Monday, October 3, 2011

A128881 Heng Yew Ping Model membuat keputusan

            Salam sejahtera semua. Pada kuliah yang lepas, Dr Zamri telah memberikan kuliah tentang model-model membuat keputusan. Sebelum itu, kami belajar bentuk-bentuk membuat keputusan iaitu beza antara "maximising" dan "satisficing". Secara umumnya, maximising adalah keadaan keputusan dibuat untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Daripada pelbagai pilihan yang ada, pemilih akan berbandingkan semua untuk mendapatkan pilihan yang paling sesuai atau the best. Manakala satisficing ialah sikap pembuat keputusan membuat keputusan sekadar untuk memunuhi keperluan asas yang dikehendaki. Sebagai contoh, seseorang itu memilih kursus U2 sekadar untuk memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh pihak universiti, dia tidak akan memikirkan apakah kursus yang sebenarnya paling diperlukan oleh dia.

            Dengan ini, barulah saya sedar bahawa ketika saya memilih IPTA dan kursus selepas mendapat keputusan STPM saya, saya telah membuat keputusan dengan mengamalkan sikap satisficing. Pada masa itu, saya hanya berhasrat untuk mendapat IPTA yang dengan rumah saya, dan boleh mendapat kurusus kejuruteraan. Akhirnya, saya memilih kursus KEJURUTERAAN PEMBUATAN di UKM tapi sebenarnya saya langsung tidak tahu apakah itu kejuruteraan pembuatan dan suasana di UKM.

            Akan tetapi, saya telah mengamalkan sikap maximizing semasa membuat keputusan untuk memilih kursus Kemahiran Membuat Keputusan untuk memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak universiti. Selepas berbandingkan semua kursus bertaraf U2, saya berasa sebagai seorang bakal engineer, kemahiran menulis tidak penting kepada saya kerana bidang saya lebih mementingkan kemahiran industri. Selain itu, pengurusan emosi juga tidak penting kepada saya kerana semasa menjawat jawatan sebagai ketua pengawas di sekolah menengah, saya dapat mengawal EQ saya dengan baik ketika dicabar oleh pelajar nakal. Saya juga berasa kemahiran berfikir tidak sesuai untuk saya sebab saya dapat mentafsir perkara yang berlaku di sekitar saya dengan baik. Akhirnya saya memilih kursus kemahiran membuat keputusan kerana walaupun saya mempunyai sifat-sifat yang baik, tapi saya selalu tidak dapat membuat keputusan tanpa nasihat daripada rakan atau guru saya. Ini menyebabkan saya berasa saya harus meningkatan kemahiran ini.

            Selepas itu, Dr Zamri menjelaskan tiga model utama membuat keputusan iaitu model klasikal, model pentadbiran dan model political. ( CAP iaitu classical, admistrative dan political) Untuk memahami model tersebut, kerasionalan, kerasionalan terikat dan pendapat Herbert Simon. Kerasionalan ( rationality) assume pembuat keputusan mempunyai knowledge tentang semua jalan penyelesaian, mengetahui kesan daripada setiap pilihan. Kerasionalan terikat pula mengatakan ada unsur-unsur yang tidak diketahui semasa membuat keputusan. Herbert Simon pula berpendapat "The assumptions of perfect rationality are contrary to fact. It is not a question of approximation; they do not even remotely describe the process in complex situation"

 

            Klasikal ialah cara paling biasa dalam membuat sesuatu keputusan. Model ini mempunyai matlamat yang agak jelas, penuh kepastian, maklumat yang lengkap, pilihan dibuat secara rasional dan hasilnya memuaskan atau maximising. Contohnya, untuk membangunkan ekonomi negara, kerajaan Malaysia akan mengumumkan Bujet 2012. Ini merupakan langkah yang lazim digunakan untuk membangunkan ekonomi negara malah ini telah memjadi satu kepastian. Ini merupakan satu model membuat keputusan yang "step by step" untuk mencapai metlamat, berdasarkan fakta dan juga logical dan rasional.

           

            Model Pentadbiran pula menerangkan masalah dan matlamat yang kabur, keadaan yang tidak pasti, maklumat tidak lengkap, pilihan dibuat hanya sekadar memenuhi syarat dan hasilnya cuma satisficing. Sebagai contoh, seorang ahli sejarah membuat keputusan untuk mecari maklumat tentang perkembangan sejarah di tanah besar Amerika dan seterusnya mengadakan pameran untuk memperkenalkannya kepada orang ramai. Namun demikian, oleh sebab maklumat yang didapati terlalu sikit, ahli sejarah tersebut terpaksa membatalkan rancangan ini.

 

           Model Politikal pula boleh dianggap yang paling banyak kontranya kerana masalah dan matlamat bercanggah, keadaan pula kabur, maklumat yang ada juga kabur, bercanggah, pilihan keputusan harus melalui rundingan dan tawar-menawar, dan hasil akhirnya ialah rumit untuk dicapai. Contohnya, untuk meluluskan rancangan ekonomi yang diperkenalkan oleh presiden Barack Obama, ahli-ahli parlimen terpaksa menjalankan mesyuarat meja bulat untuk mendapatkan persetujuan majority daripada para ahli parlimen.

No comments:

Post a Comment