Sunday, October 16, 2011

A132008, NADIA BT PURI, Persepsi Gambar Ajaib

" Petunjuk "melihat" gambar terlampir : Kalau mata kita mengikuti gerakan
putaran bulatan warna pink, hanya akan terlihat satu warna, pink. Kalau
pandangan mata ke tanda "+" hitam di tengah, makan bulatan yang berputar berubah warnanya ke hijau...
 
Sekarang, konsentrasi ke tanda "+" hitam di tengah-tengah gambar. Dalam waktu yang singkat, pelahan-lahan bulatan pink akan menghilang, dan hanya
akan terlihat satu bulatan hijau yang berputar. Sangat mengagumkan cara
otak kita bekerja. Sebenarnya tidak ada bulatan hijau, dan bulatan pink
sebenarnya juga tidak menghilang. Rasanya cukup membuktikan bahwa kita
tidak selalu melihat apa yang kita pikir kita melihatnya --> dengan kata
lain, kita "melihat" bukan apa adanya, tapi "sebagaimana kita melihat"
sesuatu.."
                                (Sumber:http://solusiradi.blogspot.com/2009/01/persepsi-gambar-ajaib.html)
 
 
 
 
 
 
Bismillahirrahmanirahim…
 
Assalamualaikum w.b.t,
            Selamat bertemu kembali di dalam penulisan jurnal saya yang keempat. Adakah anda melihat imej yang saya paparkan di atas? Jika ya, sila ikut arahan yang diberikan satu persatu dan kemudian  saya akan berikan kesimpulan di akhir penulisan ini nanti. Selamat mencuba!
 
Sahabat-sahabat sekalian, kini hanya tinggal 1 jurnal lagi untuk kita sama-sama selesaikan. Bak kata Dr.Zamri, berikan tepukan untuk diri kita sendiri! Kerana kita semua adalah mereka yang bersemangat kental meneruskan perjuangan dan menggalas cabaran menghasilkan penulisan jurnal yang 'amat menggerunkan' ini…J Sekadar motivasi buat diri, adakah anda pernah terfikir anda mampu untuk menghasilkan penulisan sepanjang 1000 patah perkataan seminggu untuk lima kali penerbitan berturut-turut? Apakah anggapan anda ketika pertama kali mendengar taklimat kursus dari Dr Zamri yang mengatakan anda harus menghasilkan 5 penulisan jurnal secara berturut-turut? Apakah persepsi anda ketika itu? Apakah fikiran anda mula mengimbau kembali samada anda ada melalui pengalaman yang sama ketika mengambil peperiksaan SPM dulu? Terpaksa mengerah otak menghasilkan karangan yang akhirnya membuatkan anda tidak sabar-sabar untuk menamatkan pengajian tingkatan 5 atau 6? pasti ada bukan? Justeru, ketika semua andaian dan realiti itu terbentang di hadapan anda, apakah yang anda putuskan? 'DROP' subjek ini atau bersedia untuk mengalami suatu pengalaman yang berbeza? Ya! Sudah semestinya anda telah mengambil suatu keputusan yang benar-benar anda yakini.
Begitulah juga topik penulisan jurnal saya pada kali ini. Saya akan mengulas dan mengupas tentang fungsi dan peranan persepsi, ingatan dan perhatian individu dalam membuat sesuatu keputusan. Kuliah pada minggu ini memfokuskan tentang fungsi ketiga-tiga elemen ini yang akan bermula dari menilai masalah, mencari keserupaan masalah, memikirkan penyelesaian kepada masalah, seterusnya mengaitkan ketiga-tiga elemen ini sehinggalah terhasilnya sebuah keputusan.
Kuliah pertama minggu ini, Dr Zamri telah bersedia dengan satu video klip untuk tatapan kami. Video memaparkan situasi sebuah perlawanan bola sepak, di mana terdapat watak David Beckham yang 'frust' kerana mungkin dibuang padang. David Beckham yang kelihatan begitu kecewa memasuki ruang dalam stadium dan terus terpandangkan seorang kanak-kanak lelaki yang memegang tin pepsi (situasi seterusnya pasti sudah jelas dan tidak perlu saya nyatakan). Tiba-tiba Dr Zamri menghentikan tayangan di mana kanak-kanak yang diminum airnya oleh David tiba-tiba meminta jika David boleh berikan bajunya,  dan terus meminta kami menyatakan apakah pandangan kami apabila melihat situasi tersebut. Di situlah terletaknya titik permulaan kepada pemahaman kami mengenai fungsi persepsi dalam membuat keputusan. Persepsi kita bekemungkinan berbentuk positif ataupun negative. Malah, yang paling penting, persepsi sering membuat kita 'tersilap langkah' dalam membuat keputusan. Sebagai manusia yang dikurniakan akal yang sempurna pun, kita masih tidak mampu untuk menjadi yang amat sempurna. Meskipun begitu, kita mempunyai pilihan untuk membentuk persepsi kita seterusnya menyumbang kepada penghasilan sesuatu keputusan yang baik. Baiklah, kita ambil contoh situasi ketika pertama kali kita mendapati subjek KMK ZZZT2263 mewajibkan setiap pelajar menghasilkan penulisan jurnal. Apakah persepsi kita ketika itu? Saya yakin, persepsi kebanyakan pelajar pada masa itu adalah saling tidak serupa. Mereka yang mempunyai persepsi positif akan menganggap tugasan ini adalah sesuatu yang menarik! Mereka akan langsung membuat keputusan untuk mendaftar subjek ini sebagai subjek wajib university. Golongan yang saya maksudkan mungkin adalah mereka yang sedang membaca jurnal saya ini. Manakala mereka yang tidak menyertai kita mungkin ada persepsi yang tersendiri. Sama ada dari sudut positif atau negatif, pasti mereka ada alasan yang tersendiri. Dan adakah anda sedar bahawa persepsi anda telah mendorong anda membuat keputusan menyertai subjek ini. Begitulah yang kita katakan fungsi persepsi dalam membuat keputusan.
Persepsi secara umumnya bertindak sebagai penggerak utama yang mendorong pemikiran individu  dalam membentuk suatu keputusan yang rasional. Malah, tahukah anda, persepsi secara langsung akan meransang ingatan kita contohnya dalam mencari keserupaan dan menilai sesuatu penyelesaian. Malah, pada akhirnya, secara tanpa kita sedari, kita menggunapakai fungsi perhatan dalam usaha memastikan keputusan yang akan kita lakukan adalah sesuatu yang munasabah. Bagaimana untuk mengaitkan fungsi perhatian dalam membuat keputusan? Contoh yang boleh saya cadangkan di sini. Satu situasi apabila kita membuat keputusan untuk menyertai kelas aerobic. Kelas aerobic selalunya akan dipimpin oleh seseorang sebagai 'teacher' dan akan berada berhadapan dengan kita. Bolehkah anda bayangkan, ketika anda meyertai latihan, setiap arahan akan dikeluarkan oleh teacher, dan adakah anda sedar bahawa setiap pergerakan yang anda lakukan sebenarnya bukan kerana arahan, sebaliknya perhatian anda pada 'teacher'. Situasi tersebut digambarkan seperti berikut:
Teacher: Ladies! Let's takes  your right hand back..go ladies, go…!
Miss X: Yeah, teacher…..!!
(sambil memberi sepenuh tumpuan pada teacher di hadapan, Miss X menggerakkan tangan kirinya ke belakang)
 
