Sunday, October 16, 2011

A132363 Halimatus Sa'diah Binti Yusoff LJ04 Kelmarin..Hari Ini...Besok...Sama Ke???

A132363 Halimatus Sa'diah Binti Yusoff LJ04 Kelmarin, Hari Ini, Esok...Sama ke??
 
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan yang dirindui sekalian, tak lupa juga pensyarah kesayangan saya, Dr. Zamri. Harap semuanya sihat-sihat belaka. Macam mana kehidupan anda semua hari ini..ok atau tak ok?? ataupun setiap hari bagi anda sama sahaja. Sebenarnya, apa yang berlaku hari ini adalah satu reality dan bakal menjadi sejarah, kerana sejarah merupakan perkara yang sudah berlaku tidak kira sama ada ianya memberi kesan yang baik atupun buruk pada diri kita. Dan melalui sejarah juga ianya akan menjadi contoh dan panduan pada masa akan datang. Adakah sejarah akan berulang?  Mengapa saya menceritakan berkaitan sejarah dan apa hubungannya dengan perbincangan kita pada kali ini. Haa...kalau nak tahu, teruskan pembacaan anda.
Pada juranal yang keempat saya ini, saya nak membawa anda semua menerokai apa yang dimaksudkan dengan persepsi, ingatan/memori dan perhatian. Mesti anda tertanya-tanya apa hubungan diantara ketiga-tiga komponen ini dan hubungannya dengan sejarah. Sebenarnya, persepsi, memori dan perhatian merupakan alat-alat kognitif dan kesemua komponen ini mempunyai hubung kait dengan membuat keputusan. Mari saya, terangkan satu persatu kepada anda supaya anda lebih faham dengan jelas berkaitan topik ini. Sebelum itu kita perlu tahu terlebih dahulu kriteri-kriteria yang perlu ada kepada seseorang sebelum dia membuat sesuatu keputusan. Pertama, seseorang itu perlu mengenalpasti terlebih dahulu keserupaan dan kelainan sesuatu perkara yang akan diputuskan itu.
Selain itu, kita juga perlu berupaya untuk membezakan sebab-sebab berlakunya masalah dan symptom bagi masalah tersebut kerana kebanyakan masalah pada hakikatnya tidak sama tetapi kelihatan hampir sama maka kita dapat menggunakan kaedah penyelesaian yang sma untuk maslah yang baru. Disamping itu, seseorang itu juga perlu berkemampuan untuk memecahkan masalah kepada komponen-komponen yang lebih kecil. Haa..bukan la bermaksud pecahkan itu macam pecahkan pasu bunga pula tetapi memecahkan dia kepada aspek yang lebih khusus supaya kita dapat mengenalpasti dengan jelas masalah mengikut keutamaan. Sebagai contoh situasi yang berlaku pada ibu saya pada tahun 2007, apabila dua orang kakak saya melahirkan bayi pada bulan yang sama dan hanya berbeza 2 hari antara satu sama lain. Kedua-dua kakak saya ini menetap di tempat yang berbeza dan jauh daripada ibu saya. Seorang di Kedah dan seorang lagi di Selangor. Oleh itu, ibu saya menjadi dilema untuk memilih menemani salah seorang daripada mereka memandangkan jarak antara satu sama lain sangat jauh. Walaupun kelihatan masalah dan isunya sama namun masih mempunyai perbezaan.Oleh itu, ibu saya terpaksa memperincikan masalah beliau kepada aspek-aspek yang lebih kecil dan memilih yang paling penting atau yang perlu diutamakan. Akhirnya ibu saya membuat keputusan untuk menemani kakak saya yang berada di Selangor disebabkan beliau melahirkan anak secara pembedahan dan memerlukan penjagaan yang lebih rapi.
Kawan-kawan masih boleh bertahan ke untuk membaca jurnal saya ini, bukan apa saya bimbang kalau ramai yang bosan dengan penyampaian saya ini. Tapi, tidak mengapa sekiranya kurang berpuas hati, sampaikan pada saya ok..kita teruskan lagi berkaitan persepsi. Apa yang dimaksudkan dengan persepsi? Persepsi ini ialah bagaimana kita melihat dunia menggunakan minda. Persepsi ini umpama jendela untuk melihat dunia. Setiap daripada kita mempunyai persepsi yang berbeza-beza dan hal ini disebabkan oleh pegangan hidup, pengalaman dan sistem pemikiran yang dikurniakan Tuhan berbeza-beza dan penuh variasi. Di sinilah dapat kita lihat bahawa sejarah terutamanya sejarah yang dilalui sendiri oleh diri kita menjadi sebab dan member kesan terhadap sesuatu keputusan yang akan dibuat oleh kita. Kalau kita hanya memikirkan persepsi orang atau mesyarakat terhadap diri kita, sampai bila-bila pun tidak akan tamat kerana seorang individu boleh membuat lebih dari satu persepsi terhadap kita dan mungkin juga mencecah sehingga puluhan,ratusan atau ribuan persepsi.
