Sunday, October 16, 2011

A131204 Nur Aqilah Dalilah Bte Mohammed Alim Persepsi,Ingatan,Perhatian (PIP=PMA)


 Antara persepsi, Ingatan dan perhatian
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sedar tak sedar, menulis jurnal sudah hendak melabuhkan tirainya. Walau apapun, mari kita meneruskan sahaja penulisan ini hingga yang terakhir.
Pada pembelajaran kali ini, kita menyentuh tentang persepsi, ingatan dan juga perhatian di dalam membuat keputusan. Ketiga-tiga ini dinamakan alat kognitif bagi membuat sesuatu keputusan. Untuk menyenangkan lagi mengingati tajuk ini, mari kita letakkan akronim sahaja, iaitu PIP (persepsi, ingatan ,perhatian) dan PMA( perception, memory,attention). Sebelum membuat keputusan, seseorang itu perlu berupaya mengenalpasti keserupaan dan kelainan, dapat membezakan sebab berlakunya masalah dan simptom masalah itu sendiri juga upaya untuk memecahkan masalah itu kepada komponen yang kecil dan berupaya mengenalpasti masalah berdasarkan prioriti.
Apa yang dinamakan dengan persepsi? Menurut Pepper (1967), persepsi ialah satu aktiviti yang dilakukan ketika mana ia sedar dan menghubungkan dengan keadaan di sekelilingnya berdasarkan maklumat yang diterima. Setiap manusia membuat persepsi yang berbeza berdasarkan pegangan hidup, pengalaman yang dilalui atau sistem pemikiran persepsi juga ada batasan tersendiri. Batasan tersebut merangkumi pandangan, ruang lingkup yang terhad dengan ruang fizikal dan keupayaaan berfikir dan penafsiran dibuat jika ianya berkait rapat dengan pengetahuan dan pengalaman relevan yang sedia ada.  Seperti contoh, apabila pergi ke suatu tempat dan melihat ramai orang melanggan kedai tersebut, aku akan berfikir bahawa kedai ini makanannya sedap. Itu adalah persepsi pertama aku terhadap kedai tersebut.
Yang kedua pula ialah ingatan. Ingatan ada dua bentuk iaitu dari segi jangka pendek dan juga dari segi jangka panjang. Peranan ingatan ialah membantu mengenalpasti masalah yang hampir sama dan mudah diselesaikan. Namun, ingatan juga terbatas kerana kita tidak dapat mengingati perkara lampau yang terlalu jauh untuk diimbas semula. Ingatan juga ada fungsinya. Fungsinya ialah untuk membantu ingatan yang mana ianya boleh dikaitkan dengan keadaan dahulu dengan keadaan sekarang. Ia juga boleh membantu untuk proses pencaman dan perbandingan dengan peristiwa terdahulu. Seperti contoh, semasa diskusi bersama kumpulan, aku ada memberi contoh yang mana apabila seseorang itu menonton sebuah drama dari mula hingga akhir, kemudian apabila seorang kawannya meminta untuk menceritakan semula, dia dapat menceritakan cerita itu dari awal hingga akhir tanpa ada penambahan atau kekurangan. Itu adalah ingatan. Betapa kita dicipta oleh Allah dengan dijadikan sebagai sebaik-baik manusia. Kehebatan Allah tiada tandingan dan bersyukur dengan apa yang diberi olehNya.
Kemudian, kita beralih pula kepada perhatian. Perhatian menurut Kahnemann (1973) ialah penggunaan aktiviti mental dalam keupayaan untuk pemerosesan maklumat. Perhatian juag ada fungsinya yang tersendiri iaitu sebagai agen pemilih dan agen pengurusan tugas. Seperti contoh yang aku utarakan di kuliah ialah pensyarah ada member tugasan kepada seorang murid. Beliau telah menerangkan apa yang patut untuk membuat tugasan tersebut. Akhirnya, semasa penyerahan kertas kerja tersebut, pensyarah itu tidak berpuas hati kerana pelajar itu tidak membuat seperti yang dia mahukan dan tidak mengikut piawaian yang tertentu. Maka, pelajar tersebut dikehendaki membuat semula tugasan dengan mengikut garis panduan yang diberikan oleh pensyarahnya itu. Di sini, kita kategorikan ia sebagai keputusan perhatian.
Apa pula kaitan di antara persepsi, ingatan dan juga perhatian? Kaitannya ialah dengan persepsi menyebabkan ingatan kita dirangsang dengan baik dan dengan ingatan yang dirangsang ia akan memberi perhatian kepada masalah. Di antara ketiga-tiga ini adalah saling berhubungan tetapi ianya terbatas. Jika perhatian, persepsi dan ingatan adalah terbatas dan dipengaruhi oleh priority atau keutamaan, maka usaha untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan juga perlu dilakukan mengikut keutamaan.
Di dalam dunia ini, semua manusia mempunyai pendapat dan pemikiran masing-masing dan dari situ lahir sebuah persepsi, perhatian dan juga ingatan seeorang terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya. Lumrah kehidupan manusia tidak lepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan di dalam menilai sesebuah perkara. Jika kita menilai dan membuat andaian yang baik sekalipun, kadangkala timbul perasaan negatif dalam diri, disebabkan dipengaruhi oleh persepsi terhadap suatu perkara. Moral nya ialah bersangka baik di dalam semua hal.

No comments:

Post a Comment