Sunday, October 2, 2011

A134124 MOHAMAD REZWAN JURNAL2

Asalamualaikum, bertemu lagi kita dalam penulisan jurnal untuk kali kedua bagi subjek kemahiran membuat keputusan. Kuliah pada kali ini membawa kami lebih memahami tentang proses membuat keputusan. Dr. Zamri telah menerangkan mengenai model-model tertentu dalam membuat keputusaN. Pada mulanya ia penerangan ini telah membuatkan saya terkeliru tentang dan kurang jelas apakah pentingnya model-model ini dalam membuat keputusan.  Hal ini membuatkan saya  tertarik untuk mendengar kuliah yang akan disampaikan.
Apakah itu model dalam membuat keputusan? Model membuat keputusan dapat dibahagikan kepada tiga ketegori iaitu model klasikal, pentadbiran dan political.
Sebelum memahami ketiga-tiga model ini, kita perlu memahami apa itu rationaliti dan rationaliti terikat (bounded rationality). rationaliti itu adalah kewarasan akal berfikir, kesedaran, fakta dan tidak mempunyai unsur mitos. Pemahaman saya melalaui kuliah ialah rationaliti dapat dikaitkan dengan pengetahuan kesemua alternatif yang ada serta mengetahui kesan setiap alternatif yang diambil. Selain itu, mempunyai rujukan yang lengkap dan tersusun mengenai sesuatu perkara. Malah, dengan maklumat yang ada boleh dibandingkan untuk pilihan yang terbaik. Langkahnya seperti, mengenalpasti masalah, jangkakan penyelesaian, pilih alternatif terbaik. Seterusnya, bounded rationality adalah sudut pandangan Herbet Simon. Jadi mengikut apa yang dikatakan oleh Simon ialah pembuatan keputusan berdasarkan tiga perkara iaitu pemerosesan maklumat yang terbatas, penggunaan jalan pintas, pengguanaan 'satisficing'. Bounded rationality ini dikaitkan dengan tanggapan yang terikat atau kekangan apabila membuat keputusan. Dikaitkan sama ada kekangan yang dihadapi itu merupakan masalah peribadi yang mengurangkan sifatt rationaliti dalam pembuatan keputusan.
Menurut Dr. Zamri, model klasikal bersifat normatif. Model ini menerangkan apa yang sepatutnya dilakukan oleh pembuat keputusan berasakan maklumat yang telah lengkap dan juga persetujuan dari semua pihak. Model ini jarang sekali digunakan. Model Klasikal adalah satu proses rasional dimana pembuat keputusan memaksimumkan peluang mencapai objektif, menimbang semua alternatif, meneroka semua akibat seterusnya membuat keputusan yang terbaik. Model ini juga boleh disama ertikan dengan mencari yang terbaik dari yang terbaik. Sebagai contoh seseorang individu ingin membina sebuah rumah. Di perlu menimbangkan setiap aspek-aspek secara terperinci baik dari soal kewangan, kesesuian tapak dan berbagai lagi aspek yang menuntutnya mencari satu keputusan yang sempurna.
Model yang kedua ialah model pentadbiran. Model pentadbiran  ini melibatkan keputusan yang tidak diprogramkan hasil daripada kekaburan dan ketidakpastian. Di bawah model ini terdapat dua konsep yang saya rasakan berkaitan dengan  model tersebut iaitu konsep satisfising dan maximizing. Menurut pemahaman saya, satisfising ialah si pembuat keputusan berdasarkan cirri-ciri asas yang telah ditetapkan olehnya sebelum memuat keputusan. Sebagai contoh, jika seseorang itu membeli telefon bimbit. Sebelum itu, dia telah menetapkan bahawa telefon yang hendak dibelinya haruslah mempunyai kamera dan boleh menghatar gambar. Setibanya di kedai telefon, dia terus mencari telefon yang mempunyai ciri-ciri yang telah ditetapkanyan dan setelah berjumpa terus membelinya. Hal ini berbeza dengan konsep maximising. Seseorang yang mengunakan konsep maximising akan bertanaya kepada tuan kedai adakah terdapat telefon bimbit yang lain yang memiliki cirri-ciri telefon yang dicarinya. Menurut Dr.Zamri, model satisfising bukanlah menerangkan kepada pembuat keputusan yang berindak sekadar yang mampu sahaja atau maksud lainya sekadar puas sahaja. Terdapat kelebihan kepada konsep maximising kerana si pembuat keputusan akan dapat membuat keputusan yang lebih baik sekiranya menggunakan kosep maximising.
Pada hari Selasa juga iaitu hari kedua kuliah kami telah dipecahkan kepada beberapa buah kumpulan yang mengandungi 2 atau 3 orang bagi setiap kumpulan. Saya merasakan ia adalah kaedah yang baik bagi mengerat hubungan antara rakan sekelas. Kami diminta membincangkan dan berkongsi kefahaman dengan rakan sekumpulan yang lain.
Bagi model seterusnya ialah model political yang mirip kepada keadaan yang sebenar. Model ini diangap rumit kerana kebiasaanya sesuatu yang dirancang tidak dapat dilakukan kerana terdapat maklumat yang bercanggah dan ia merupakan perkara yang biasa. Maka, satu keputusan yang hendak dicapai adalah rumit. Oleh itu, pakatan (coalition) iaitu pakatan yang tidak rasmi untuk individu yang mempunyai maklumat tertentu yang sama diperlukan dalam menyelesaikan masalah tersebut.
Begitulah serba sedikit yang dapat saya simpulkan pada kuliah yang lalu. Walaupun  kuliah pada minggu ketiga ini sedikit berat, tetapi dengan sesi perbincangan dan penerangan yang diberikan oleh Dr, Zamri, saya dapat memahami apa yang disampaikan. Begitu juga dengan bantuan rakan-rakan yang memberi pandangan sewaktu kuliah, ia juga dapat menambahkan lagi pengetahuan kepada saya. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment