Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi di atas petunjuk dariNya kerana memberi hidayah kepadaku untuk meneruskan pengajian di dalam kursus ini. Hatiku kuat menyatakan bahawa kursus ini dapat memberi pengajaran dan panduan yang baik buatku pada masa akan datang. Lalu, pada 26 september 2011 aku telah melalui sesi pembelajaranku yang kedua pada pukul 12 tengahari. Tajuk pembelajaranku kali ini sudah tentulah berlainan dengan pengajaran yang sebelumnya. Kali ini kau belajar mengenai model-model membuat keputusan. Bukan dalam majalah sahaja ada model,dalam KMK pun ada juga, tapi bukanlah model untuk mempamerkan alat 'make up' dan baju. Model yang digunakan di sini bermaksud panduan untuk kita membuat keputusan. Model ini berfungsi juga sebagai penerang dalam membuat keputusan. Dalam erti kata lain ialah model merupakan sudut pandang kita terhadap sesuatu. Jika tiada model bagaimana kita hendak mempamirkan sesuatu keputusan yang tepat. Oleh itu, model-model ini sangat penting dalam KMK.
Model- modal yang dimaksudkan ialah klasikal(classical),pentadbiran(Administrative), dan politikal(political). Dr.Zam mencadangkan supaya kami menghafal model ini dengan menggunakan singkatan iaitu CAP yang merujuk kepada classical,administrative,dan political. Sebelum kami diajar dengan lebih mendalam mengenai model-model membuat keputusan, kami terlebih dahulu diperkenalkan dengan tiga konsep penting untuk memahami model-model membuat keputusan iaitu kerationalan (rationality), kerationalan terikat (bounded rationality), dan pendapat Herbert Simon.
Rasionaliti ialah berfikir secara waras dan mestilah berada dalam keadaan sedar. Buah fikiran kita mestilah logic akal dan tidak mempunyai unsur-unsur mitos. Terdapat beberapa andaian dalam berfikir secara rasional iaitu pertama,mempunyai pengetahuan tentang semua kemungkinan dalam sesuatu alternatif. Kedua, mempunyai pengetahuan yang lengkap tentang akibat dalam setiap alternatif. Ketiga,mempunyai satu set yang teratur dan stabil untuk kesan alternatif ini dan keempat, mempunyai keupayaan mengira untuk membandingkan akibat dan untuk menentukan mana satu yang lebih diutamakan. Setelah mengetahui tentang andaian, aku perlu tahu mengenai langkah-langkah membuat keputusan sacara rasional. Terdapat limalangkah disusun secara teratur iaitu mengenalpasti masalah, jangkakan penyelesaian, pilih alternatif terbaik, laksanakan penyelesaian, dan menilai keputusan.
Langkah-langkah ini amat berguna sekiranya ingin menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, seorang pengusaha ingin membina sebuah restaurant makanan tempatan. Oleh itu, pengusaha tersebut harus mengkaji masalah sekiranya dia mendirikan restauran di tempat yang diingini seperti kawasan yang strategik, tempat tumpuan orang ramai,stuktur tanah yang baik dan mempunyai tempat untuk meletakkan kenderaan bagi kesenangan pelanggan. Dengan itu, dia perlu memikirkan cara penyelesaian yang sesuai untuk memastikan semua pihak berpuas hati dan pilih penyelesaian yang terbaik. Setelah laksanakan penyelesaian, barulah menilai keputusan yang terbaik sama ada memilih tempat tersebut atau memilih lokasi lain untuk membina restauran tersebut..
Cara ketiga untuk memahami model-model membuat keputusan ialah pendapat Herbert Simon iaitu merupakan seorang ahli teori membuat keputusan yang mendapat Hadiah Nobel pada tahun 1978. Beliau menyatakan bahawa
"The human being striving for rationality and restricted within the limits of his knowledge has developed some working procedures that partially overcome these difficulties. These procedures consist in assuming that he can isolate from the rest of the world a closed system containing a limited number of variables and a limited range of consequences."
Maksudnya:" "manusia yang berusaha untuk rasional dan terhad dalam had pengetahuan beliau telah membuat beberapa prosedur kerja yang sebahagiannya mengatasi kesukaran. Prosedur ini terdiri dalam menganggap bahawa dia boleh mengasingkan dari seluruh dunia satu sistem tertutup yang mengandungi bilangan pemboleh ubah yang terhad dan pelbagai akibat yang terhad."
Simon menunjukkan bahawa membuat keputusan bercirikan proses maklumat yang terbatas(maklumat tertentu sahaja), guna jalan pintas, dan guna satisficing. Maklumat yang terbatas yang dimaksudkan oleh Simom ialah maklumat "disempadani" atau disekat oleh pelbagai kekangan apabila membuat keputusan. Maklumat yang diperlukan berada di luar batasan akal, tidak jelas dan kabur. Pendapat Simon yang kedua pula ialah menggunakan jalan pintas. Cara ini adalah cara yang senang bagi membuat keputusan dan ianya tidak memerlukan pekerjaan akal yang banyak. Jalan pintas ini selalunya digunakan oleh mereka yang sudah berpengalaman dan mempunyai ilmu yang padat tentang sesuatu perkara. Sebagai contoh, seorang pembaiki komputer yang mahir tidak lagi perlu membuat kajian atau mempelajari tentang cara-cara membaikinya. Dia boleh membaikinya terus tanpa memikirkannya dengan lebih mendalam terlebih dahulu kerana dia sudah berpengalaman dalam bidang tersebut. Namun begitu,pemikiran menggunakan cara jalan pintas boleh terdedah kepada keputusan berat sebalah atau bias.
