Tuesday, October 4, 2011

A128390 Mohamad Nazrul Hafeez Bin Md Riffin LJ03 Bias & Heuristika

KUSANGKA PANAS RUPANYA HUJAN DI TENGAH HARI

 
    Assalamualaikum salam sejahtera ,..bersyukur kehadrat ilahi kerana mendapat keizinanNYA untuk menulis entry buat kali ketiga ini.Minggu ini merupakan minggu ke empat sesi pengkuliahan pada semester 1 ini sesi 2011/2012.Banyak  sesuatu yang dipelajari dari hari ke hari.Makin banyak yang dipelajari makin banyak yang kita tidak tahu,itulah ilmu.

    Pada hari isnin 3 Oktober 2011,sudah masuk bulan oktober,pejam celik,balik kuliah, sudah hamper sebulan berada di UKM buat semester ini.Seperti biasa,kuliah pertama pada hari ini di FST,kelas kimia instrumentasi diikuti oleh kelas Kemahiran membuat keputusan.Pada hari ini,aku dating dengan awal dan mendapati Dr.Zam tidak dating pun lagi.Lalu,aku membuat keputusan untuk membaca semula nota kuliah yang bakal aku pelajari sekejap lagi.Alhamdulillah,dengan kuputusan yang aku buat itu mendapati lebih mudah untuk aku memahami sesuatu yang aku pelajari jika aku membacanya terlebih dahulu.Pada hari ini,Dr.Zam mengajarkan tajuk ketiga iaitu Heuristika dan Bias.

     Heuristika diperkenalkan oleh Herbert Simon merupakan satu kajian manusia untuk membuat keputusan dalam keadaan kekurangan maklumat dan kajian tentang bagaimana manusia membuat keputusan dalam keadaan banyak.Ia juga boleh dirujuk tentang pedoman pedoman am atau strategi yang berkemungkinan menghasilkan penyelesaian masalah yang betul.Terdapat empat jenis heuristika iaitu 1)Heuristika Jalan-jawapan,2)Heuristika Analogi,3)Heuristika Representatif,4)Heuristika Ketercapaian.Empat heuristika ini adalah berbeza mengikut ciri ciri tertentu.heuristika berperanan dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.Tokoh bernama Tversky & Kahneman (1959) berpendapat bahawa manusia membuat keputusan berpandukan beberapa jenis heuristika.
 

    Jenis heuristika pertama adalah jalan-jawapan.Heuristika ini bermaksud satu kaedah berfikir kearah menentukan dahulu apa jawapan atau penyelesaian yang diingingi,kemudian barulah kita cari jalan atau cara-cara untuk menyelesaikannya.Dengan menggunakan kaedah ini,kita boleh menyelesaikan semua masalah yang kita mahu.Contoh heuristika jalan-jawapan ialah seperti,seseorang itu ingin berkahwin,dia perlu pilih dahulu  siapa yang akan menjadi pasangan hidup,kemudian barulah dia perlu fikirkan cara untuk mendapatkannnya.Heuristika jalan-jawapan ini lebih menekankan matlamat yang ingin dicapai sudah ditentukan,dengan yakin kita dapat mengagak  hasil yang kita hendak.Contoh lain ialah Seorang usahawan perlu berjumpa pelangganya pukul 12 tengahari pada hari sabtu hujung minggu ini di Berjaya Time Square,Lalu keretanya rosak.Maka,dia haruslah berusaha sedaya upaya untuk pergi berjumpa pelanggannya dengan menaiki keretapi sebagai usaha untuk berjumpa pelanggannya itu.
 

