Sunday, October 9, 2011

A 135317 SITI FADILAH BINTI MOHD NOR KELAKUAN KITA SEHARIAN

Bismilahhirahmanirahim,syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaanya,maka dapat aku  menjalankan tanggungjawab yang perlu aku selesaikan ,iaitu menyelasaikan jurnal aku buat kali ketiga.Disini aku ingin berkongsi serba sedikit,apa yang aku pelajari pada minggu ini,dan aku juga ingin  berkongsi  serba sedikit tentang pengalaman aku.
Disini aku ingin menyatakan apa yang telah aku pelajari,  yang mana berkaitan dengan Heuristika dan Bias,seperti mana yang diterangkan oleh pensyarah,konsep heuristika sebenarnya diperkenalkan oleh Herbert Simon. Heuristika sebenarnya menerangkan bagaimana manusia membuat keputusan dalam keadaan yang kekurangan maklumat. Tversky dan juga Kahneman pada tahun (1974),ianya mencadangkan pembuat keputusan kebiasaanya  menilai kebarangkalian sesuatu peristiwa dengan menggunakan heuristika.
Disini aku ingin berkongsi apa yang belajar didalam kuliah.Empat konsep yang baru telah aku pelajari di dalam kelas,iaitu berkaitan dengan heuristika yang mana ianya mempunyai empat pecahan.Heuristika ini, mempunyai peranan dalam proses menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
1.      Konsep heuristika yang pertama adalah,HEURISTIKA JALAN-JAWAPAN.yang mana bagi kefahaman aku sendiri,kita harus mempunyai matlamat dahulu,sebelum mencari jalan untuk mencapai matlamat yang kita mahu.Maknanya jika kita tidak mempunyai matlamat atau cita-cita,kita tidak tahu apa yang perlu kita lakukan.
Sebagai contoh:Heuristika Jalan-Jawapan
           Matlamat yang aku mahu adalah menghantar kedua ibubapa aku menunaikan fardu haji di kota makkah.Jadi disitu,aku telah tahu apa matlamat yang aku inginkan.Maka jalan yang harus  aku  buat untuk mencapai apa yang aku inginkan adalah dengan mengetahui apakah langkah yang perlu aku ambil bagi mencapai hasrat hati aku,supaya dapat menghantar kedua ibubapa aku ke kota makkah.
 
2.      Heuristika yang kedua adalah,HEURISTIKA ANOLOGI iaitu heuristika perbandingan.Bagi pemahaman aku sendiri,heuristika ini terbahagi kepada dua bahagian ,iaitu perbandingan yang serupa dan perbandingan yang tidak serupa.
 
Sebagai contoh Heuristika Keserupaan Masalah:
          Permasalah yang aku hadapi dalam heuristika ini adalah berdasarkan pengalaman aku yang lepas.Permasalah aku adalah,masalah semasa ingin membeli tiket untuk pulang kekampung.Pertama kali aku pulang ke kampung semasa tahun pertama semester satu,aku tidak biasa pulang sendirian,maka kawan-kawan aku mempelawa aku pulang sekali dengan mereka dengan menaiki bas,kawan aku "Mira" nama samaran mempelawa aku pulang dengan bas sani,manakala kawan aku seorang lagi, "Jo" nama samaran mempelawa aku pulang dengan bas tran nasional.Jadi permasalah aku adalah untuk memilih bas yang aku ingin naiki.
 
Sebagai contoh Heuristika Ketidakserupaan Masalah :
    Berdasarkan pengalaman yang aku tempuhi, Semasa semester dua tahun satu,aku mulai tahu apa kenderaan yang harus aku naiki untuk pulang kekampung,Tetapi kawan  aku mempelawa aku menaiki bas,tetapi aku ingin menaiki KTM,iaitu kereta api tanah melayu,kerana tempat penumpang yang disediakan adalah selesa berbanding dengan bas.Jadi heuristika yang ingin aku katakana ini adalah,adakah  aku perlu  membeli tiket bas atau tiket kereta api,sedangkan kedua-duanya menuju ketempat yang sama.
 
3.      Heuristika yang ketiga adalah ,HEURISTIKA REPRESENTATIVE yang mana ianya adalah menggunakan perwakilan dalam menilai sesuatu permasalah yang timbul.Apa yang aku faham mengenai heuristika ini,mungkin berbeza dengan kawan-kawan sekalian,kerana ini adalah dari sudut pandangan aku sendiri,yang mana seseorang yang dinilai berdasarkan  tanggapan pihak lain,iaitu perbezaan dari segi perkauman,bangsa,perwatakan dan boleh dikatakan juga perbezaan dalam konteks sosial.
 
Sebagai contoh heuristika representatif :
             Berdasarkan pemerhatian aku ,yang selalu aku lihat adalah,kebanyakkan orang menilai sesuatu perkara pada satu sudut pandangan sahaja.Seperti yang biasa aku lihat,jika melibatkan warga asing yang datang bekerja di negara ini terutama warga indon,mereka akan dianggap sebagai penghalang kepada rakyat negara ini untuk mendapatkan peluang pekerjaan,dan akan berlaku banyak kes jenayah yang melibatkan warga indon.Sedangkan tidak semua warga indon itu,akan menghalang peluang pekerjaan rakyat negara ini dan juga tidak semestinya semua yang datang akan melakukan kesalahan jenayah. Hal ini kerana terdapat juga warga indon yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi  dan bekerja di negara ini dalam membangunkkan ekonomi negara,dan turut membantu rakyat negara ini.
  
4.      Heuristrika yang terakhir yang terdapat dalam topik pembelajaran aku ialah,HEURISTIKA KETERCAPAIAN.Yang mana berkaitan dengan peristiwa-peristiwa yang masih kuat dalam ingatan,iaitu membuat keputusan berdasarkan apa yang telah kita lalui dan apa perkara yang masih diingati.
 
Sebagai contoh berdasarkan dengan heuristika ketercapaian:
             
             Heuristika ini,membuatkan aku teringat mengenai peristiwa yang pernah aku lalui dahulu,yang mana membuatkan aku sampai sekarang merasa takut untuk membawa kenderaan.Dahulu aku pernah jatuh dari motosikal,dan aku dihempap oleh moto tersebut kerana ingin melindungi adik aku daripada cedera,jadi sampai sekarang aku masih takut untuk memandu lagi.Jadi sampai sekarang aku membuat keputusan tidak mahu memandu motosikal lagi,kerana peristiwa dahulu masih segar dalam ingatan ku.
 
     Disini aku ingin berkongsi serba sedikit,maklumat tentang personaliti .Hal ini kerana penting bagi kita mengenali personaliti diri kita sendiri.Tapi tahukan kamu semua apa maksud personaliti diri?
  :  Menurut Imam Al-Ghazali, personaliti diri sebenarnya menerangkan tentang keadan jiwa kita ,yang mana menerusi jiwa maka terbitlah semua perbuatan yang senang dan juga mudah,tanpa memerlukan pemikiran dan juga penelitian.Sekiranya jiwa itu muncul perbuatan yang baik,dan terpuji maka ianya dinamakan personaliti yang baik,manakala jika perbuatan buruk yang muncul dari jiwa seseorang maka ianya dinamakan personaliti yang buruk. "Al Ghazali Dalam Yunus Majid 1985"
"PERKATAAN BIAS"apa sebenarnya maksud bias?maksud bias yang diberikan oleh pensyarah adalah kecenderungan untuk melihat sesuatu perkara dengan dipengaruhi oleh perspektif tertentu.Malah kecenderungan ini juga mengganggu keupayaan seseorang untuk menjadi objektif dan juga tidak prajudis "bersangka buruk terhadap sesuatu perkara".
Bias sebenarnya berasal daripada heuristika representatif dan juga heuristika ketercapaian.Disamping itu bias terbahagi kepada enam kumpulan,yang mana kumpulan yang pertama adalah
       I.            Bias Terlalu Yakin
    II.            Bias "Tersangkut"
 III.            Pengesahan
  IV.            Ketercapaian
     V.            Representatif
  VI.            Peningkatan Komuniti
 
Bias terlalu yakin ini,sebenarnya ianya begitu mempercayai kebolehan diri dalam membuat keputusan.Sebagai contoh:Bagi lelaki ianya akan memilih perempuan yang ingin dijadikan teman hidup,jadi ianya terlalu yakin atas pilihan yang dibuat.
Bias "tersangkut",yang mana bagi kumpulan ini ianya,menggunakan maklumat yang awal atau yang pertama diterima untuk membuat sesuatu keputusan.Sebagai contoh,kanak-kanak yang baru sahaja bersekolah akan melakukan apa sahaja yang disuruh oleh gurunya,walaupun ianya ada kesilapan,kerana ianya adalah perkara yang baru bagi mereka.
Pengesahan,yang terdapat dalam bais ini menggunakan fakta yang hanya menyebelahi keputusan sendiri atau kita.Sebagai contoh,seorang pembeli telah membeli makanan yang dijual ditepi jalan,tetapi satu masalah timbul,kerana makanan yang dibeli mengalami kerosakan ataupun sugah tidak boleh dimakan lagi,jadi pembeli tersebuat aku membuat aduan tentang perkara tersebut kepada pihak yang bertanggungawab atas apa yang telah berlaku,seperti mengadu kepada jabatan hak pengguna
Ketercapaian adalah seperti apa yang aku telah katakan pada permulaan jurnal ,.tetapi aku akan bagi tahu apa yang diambil oleh bias ketercapaian jika mengalami masalah,ianya akan mengambil tindakan menggunakan maklumat yang sedia ada ,yang terkini dan juga yang masih segar dalam ingatan.
Peningkatan komitmen pula ,ianya  lebih kepada sokongan mejoriti,yang mana walaupun terdapat maklumat yang negatif,keputusan tetap akan dilakukan atas peningkatan komitmen.
 
SAMPAI DISINI  DULU OK,KITA JUMPA PADA MINGGU HADAPAN,ITUPUN JUKA UMUR MASIH PANJANG.ASSALAMUALAIKUM...BYE

No comments:

Post a Comment