Satisficing merupakan pendapat Simon yang ketiga mengenai cara membuat keputusan. Satisficing bermaksud membuat keputusan sekadar memuaskan hati kerana tidak mempunyai masa, maklumat dan kebolehan untuk menangani kerumitan jika mengikut proses yang rasional. Pembuat keputusan hanya memilih penyelesaian untuk keperluan yang minimum. Ianya hanya menurut keperluan asas dan tidak bersifat optimal. Sebagai contoh, Aminah pergi ke sebuah kedai untuk membeli jam tangan berbentuk segi empat. Lalu, Aminah membeli jam tangan tersebut sekadar memenuhi kehendaknya yang inginkan jam tangan berbertuk segi empat tanpa mengambil kira tentang warna,jenama, dan ketahanan jam tersebut. Semasa kuliah tersebut, Dr Zam ada meyelitkan sedikit mengenai maximizing. Apa yang aku paham mengenai maximizing ini ialah konsep ini bertentangan dengan satisficing. Pembuat keputusan menggunakan maklumat atau mencari maklumat yang banyak sebelum membuat keputusan. Pembuat keputusan membuat pilihan yang terbaik setelah mempertimbangkan segala maklumat yang ada. Jika dikaitkan dengan contoh di atas yang mana Aminah ingin membeli jam tangan berbentuk empat segi, dia akan mencari maklumat dahulu mengenai jenama, harga,ketahanan terhadap air dan warna yang disukainya sebelum membeli. Dia juga akan meneliti banyak jam tangan yang ada di kedai tersebut sebelum membuat keputusan.
Setelah mengetahui tentang konsep penting untuk memahami model-model membuat keputusan, maka aku ingin memberitahu pula mengenai konsep model –model tersebut. model pertama yang patut aku beritahu ialah model klasikal. Model klasikal merupakan normatif iaitu menggambarkan bagaimana seorang pengurus dan menyediakan garis panduan bagi mencapai keputusan yang ideal. Terdapat andaian dalam model ini iaitu pembuat keputusan beroperasi untuk mencapai matlamat yang diketahui dan dipersetujui.Pembuat keputusan berusaha untuk keadaan kepastian iaitu mengumpulkan maklumat yang lengkap.Kemudian kriteria menilai alternatif dikenali dan akhirnya pembuat keputusan adalah rasional dan menggunakan logik akal.
Model yang kedua pula ialah model pentadbiran. Model ini menggunakan dua konsep yang menjadi peranan penting iaitu pertama,kerasionalan yang berkaitan dengan disempadani iaitu orang mempunyai had atau sempadan yang melibatkan maklumat yang kabur. Kedua ialah
Satisficing bermakna pembuat keputusan memilih penyelesaian alternatif yang pertama yang memenuhi minimum keputusan kriteria seperti yang diterangkan dia atas.
Satisficing bermakna pembuat keputusan memilih penyelesaian alternatif yang pertama yang memenuhi minimum keputusan kriteria seperti yang diterangkan dia atas.
Model yang terakhir ialah model politikal iaitu model rapat menyerupai persekitaran sebenar di mana kebanyakan pengurus dan pembuat keputusan beroperasi berguna dalam membuat keputusan bukan diprogram, keputusan adalah kompleks, dan percanggahan pendapat dan konflik ke atas masalah danpenyelesaian adalah normal. Terdapat gabungan iaitu perikatan tidak formal di kalangan menguruskan yang menyokong matlamat tertentu. Sewaktu kami diberi penerangan tentang konsep model ini. Kami disuruh oleh Dr Zam duduk secara berkumpulan dan kumpulan tersebut ditentukan oleh kiraan nombor. Aku dapat mengenali dengan lebih dekat dengan rakan-rakan sekelas. Terdapat banyak contoh model pentadbiran yang dikemukakan oleh setiap kumpulan antaranya ialah mengenai bajet belanjawan yang dikemukakan oleh perdana menteri kita pada setiap tahun. Bajet itu mestilah diselidik dan dibuat kajian dahulu kemudian dibincang dan dipersetujui oleh ahli-ahli kabinet yang lain.
Model-model ini amat perlu difahami dengan baik kerana ini adalah permulaan bagi kelas ini. Aku ber harap agar aku akan dapat memahami dan mengingatinya dengan lebih baik selepas ini. Aku juga berharap agar kawan-kawanku tidak putus asa dalam menimba ilmu dalam kelas KMK ini. Sekian....wassalam.
No comments:
Post a Comment