Sunday, October 9, 2011

LJ02 A124062 Ahmad Syazli Khamis Membuat keputusan& Bias

Asaalamualaikum.

Menurut Dr Zamri,'manusia itu unik,bergantung kepada pengalaman'. Mengikut pemahaman saya, bias terbit melalui 2 perkara:

  •         i.            Heuristika representative (perwakilan)
  •       ii.            Heuristika ketercapaian
Heuristika representatif bermaksud menggunakan sesuatu perspektif tanpa memikirkan fakta. Di samping menggunakan sesuatu peristiwa dengan prototaipnya dan jikalau terdapat banyak persamaan dari kedua-duanya kita akan percaya ianya lebih munasabah.
Contoh bagi heuristika representatif:
 
Contoh pertama:
Menganggap ISLAM adalah 'terrorist' yang memperjuangkan 'terrorism'. Tuduhan ini adalah melulu tanpa berdasarkan fakta, kerana ISLAM adalah agama yang harmoni dan menggalakan hubungan kasih sayang bukan sahaja sesama umat islam tetapi pada masa yang WAJIB menjaga hubungan dengan yang bukan Islam. Penegasan ini dapat dilihat dalam ayat di bawah tentang kepelbagaian bangsa dan puak, Allah menyeru supaya saling berkenalan.

Firman allah: Wahai manusia ! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku puak , supaya kamu berkenal-kenalan (beramah mesra antara satu dengan lainnya). Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya diantara kamu. Sesungguhnya Allah amat mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuannya." (Q.S.al-Hujurat : 13)

Contoh kedua:

Melihat insan berkereta mewah BMW,MERCZ atau sebagainya sebagai kaya raya berbanding mereka yang menaiki kereta nasional sahaja. Tetapi, anggapan itu kurang tepat kerana apabila dilihat dari perspektif hutang@kewangan,mereka yang menggunakan kereta mewah pasti sudah pasti mempunyai beban hutang yang lebih tinggi daripada yang menggunakan kereta nasional. Belum tentu insan yang kaya dengan harta,kaya juga jiwanya.

Manakala heuristika ketercapaian adalah berdasarkan kepada peristiwa yang melekat dalam ingatan kita dan berkait rapat dengan ingatan jangka panjang. Dalam erti kata yang mudah,mana-mana peristiwa sama ada besar atau kecil yang mampu mempengaruhi kehidupan kita.

Contoh pertama:
Sewaktu zaman kecil, kadang-kadang kejadian yang menimpa kita mampu mengubah kehidupan kita 360 darjah. Jatuh daripada pokok,lemas dalam kolam, kemalangan jalan raya antara kejadian tersebut. Hasilnya, memori zaman kecil membuatkan kita fobia atau serik untuk mengulangi aktiviti yang menyebabkan kita mengimbas kembali kenangan pahit masa lampau.  Sama ada sedar atau tidak,kita akan berada dalam dilemma membuat keputusan antara  melakukan aktiviti tersebut ataupun tidak.

Tajuk kedua yang sempat dipelajari adalah mengenai BIAS. Bias adalah kecenderungan untuk melihat sesuatu perkara dengan dipengaruhi oleh perspektif tertentu. Kecenderungan ini mengganggu seseorang untuk menjadi objektif dan tidak prejudis. Bias yang biasa berlaku adalah seperti berikut:

1.      Bias terlalu yakin (overconfidence bias)
2.      Bias tersangkut (anchoring bias)
3.      Bias pengesahan (confirmation bias)
4.      Bias ketercapaian (availability bias)
5.      Bias representative (representative bias)
6.      Bias peningkatan komitmen (escalation of commitment)

Yang terakhir,adalah tentang groupthink,yang kurang difahami.semoga pada minggu hadapan dapat lebih difahami dengan jelas.

Kesimpulannya, kadang-kadang dalam membuat keputusan kita akan dipengaruhi beberapa bias.sekiranya kita dapat mengenalpastinya,sudah tentu sesuatu keputusan yang kita lakukan akan lebih baik dan sukses.
 
Sekian,terima kasih
 

No comments:

Post a Comment