bahawa,setiap perkara pasti ada penyelesaianya.Hal ini kerana aku percaya pada takdir yang ditentukan oleh tuhan,yang mana setiap manusia mempunyai pasangannya sendiri .Dengan itu,aku harus lupakan tentang perasaan aku dahulu,kerana aku harus pikul tanggungjawab yang diamanahkan oleh ibubapa aku supaya mengubah nasib keluarga aku.
   Seperti apa yang diperkatakan oleh pensyarah,kita harus mencari punca masalah.Aku kini tahu punca masalah itu,sebenarnya masalah itu datang daripada diri aku sendiri,iaitu  keinginan perasaan aku sendiri,dengan itu,aku harus memilih untuk melupakan tentang perasaan aku walaupun ianya pahit bagi aku,tetapi ada pepatah yang menyatakan  jika ikutkan hati mati,ikutkan rasa binasa.
         Kini hatiku mula merasa ringan kerana tidak perlu memikirkan tentang dia.Aku pasrah jika ianya menjadi milik orang lain,kerana aku mengutamakan keluarga aku dahulu,yang mana selama ini berada disampingku untuk memberi dorongan ,sehinggalah aku Berjaya memasuki university.Azam aku kini adalah,untuk mencapai apa sahaja kejayaan yang belum aku kecapi.Oleh hal demikian maka aku ingin belajar bersungguh-sungguh supaya mencapai apa yang diinginkan.
      Dalam subjek ini "kemahiran membuat keputusan ",pada pandangan aku semakin jelas untuk menghadapi masalah yang dihadapi,kerana aku perlu membuat keputusan yang terbaik.Menurut pensyarah kita perlukan pengalaman,kecekapan,ketepatan maklumat dan perlu membuat analisis yang betul,supaya keputusan yang kita  buat tidak menjejaskan masa hadapan.Tetapi aku masih belum ada pengalaman,seperti mana yang diperkatakan oleh pensyarah,jadi aku perlu bertanya kepada mereka yang lebih berpengalaman,supaya dapat membantu aku.Hal ini kerana seperti pepatah,takut bertanya sesat jalan,dengan itu,aku tidak mahu melakukan kesilapan,jadi aku harus beranikan diri untuk bertanya .
   Perkara yang kedua yang perlu aku ada adalah kecekapan dalam membuat tindakan.Sememangnya aku tahu,aku dahulu mudah mengambil tindakan tanpa berfikir panjang,tanpa aku sedari itu bukanya membantu aku menyelesaikan masalah ,tetapi menyulitkan lagi keadaan.Bagi kefahaman aku tentang kecekapan adalah,kecekapan kita dalam mencari maklumat.Ketepatan dalam mencari maklumat juga perlu ada,kerana untuk mencari apa sebenarnya yang diinginkan dan apa sebenarnya yang berlaku.Untuk mendapatkan maklumat  yang tepat,aku harus membuat analisi yang betul,
 Terdapat dalam hadis yang  menyatakan
"WAHAI ORANG YANG BERIMAN MASUKLAH KAMU KE DALAM ISLAM SELURUHNYA DAN JANGANLAH KAMU MENGIKUT JEJAK LANGKAH SYAITAN.SESUNGGUHNA SYAITAN ADALAH MUSUH KAMU YANG NYATA.
(AL-BAQARAH:208)
 
Maksudnya:Setiap manusia yang beriman akan membuat keputusan dalam kehidupan.Malah setiap saat dalam kehidupan ini manusia akan membuat keputusan .Keputusan itu boleh jadi keputusan yang mengikuti Al-Quran dan Sunnah ,dan mungkin juga keputusan itu adalah bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah.
       Manusia turut dibebani dengan soalan-soalan hidup yang mana memerlukan jawapan yang perlu diputuskan.Terdapat banyak keputusan yang perlu dibuat,samaada soal cinta,kerja ,rumah tangga ,pendidikan anak-anak,soal memilih kerjaya malah kita juga perlu membuat keputusan yang remeh ,seperti memutuskan apa yang perlu dimakan setiap hari,pakaian yang perlu dipakai.
  Terdapat Lapan ciri-ciri yang aku faham dalam membuat keputusan
·         Hendaklah berdasarkan prinsip baik mengatasi prinsip buruk.
·         Hendaklah dibuat berdasarkan rasional dan logic
·         Jika berada dalam masalah rumit,perlulah berada dalam keadaan yang tenang dan sebaik-baikanya mendirikan solat
·         Berbincang dan mendapatkan pendapat orang lain.
·         Menimbang semua kemungkinan dan akibat dari keputusan tersebut
·         Mempunyai keyakinan diri,bahawa keputusan yang dibuat adalah terbaik
·         Berani menanggung risiko diatas keputusan yang dibuat.
·         Boleh menjawab balik faktor-faktor kenapa keputusan sedemikian dibuat serta yakin dengan jawapan sendiri.
Didalam semua permasaalahan yang kita hadapi ini,kita sememangnya perlu sedar,bahawa kita juga turut ada pihak yang perlu  kita disembah dan tempat untuk kita  meminta pertolongan.  Kita sebagai manusia ,tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa,bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian,namun jika permasaalahan tersebut tidak dapat juga diselesaikan kita perlu bersangka baik kepada allah,berdasarkan firman-Nya:
"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik untuk kamu,dan ada perkara yang kamu  suka tetapi ia buruk bagi kamu,Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahuai dan kamu tidak mengetahuinya"Surah Al Baqarah:216
     Dalam membuat keputusan ,kita sememangnya diajar menggunakan akal fikiran yang waras,supaya kita tidak termakan diri sendiri.Terdapat dalam hadis yang menyatakan ,Bila kita ditimpa ujian,kita juga diajar dalam islam supaya mengucapkan kalimah istirja-innalilah wa inna ilaihirajiun.Firman Allah:"...Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah ,mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepadanya kami kembali." (Al-Baqarah
156)
Rumusanya,kita sememangnya merfikir secara waras dalam setiap tindakan yang ingin diambil,kerana kita mempunyai akal yang diberikan oleh Allah swt .Dengan  itu kita juga turut diminta agar berfikiran positif supaya kita tidak memilih jalan yang dimurkai Allah,sesungguhnya kita diminta untuk mencari ilmu agar kita berjaya di dunia dan diakhirat.
 
 
 

No comments:

Post a Comment