 
    Jenis heuristika kedua ialah heuristika Analogi.Heuristika ini merupakan penyelesaian masalah berdasarkan kepada keserupaan masalah dari segi struktur.Seseorang yang ingin menggunakan heuristika analogy perlu menggunakan penyelesaian masalah lain untuk selesaikan masalah baru.Contoh untuk mudah difahami ialah,Ahmad biasa memandu kereta Proton Saga.Pada suatu hari,dia keluar bersama rakannya yang memiliki kereta Mitsubishi Lancer Evolution X.Rakannya itu menyuruh Ahmad untuk cuba memandu keretanya.Ahmad perlu menggunakan heuristika analogy dan menggangap kereta itu sama dari segi struktur(cara memandu,jenis transmisi).Dengan lancar Ahmad dapat memandu  kereta rakannya itu mengikut cara dia memandu keretanya sendiri.Contoh lain ialah,Seorang pelajar IPTA ingin membeli tiket Kapal terbang  untuk balik cuti raya haji.Pelajar itu pergi ke tempat beli tiket itu.Pelajar itu menganggap cara beli tiket Kapal Terbang sama dengan cara beli tiket bas,maka heuristika analogy boleh digunakan.


    Jenis heuristika ketiga ialah heuristika representatif.heuristika ini bermaksud cara membuat keputusan berdasarkan hasil pemerhatian yang tidak menyeluruh.Menggunakan sesuatu peristiwa dengan bentuk prototaipnya,dan jikalau terdapat banyak persamaan antara kedua duanya,terus menganggap ianya lebih munasabah.Menilai satu perkara dan merangkumi semua perkara.Hasil daripada satu andaian itu maka,keputusan boleh dibuat secara menyeluruh.Heuristika ini boleh digunakan ketika membuat eksperimen,dan kaji selidik.Contohnya,buah rambutan pertama sebagai representative kepada semua buah rambutan.Seorang pembeli menilai sebiji buah rambutan untuk keseluruhan buah rambutan itu .Pembeli itu menganggap semua rambutan itu baik setelah mencuba sebiji rambutan itu dan mendapati ianya baik.
Jenis heuristika keempat ialah Heuristika ketercapaian.Heuristika ini menggunakan peristiwa yang melekat dalam ingatan kita.Ia berkait rapat dengan ingatan jangka masa panjang.Penyelesaian  masalah atau membuat keputusan berdasarkan kepada apa yang mudah diingat semula dalam ingatan mereka.Heuristika ini berkait rapat dengan pengalaman yang lepas dalam membuat keputusan.Seseorang yang ingin memilih heuristika ini dalam membuat keputusan perlu mempunyai banyak pengalaman.Contohnya,seseorang itu hendak memilih sesuatu perkara dalam hidupnya,terdapat perkara yang ingin dipilihnya hampir sama atau sama.Tetapi,dia perlu memilih sesuatu yang baru.Contoh lain ialah seperti berlakunya peristiwa gempa bumi pada satu kawasan.Selepas berlaku gempa bumi banyak rumah yang roboh,mangsa terkorban.Orang ramai membuat keputusan untuk member derma kepada mangsa berdasarkan peristiwa gempa bumi tersebut,jika tidak berlaku gempa bumi,orang ramai tidak member sedikit pun derma.Jelas menunjukkan bahawa heuristika ini berdasarkan peristiwa penting yang melekat didalam ingatan.
 
 
 
     Pada hari selasa,4 Oktober 2011,aku bangkit dari mimpi lalu terus menunaikan solat subuh.Memandangkan kelas untuk hari ini pada pukul 8 pagi,aku terpaksa korbankan tidur yang tak cukup semalam menyiapkan slide cadangan penyelidikan Latihan ilmiah ku yang bakal aku buat tak lama lagi.Tepat jam 8 pagi,aku sampai ke kuliah bertempat di Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan FSSK.Pada hari itu,Dr.Zam menyambung sesi pembelajaran dengan mengajar tentang 'Bias'.Kita sering dengar perkataan bias ini.Bias boleh dikatakan sebagai ralat atau 'error' dalam menilai atau membuat sesuatu keputusan.Kita menganggap seseuatu perkara itu betul,tetapi pada hakikatnya perkara itu tidak betul dengan apa yang kita sangkakan.
Secara umum,bias bermaksud kecenderungan untuk melihat sesuatu perkara dengan perspektif tertentu.Kecenderungan ini meanggangu keupayaan seseorang untuk menjadi objektif dan tidak prejudis.Kata Dr.Zam,bias ini sebenarnya terhasil daripada heuristika representative dan heuristika ketercapaian.Akibat daripada  keralatan heuristika yang digunakan menghasilkan sesuatu bias.
 