 Namun begitu perlu diingat persepsi juga mempunyai batasan, iaitu pandangan tersebut boleh mengalami ilusi yang akan menyebabkan persepsi kita itu menjadi salah. Ruang persepsi menjadi terhad mengikut keadaan fizikal dan keupayaan berfikir.sekiranya seseorang itu bijak, maka persepsi yang dibuat adalah berbentuk lebih 'advance' berbanding seseorang yang memiliki tahap pemikiran biasa. Dan setiap persepsi ini hanya apabila terdapat pengetahuan dan pengalaman yang relevan  dengan situasi ketika itu. Contohnya, semasa hendak melintas batas sawah padi, seseorang itu akan menganggap batas tersebut kecil dan mudah untuk jatuh walau pada hakikatnya batas yanga akan dilalui adalah besar dan lebar. Hal ini, kerana pengalaman lalu yang menyebabkan beliau jatuh ke dalam sawah.
           Mari kawan-kawan, kita lihat pula apa itu memori atau ingatan. Soalan itu mudah tetapi mempunyai penghuraian yang pelbagai berkaitannya. Ingatan mempunyai dua bentuk iaitu:
·         Ingatan Jangka Pendek
·         Ingatan Jangka Panjang
Peranan ingatan dalam membuat keputusan ialah dapat membantu pengenalpastian masalah yang hampir serupa dan ianya akan memudahkan seseorang untuk membuat keputusan. Ingatan bukan hanya sekadar perkara yang tidak boleh dilupakan tetapi ingatan juga boleh terhasil dari penghafalan terhadap sesuatu.
            Ingatan banyak membantu dalam proses membuat keputusan. Hal ini kerana, proses membuat keputusan akan membantu seseorang itu mengingati semula. Selain itu, seseorang itu akan dapat mengaitkan kedaan terdahulu yang pernah dilalui dengan keadaan sekarang yang hampir serupa. Apabila seseorang sudah dapat mengenalpasti keadaan dan masalah tersebut degan terperinci maka ianya akan dapat menghasilkan keputusan yang baik.
            Perhatian atau 'attention' merupakan penggunaan aktiviti mental dalam keupayaan untuk pemprosesan maklumat (Kahneman, 1973). Maksud lain bagi perhatian ialah tumpuan atau fokus seseorang terhadap sesuatu perkara. Kalau anda faham dan sedar dengan apa yang kita sedang bincangkan, anda juga pasti akan sedar bahawa ketiga-tiga komponen ini mempunyai hubngkait antara satu sama lain. Hal ini kerana, persepsi akan menyebabkan minda terangsang untuk mengingati sesuatu perkara atau peristiwa yang mempunyai kaitan dengan situasi yang dilalui ketika itu. Selain itu, ingatan yang dirangsang pula akan menyebabkan seseorang itu menumpukan perhatian kepada sesuatu masalah tersebut. Hal ini akan memulakan proses menganalisismaklumat bagi menghasilkan satu keputusan yang baik. Sekiranya, persepsidan ingatan seseorang terbatas dan dipengaruhi oleh sesuatu keadaan atau keutamaan yang lain, maka usaha untuk menyelesaikan maslah dan membuat keputusan tersebut perlu dilakukan mengikut keutamaan tersebut. Oleh itu, apa-apa keadaan yang berlaku pada hari kelmarin dan hari ini mungkin akan menjadi contoh dan panduan bagi membuat keputusan atau menyelesaikan masalah terhadap apa yang akan berlaku pada hari esok.. Diharapkan semua dapat memahami apa yang saya sampaikan dan berasa 'enjoy' dengan jurnal saya ini. Sehingga bertemu lagi pada minggu hadapan, insyaAllah...    

No comments:

Post a Comment