Apakah yang dapat anda fikirkan? Miss X telah salah untuk mendengar arahan dari 'teacher' disebabkan dia memberi sepenuhnya tumpuan kepada pergerakan tangan 'teacher'. Sedangkan teacher melakukan gerakan tangan yang betul. Namun, disebabkan keadaan mereka yang bertentangan, maka Miss X melakukan gerakan/membuat keputusan yang salah. Adakah anda jelas dengan contoh ini? Harapnya begitu…
 
Fasa akhir penulisan saya..seperti yang saya janjikan, kita bincangkan hasil yang anda dapati dari 'test' di atas. Sebenarnya ia adalah suatu bentuk mainan minda yang dapat membantu anda memahami pengertian persepsi dengan lebih jelas. Anda pasti bersetuju dengan penyataan yang diberikan bukan? Untuk itu, saya sertakan 'jawapan' kepada  test yang anda jalankan tadi.
 
"Kesimpulannya, otak kita seringkali menilai sesuatu itu terus pada zahirnya, sedangkan sebenarnya ada lebih banyak perkara yang harus kita 'lihat' di sebaliknya. Kita sering mengeluh tentang dilema dalam mendapatkan keputusan yang terbaik, bahkan kita sering mempersoalkan kenapa kita tidak diberikan pilihan yang pelbagai?mengapa kita diberi pilihan yang terhad? Kini, setelah  melalui pengalaman tadi, sedarkah kita bahawa setiap keputusan yang harus kita lakukan, Allah telah beri pilihan kepada kita. Namun, mengapakah kita tidak dapat melihat dan merasakan pilihan itu?itu adalah kerana kita hanya sering menggunakan mata zahir, bukan mata hati. Setiap perkara, ada sesuatu perkara lain disebaliknya. Justeru, dalam membuat sesuatu keputusan, teliti dan fikirkanlah dengan sedalam-dalamnya dahulu perkara yang zahir dan yang terselindung disebaliknya. Berkemungkinan, jawapan yang kita cari hanya ada dari apa yang ada secara zahir"
Sampai disini sahaja, penulisan saya. Semoga bermanfaat untuk kita kongsikan bersama…..Wassalam…

No comments:

Post a Comment