     Bias terdiri daripada 6 jenis,antaranya ialah 1)Terlebih  yakin,2)Tersangkut,3)Pengesahan,4)Ketercapaian & 5)Representatif,6)Peningkatan komitmen.Bias yang pertama ialah bias terlebih yakin.Seseorang begitu mempercayai kebolehannya dalam membuat keputusan,menentukan sesuatu akan tetapi keyakinanya itu akan memberikan hasil yang sebaliknya yang disangkakannya.Contoh,seseorang membuat keputusan untuk mengahwini wanita cantik,dia begitu yakin dengan pilihannya itu dan menganggap wanita cantik itu baik dan solehah,tetapi selepas kahwin,didapati wanita itu seorang yang curang,.Terdapat bias disitu.
Bias kedua ialah bias tersangkut.Seseorang menggunakan maklumat yang awal atau yang pertama diterima sebagai asas dalam membuat keputusan.Contohnya,seorang pegawai polis menerima maklumat daripada penyiasatnya bahawa pencuri itu melarikan diri ke Negara lain,dengan segera polis itu membuat keputusan untuk mencari pencuri itu ke Negara yang  pencuri itu pergi,sedangkan pencuri itu masih lagi dalam Negara ini.Bias tersangkut ini terlalu awal dalam membuat keputusan,tanpa menggunakan maklumat yang kukuh.


     Bias yang ketiga adalah bias pengesahan.Seseorang itu menggunakan fakta yang hanya menyebelahi keputusan kita.Contohnya,dua orang doktor pakar diberi tanggungjawab merawat pesakit yang kritikal,kedua dua orang doktor ini memberi pendapat masing masing.Doktor yang pertama dengan yakin member keputusan untun membuat pembedahan,manakala doktor kedua tidak bersetuju untuk membuat pembedahan kerana ada cara lain yang lebih selamat.Doktor pertama menggunakan pendapat dia dan menyangkal pendapat doktor kedua.Lalu pembedahan dijalankan dan mendapati pesakit itu mengalami kerosakan organ akibat daripada tindakan doktor A yang terburu buru.


     Bias yang ke-empat adalah bias ketercapaian.Dalam bias ini,seseorang menggunakan maklumat yang sedia ada ditangan kita.Maklumat mesti terkini dan masih segar dalam ingatan.Contohnya,Kesedaran politik,kesedaran manusia untuk mengundi itu teserlah.Sebelum ini,kebanyakan masyarakat malas untuk mengundi dan manganggap kedua dua parti politik adalah sama,tetapi setelah berlaku peristiwa yang besar berlaku,contoh perlantikan menteri baru yang begitu cekap,dalam memerintah.Semua masyarakat mengundi berbanding pada tahun tahun yang lalu,kesedaran dan perubahan itu wujud.Contoh lain ialah, peristiwa seorang budak ketika kecil,pergi mandi di pantai,hampir hampir  lemas.Ketika dia besar,dia takut untuk mandi lagi di pantai kerana teringatkan peristiwa lampau yang buruk.Budak itu membuat keputusan menggunakan heuristika ketercapaian dan bias yang terbentuk adalah,jika budak itu mandi di pantai sekalipun,belum tentu dia akan lemas.Kesimpulannya,disebabkan peristiwa lalu,itu dia menganggap bahawa kelakuan yang sama dia lakukan akan menyebabkan perkara yang sama berlaku.
Sekian sahaja penulisan buat kali ini,..terima kasih kerana sudi membaca walaupun ulasan tidak begitu menarik dan tertarik..

Assalamualaikum..
 
 

No comments:

Post a Comment