Bismillahhirrahmanirrahim…
Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan semua,bertemu sekali lagi pada tugasan yang ketiga ini. bersyukut ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi dapat berjumpa dan meneruskan kelas KMK. Seperti biasa, pada 3 Oktober 2011 iaitu hari Isnin aku telah menghadiri kelas KMK selepas kelas bahasa Inggeris Untuk Sains Sosial(BIUS). Pada hari itu aku bersemangat sekali untuk meneruskan kelas pada minggu yang keempat ini. Dr.Zam juga seperti biasa mempamerkan muka cerianya ketika di dalam kelas. Tajuk yang telah dipelajari ada minggu ini ialah Heuristika dan Bias. Terdapat pelbagai sub tajuk di bawah heuristika antaranya berkenaan dengan tokoh, konsep dan tajuk.
Konsep 'Heuristika' ini telah diperkenal oleh Herbert Simon yang banyak menerangkan bagaimana manusia mambuat keputusan dalam keadaan kekurangan maklumat. Maksud sebenar heuristika ialah teknik atau peraturan yang digunakan oleh individu bagi menjawab soalan-soalan seperti apakah kebarangkalian sesuatu peristiwa itu berlaku? dan juga pedoman-pedoman am atau strategi yang berkemungkinan manghasilkan penyelesaian masalah yang betul.Menurut Tversky & Kahneman (1959), mereka menyatakan manusia membuat keputusan berpandukan beberapa jenis heuristika di peringkat 'framing the problem'. Oleh yang demikian, terdapat empat jenis heuristika yang telah aku pelajari iaitu heuristika jalan-jawapan, analogi, representatif, dan ketercapaian.
Heuristika jalan-jawapan ialah satu kaedah berfikir kearah menentukan dahulu apa jawapan atau penyelesaian yang diingini, kemudian barulah kita mencari jalan atau cara-cara untuk menyelesaikannya. Jika kita menggunakan kaedah ini, kita boleh menyelesaikan mana-mana bahagian yang kita mahu dahulu sama ada mencari jawapan dahulu kemudian disusuri barulah mencari jalan, atau pun sebaliknya. Sebagai contoh,seorang pelajar amat bercita-cita untuk menyambung pelajarannya di UKM berbanding IPTA yang lain(jawapan). Oleh yang demikian, pelajar tersebut membuat pelbagai cara supaya terpilih sebagai pelajar di UKM seperti belajar bersungguh-sungguh dan mengisi kursus di UKM sahaja dalam lapan senarai kursus yang dia inginkan di dalam borang permohonan masuk ke IPTA(jalan).
Bagi heuristika analogi pula,ianya lebih kepada penyelesaian masalah berdasarkan masalah dari segi stuktur. Penyelesaiannya perlu menggunakan masalah lain untuk menyelesaikan masalah baru dan perlu juga menggunakan pengalaman lama. Contoh yang sesuai dalam heuristika ini ialah seorang pembaiki telefon bimbit yang berpengalaman boleh membaiki pelbagai jenis telefon dari pelbagai jenis jenama sama ada Nokia,Samsung atau Sony Ericson kerana walaupun rupa atau bentuk telefon tersebut berlainan struktur dalamannya seakan sama. Pengalaman yang banyak telah menyebabkan dia pandai membaiki pelbagai jenis telefon.
Jenis heuristika yang seterusnya ialah heuristika representatif iaitu menggunakan sesuatu peristiwa dengan bentuk prototaipnya, dan jikalau terdapat banyak persamaan antara kedua-duanya,kita akan percaya ianya lebih munasabah. Sebagai contoh, seseorang ini ingin membeli pen di kedai alat tulis. Dia mengambil jenama X dan dia cuba menggunakan pen tersebut di sebuah kertas kosong. Kali pertama dia mencuba, dakwat pen tersebut tidak keluar. Kemudian dia mencuba satu lagi pen tersebut dari jenis yang sama. Kali ini pula,dakwat pen tersebut tersekat-sekat. Oleh yang demikian, dia membuat keputusan bahawa pen dari jenama X adalah tidak bagus untuk dibeli.
Heuristika ketercapaian pula berlaku berdasarkan peristiwa-peristiwa yang melekat dalam ingatan kita yang juga berkait rapat dengan ingatan jangka panjang. Kita mudah mengingati sesuatu peristiwa kerana peristiwa tersebut baru sahaja berlaku dan sesuatu peristiwa itu telah memberi kesan besar dalam hidup kita seperti berlaku kematian.
Pada 4 oktober 2011 pula aku seperti biasa menghadiri kelas KMK. Walaupun susah untuk bangun pagi tapi demi menuntut ilmu, aku gagahkan juga diriku ke kelas. Kali ini Dr.Zam telah menyambung semula kelas semalam dengan tajuk yang seterusnya iaitu bias. apakah itu bias? bias ialah kecenderungan untuk melihat sesuatu perkara dengan dipengaruhi oleh perspektif tertentu. Kecenderungan ini mengganggu keupayaan seseorang untuk menjadi objektif dan tidak prejudis. Bias ini terbit dari heuristika representatif dan heuristika ketercapaian yang mana heuristika kadangkala membawa kepada kesilapan dan bias yang bersistematik. Bias ini sebenarnya membawa topik yang meluas dan mempangaruhi seseorang untuk mambuat keputusan sehinggakan di Negara Barat ada yang mencipta lagu fokus kepada bias.
