Asalamualaikum dan salam sejahtera, bertemu lagi di dalam penulisan jurnal untuk minggu keempat ini. Pagi Isnin saya dimulakan dengan kuliah pertama iaitu kemahiran membuat keputusan. Pada hari Isnin, perbincangan kuliah berkisarkan tajuk heuristika dan perkaitanya dengan bias. Heuristika ialah suatu konsep yang telah diperkenalkan oleh Herbert Simon yang mana maksudnya ialah pedoman-pedoman am atau strategi yang berkemungkinan menghasilkan penyelesaian masalah yang betul. Terlebih dahulu, akan saya kupaskan sedikit sebanyak apakah itu heuristika menurut pemahaman saya berdasarkan apa yang dibincangkan sewaktu di kelas. Heuristika boleh dibahagikan kepada empat iaitu heuristika representatif (perwakilan) , heuristika ketercapaian. Heuristika jalan jawapan dan heuristika analogi
Menurut pemahaman saya heuristika representative ialah mewakilkan sesuatu perkara atau prototaip sebagai gambaran kepada keseluruhan prototaip tanpa memikirkan fakta. Sebagai contoh, seseorang ingin membeli buah manggis. Sebelum dia membeli, dia memilih sebiji manggis dan merasanya terlebih dahulu. Setelah merasakan buah manggis itu elok dan bagus, beliau menyimpulkan bahawa keseluruhan buah yang terdapat di dalam bakul itu elok.
Seterusnya ialah heuristika jalan jawapan. Heuristika Jalan Jawapan ialah Satu kaedah berfikir kearah menentukan dahulu apa jawapan atau jalan penyelesaian yang diingini, barulah mencari jalan untuk menyelesaikan masalah itu. Contohnya seseorang guru yang mengajar. Sebelum sesi pembelajaran dimulakan, beliau akan menetapkan satu subjek yang menjadi topic pengajaran dan barulah beliau akan mengajar berpandukan kepada subjek tersebut.
Seterusnya ialah heuristika ketercapaian. Heuristika ketercapaian beerti sesuatu keputusan yang diambil berdasarkan pengalaman yang masih segar dalam ingatan. Ia juga berkait rapat dengan ingatan yang masih baru dalam ingatan. Contohnya seseorang itu pernah mengalami sesuatu kemalangan di sebuah selekoh yang berbahaya. Berdasarkan pengalaman itu, dia mengambil keputusan untuk tidak melalui jalan yang berselekoh itu.
Heuristika yang terakhir ialah heuristika analogi.heuristika analogi ialah mebanding beza dengan pengalaman yang pernah kita lalui berdasarkan strukturnya. Sebagai contoh, seseorang psiswazah ingin mencari kerja dan beliau dikehendaki menghadiri temuduga, Dia telah membanding bezakan pengalamanya sewaktu menghadiri latihan temuduga di universiti dan mngunakan pengalaman itu sewaktu menghadapi temuduga yang sebenar.
Kita pergi ke bahagian selanjutnya iaitu 'bias'. Bias ialah kecenderungan untuk melihat sesuatu perkara dengan dipengaruhi oleh perspektif tertentu. Keupayaan ini boleh menyebabkan seseorang menjadi praejudis dan tidak rasional. Terdapat beberapa jenis bias yang seringkali berlaku dalam hidup manusia. Bias yang pertama ialah bias yang terlalu yakin atau overconfidence bias. Bias ini merujuk kepada mereka yang terlalu percaya diri tanpa mempedulikan fakta dan pandangan orang lain. Bias ketercapaian pula menerangkan keputusan yang dibuat menggunakan maklumatatau infomasi yang telah ada ditangan sama ada yang terkini dan jelas. Seterusnya ialah bias tersangkut. Bias ini hamper sama dengan konsep satisfising iaitu membuat keputusan berdasarkan maklumat yang pertama. Bias ketercapaian pula ialah mengunakan maklumat yang telah ada di tangan sama ada bersifat semasa atau jelas. Dan yang terakhir ialah bias representative. Bias ini berkaitan dengan heuristika representative yang mana meletakan sesuatu itu mempunyai persamaan jika ia berda dalam satu kumpulan.
Menurut Janis, 1971, 'groupthinking' ialah cara pemikiran orang yang terlibat dalam sesuatu kumpulan yang mempengaruhi pemikiran kearah realistik berbanding alternative. Dr. Zamri menjelaskan Groupthink' adalah bias yang terjadi apabila berada di dalam satu kumpulan. Ini biasanya terjadi apabila kita berada dalam situasi bersama-sama. Contohnya, bersama rakan –rakan kuliah yang sedang melakukan perbincangan. Salah seorang akan menjadi ketua projek dan berkemungkinan ketua itu tidak mahu menerima idea rakan-rakan yang lain. Ini juga dikatakan bias di dalam 'Groupthink'.
Sebenarnya, saya kurang jelas berkenaan ''groupthingking' ini dan ingin meminta penjelasan kepada Dr. Zamri pada kuliah akan datang. Begitulah serba sedikit yang saya faham mengenai kuliah pada minggu keempat ini. Sekiranya terdapat perkara yang salah mengenai pemahaman saya harap diberi tunjuk ajar. Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment