Sudah dua hari aku menghadiri kelas subjek u2 yang telah ku pilih. Setelah kucanang-canang dan ku fikir-fikir,akhirnya aku telah membuat keputusan untuk memilih subjek kemahiran membuat keputusan kerana bagiku inilah keputusan yang terbaik yang telah ku ambil. Aku mengambil keputusan ini setelah aku mengenalpasti kebaikan dan keburukan subjek ini,ternyata kebaikan lebih banyak berbanding keburukan misalnya, kini kebanyakan syarikat atau badan-badan kerajaan menggunakan cara untuk memilih seseorang untuk bekerja dengan mereka bukan sahaja melalui akademik,malahan juga melalui kebolehan-kebolehan yang lain seperti kemahiran soft skill, generic kompitensi dan juga kemahiran dalam membuat keputusan. Kemahiran membuat keputusan adalah penting kerana bagiku,apabila seseorang itu berkemampuan untuk membuat keputusan yang baik,maka dia akan mampu memimpin orang bawahannya serta akan di pandang tinggi. Menurut messie,beliau menyatakan bahawa membuat keputusan adalah tindakan yang diambil secara sedar dari pelbagai alternatif dengan tujuan mencapai hasil yang diharapkan. Berbeza pula dengan pendapat koontz dan dannel yang menyatakan ia adalah aktiviti pemilihan dari pelbagai alternatif dan merupakan nadi dalam perancangan.
Setelah aku didedahkan dengan subjek ini,aku merasakan bahawa bukan mudah untuk seseorang itu membuat keputusan yang tepat dan mencapai matlamat yang diinginkan. Ini kerana,setiap keputusan yang kita lakukan adalah dibuat dalam keadaan kita sedar yang bertujuan untuk memperoleh sesuatu yang kita harapkan. Sebenarnya kita haruslah sedar bahawa pembuatan keputusan ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia merupakan satu proses yang perlu kita lengkapi supaya hasil yang diperoleh adalah hasil yang terbaik. Melalui pembuatan keputusan tersebut kita akan mencipta sesuatu ketentuan atau pendapat yang akan meyakinkan kita dengan keputusan yang akan atau telah diambil. Ini kerana setiap keputusan yang diambil akan melibatkan dan memerlukan penelitian dan pengetahuan yang mendalam contohnya dalam kehidupan kita harus berani membuat keputusan seperti dalam hidupku ketika membuat keputusan untuk menyambung pelajaran atau tidak,aku ,mulai berasa bingung. Namun setelah menelitinya dari segala aspek,aku membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaranku. Ini merupakan antara Pelbagai alternatif dan cara telah ku rangka dan lakukan bagi memastika keputusan yang dilakukan adalah tepat tanpa melibatkan emosi keran keputusan yang dilakukan yang dipengaruhi oleh emosi hanya akan menghasilkan keputusan yang salah atau bersifat bias.
Bukan itu sahaja,ciri-ciri dalam membuat keputusan adalah Jenis keputusan bergantung kepada jenis masalah . jika masalah rumit,maka jalan penyelesaian yang lebih baik dan strategic perlu difikirkan .Tidak ada satu keputusan yang muktamad dalam menyelesaikan segala jenis masalah kerana setiap keputusan yang dilakukukan mungkin akan berubah dari semasa ke semasa mengikut keadaan. Maklumat yang dicari juga haruslah tepat.
Sebenarnya dalam cara membuat keputusan terdapat tiga risiko dalam membuat keputusan yang perlu kita hadapi,begitu juga dengan saya. Saya menghadapi risiko dalam membuat keputusan yang lazimnya berlaku iaitu situasi mudah yang biasanya mudah diselesaikan. Misalnya saya mempunyai masalah dalam menentukan warna pemakaian saya ke kelas,namun begitu penyelesaian yang dilakukan amat mudah dengan memilih untuk mencari pakaian yang bersesuaian dengan etika pemakaian. Situasi lain pula adalah situasi sederhana di mana saya perlu membuat keputusan untuk melangsungkan pertunangan ataupun tidak,saya terpaksa memikirkan kesannya dari pelbagai faktor. Namun akhirnya,saya membuat keputusan untuk menangguhkan waktu pertunangan di waktu yg lebih sesuai.
Dalam kehidupan kita,kita akan mampu membuat keputusan yang baik jika kita mengetahui cara untuk membuat keputusan dengan baik. Pertamanya berdasarkan pengalaman. Pengalaman yang sebelumnya biasanya akan mengajar kita untuk mengubah sesuatu keputusan yang mungkin kurang berkualiti sebelum ini kepada keputusan yang lebih berkualiti. Kecekapan kita dalam membuat keputusan dengan bijak juga akan membantu kita untuk mendapat keputusan yang baik ditambah pula dengan ketepatan maklumat yang diberi serta melakukan analisa dengan baik.
Dalam proses pembuatan keputusan,terdapat dua jenis kategori membuat keputusan sama ada secara diprogramkan atau tidak diprogramkan. Dari segi pembuatan keputusan yang telah diprogramkan,kita akan membuat keputusan mengikut apa yang telah ditetapkan.misalnya dalam hidupku,aku pernah menghadapi risiko di mana aku mengikuti ujian jpj yang hanya memintaku mnyelesaikan risiko dengan cara pemprograman data tersebut. Dari segi tidak diprogramkan,ia merupakan risiko di mana ia berlaku dia luar jangkaan. Dua tahun yang lepas aku pernah diminta untuk menjadi pengerusi majlis secara mendadak kerana ketiadaan pengerusi majlis. Meskipun tiada persediaan,aku menganggap ia sebagai satu cabaran.
Setelah dua hari aku mengikuti kelas kemahiran membuat keputusan,kini aku menyedari bahawa pembuatan keputusan bukan hanya pada membuat keputusan secara sewenang-wenangnya tetapi perlulah sistematik dengan mengetahui caranya,situasi dalam membuat keputusan dan sebagainya. Secara tidak langsung subjek ini telah membantuku untuk mahir membuat keputusan.
No comments:
Post a Comment