Terdapat pelbagai keadaan bias yang biasa berlaku dalam hidup manusia. Antaranya ialah Overconfidence bias(bias terlalu yakin). Bias ini berlaku ke atas orang yang begitu mempercayai kebolehan diri dalam membuat keputusan. Bias yang kedua pula ialah anchoring bias (bias tersangkut). Keadaan bias ini berlaku apabila seseorang itu menggunakan maklumat yang awal atau yang pertama diterimanya sebagai asas untuk membuat keputusan. Yang ketiga pula ialah confirmation bias(bias pengesahan) iaitu menggunakan fakta yang hanya menyebelahi keputusan kita. Bias seperti ini selalu berlaku di mahkamah yang mana hakim-hakim banyak menggunakan fakta untuk menyebelahi sesuatu kes.
Bias yang keempat pula ialah availability bias( bias ketercapaian). Bias ini menggunakan maklumat yang sedia ada di tangan kita sama ada maklumat terkini atau yang masih segar dalam ingatan kita untuk membuat keputusan. Sebagai contoh, seorang perempuan mengambil keputusan tidak mahu berkahwin sepanjang hidupnya kerana sering kali dia dipermainkan oleh lelaki. Dia menganggap bahawa semua lelaki hanya suka mempermainkan perasaan perempuan sahaja walhal tidak semua lelaki berperangai seperti itu.
Seterusnya ialah Bias Representatif iaitu guna reprisentatif yang salah dalam membuat keputusan. Menilai kemungkinan kejadian yang berlaku sekarang dengan mencuba untuk dipadankan dengan kategori yang wujud terlebih dahulu yang menggunakan hanya fakta-fakta yang menyokong keputusan tersebut tetapi kemungkinan fakta tersebut bercanggah dengan kejadian yang berlaku sekarang. Contohnya si A telah berjiran dengan orang asli yang telah berhijrah ke Bandar . Si A tidak mahu bertegur sapa dengan jirannya ini kerana menganggap orang asli adalah pengotor, duduk di dalam hutan dan tidak suka bersosial. Namun begitu, anggapan si A mungkin salah kerana jirannya tidak pengotor dan suka bersosial dengan jiran sekeliling.
Escalation of Commitment( peningkatan komitmen) juga merupakan bias yang biasa berlaku. Walaupun terdapat maklumat yang negatif tentang sesuatu perkara, keputusan tetap dilakukan kerana terdapat peningkatan komitmen. Sebagai contoh di pasaraya , kita sudah fikir dua kali untuk membeli baju tersebut, tetapi kita terpaksa membeli baju tersebut kerana sudah menyuruh jurujual tersebut mencari saiz baju yang sesuai dan sudah tawar manawar tentang harga barang tersebut.
Bias yang terakhir yang biasa berlaku ialah groupthink. Bias ini berlaku ketika sesebuah kumpulan sedang berbincangan untuk membuat sesuatu keputusan. Keputusan groupthink terhasil daripada cenderungnya sesebuah kumpulan itu berfikir secara seragam. Kedua,sebarang idea yang bertentangan daripada idea yang telah dipersetujui tidak akan dilayan sebaliknya orang yang kemukakan idea baru itu akan diperlekeh dan dipersenda. Ketiga,keputusan yang dibuat banyak dipengaruhi oleh individu penting iaitu individu yang mempunyai pangkat seperti ketua pengarah,setiausaha,bendahari dan AJK tertinggi dalam pelbagai bidang. Ini menyebabkan sukar orang berpangkat kecil membantah keputusan tersebut walaupun terdapat bukti yang menyatakan keputusan itu tidak tepat. Keempat iaitu yang terakhir ialah orang yang mengkritik idea tersebut akan dipulaukan dan dimarahi oleh ahli kumpulan yang lain.
Bias di dalam groupthink ini berlaku kerana masing-masing merasakan dirinya hebat terutama sekali orang yang berpangkat tinggi dalam sesebuah organisasi. Kebanyakan mereka membuat rasionalisasi iaitu memberi maklumat ynag menyebelahi mereka sahaja. Mereka merasakan apa yang mereka lakukan adalah baik dan pangdangan mereka bersifat stereotaip. Bias dalam bentuk kumpulan ini banyak mendatangkan impak negatif, antaranya ialah semua orang telah bersetuju terhadap keputusan yang tidak tepat. Hal yang demikian mungkin mendatangkan kerugian terhadap sesebuah organisasi. Maklumat yang tidak tepat dan tidak cukup menyebabkan mereka tidak mencari alternative lain sekiranya berlaku masalam seterusnya menyebabkan mereka juga gagal untuk terima risiko. Bagi ahli kumpulan yang membantah pula akan menerima tekanan kerana dia telah dipulau oleh ahli kumpulan yang lain dan berkemungkinan dia akan dikeluarkan daripada kumpulan tersebut.
Setakat ini sahaja maklumat yang dapat saya kongsikan dan berharap apa yang saya sampaikan ini dapat kita kongsikan dan bertukar-tukar pandapat bersama. Berjumpa lagi kita di kelas yang akan datang. Assalamualaikum…sekian terima kasih..
(^_^)berry(^_^)
No comments:
Post a Comment