Assalamuailakum w.b.t….
Apa khabar semua?? J
Aku harap semua sihat…. Alahamdulillah sekali lagi aku telah diberi kesempatan untuk menulis LJ03 ini. Pejam celik pejam celik dah masuk minggu keempat sudah aku berada dalam kuliah kemahiran membuat keputusan ini. Dalam kuliah keempat ini aku mempelajari tajuk Heuristika dan Bias. Bagi aku tajuk ini lebih mudah untuk difahami berbanding tajuk Model Membuat Keputusan. Huhuhu.. J Tapi yang penting di sini aku perlu cuba untuk memahami sesuatu itu walaupun ianya sukar….
First sekali, aku nak share dengan semua mengenai Heuristika. Apa makne Heuristika?? Apa yang diterangkan oleh Dr.Zam Heuristika ni bermaksud teknik atau peraturan yang digunakan oleh individu untuk menjawab sesuatu persoalan seperti kebarangkalian sesuatu peristiwa itu berlaku. Ianya juga boleh dirujuk sebagai pedoman-pedoman am atau strategi yang berkemungkinan menghasilkan penyelesaian masalah yang betul. Konsep Heuristika telah diperkenalkan oleh Herbert Simon dan ianya adalah untuk menerangkan bagaimana manusia membuat keputusan dalam keadaan kekurangan maklumat.
Terdapat empat jenis Heuristika iaitu Heuristika jalan-jawapan, Heuristika analogi, Heuristika representative dan Heuristika ketercapaian. Semasa aku berada di tingkatan 6 aku sudah bertekad dan mempunyai matlamat bahawa aku ingin melanjutkan pelajaran aku di Unirversiti Kebangsaan Malaysia pada peringkat ijazah. Oleh yang demikian aku perlu berusaha dengan gigih dengan memberi komitmen yang sepenuhnya pada pelajaran aku. Akhirnya aku dapat mencapai matlamat tersebut. Hal ini telah menunjukkan bahawa aku mampu membuat keputusan terbaik untuk diriku dengan merujuk kepada Heuristika jalan-jawapan dimana jenis Heuristika ini merupakan satu kaedah berfikir kearah menentukan dahulu apa jawapan atau penyelesaian yang diigini kemudian barulah kita mencari jalan atau cara-cara untuk menyelesaikannya.
Heuristika analogi apa pulak?? Yang penting sekali kita perlu faham makna perkataan analogi tersebut. Analogi adalah perbandingan. Aku definisikan berdasarkan nota kuliah Heuristika analogi ialah penyelesaian masalah berdasarkan kepada keserupaan masalah dari segi struktuk dan menggunakan penyelesaian masalah lain untuk selesaikan masalah baru. Ini bermakna jika kita ada masalah dalam proses membuat keputusan, maka minda kita akan mengimbas atau "scan" ada atau tidak pengalaman yang lepas-lepas. Aku telah dilantik untuk menjadi ahli kelab keusahawanan di kolej aku. Banyak perkara yang aku perlu tahu mengenai pemasaran. Oleh yang demikian aku cuba praktikan tugas aku yang baru ni dengan tugas aku yang lama dimana aku pernah membantu jiran aku berniaga. Dalam hal ini aku perlu praktikan kemahiran berkomunikasi bersama pelanggan supaya pelanggan selesa dengan layanan aku.
Bagi Heuristika representatif secara am ianya merujuk kepada pembuatan keputusan berdasar keperwakilan. Madsud yang lebih teperinci ialah menggunakan sesuatu peristiwa dengan bentuk prototaipnya, dan jika terdapat banyak persamaan antara kedua-duanya kita percaya ianya lebih munasabah. Contoh yang diberi dalam kuliah ialah seperti sebakul rambutan bagaiman kita hendak tahu semuanya elok atau tidak. Oleh yang demikian buah rambutan pertama adalah sebagai representatif kepada semua buah tersebut.
Membuat keputusan berdasarkan peristiwa-peristiwa yang melekat dalam ingatan kita merujuk kepada Heuristika ketercapaian. Jika seseorang itu ada banyak pengalaman dia akan merujuk kepada pengalaman yang paling dia ingat dan bermakna dalam diri dia. Aku telah membuat keputusan untuk tidak lagi suka membuang masa melakukan perkara tidak berfaedah kerana aku pernah mengalami satu saat aku telah gagal mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM disebabkan sikap aku yang suka membuang masa tanpa memberi tumpuan kepada pelajaran aku. Aku tidak mahu lagi mengulangi saat tersebut kerana ianya sangat menyedihkan.
Kini aku teruskan lagi coeretan mengenai bias pula. Bias mempunyai kecenderungan untuk melihat sesuatu perkara dengan dipengaruhi oleh perspektif tertentu. Bias ini terbit melalui Heuristka representatif dan Heuristika ketercapaian. Terdapat pelbagai bias yang biasa berlaku dalam kehidupan kita. Antaranya ialah bias yang terlalu yakin (overconfidence bias). Hal ini menunjukkan seseorang itu begitu mempercayai kebolehan dirinya dalam membuat keputusan. Terdapat seorang ketua yang terlalu yakin dalam membuat keputusan untuk organisasinya. Beliau membuat keputusan tanpa berunding atau bertanya pendapat kepada ahli yang lain. Hal ini telah mewujudkan satu keputusan yang bias. Selain itu, bias tersangkut (anchoring bias) juga sering berlaku. Bias tersangkut ialah menggunakan maklumat yang awal atau yang pertama dalam membuat keputusan. keadaan ini sudah pastinya pembuat keputusan tidak akan meneliti maklumat yang lain yang mana mungkin ianya lebih bagus berbanding maklumat yang pertama.
Di samping itu, bias pengesahan (confirmation bias) turut biasa berlaku. Bias ini menggunakan fakta dimana fakta ini hanya menyebelahi keputusan kita sahaja. Bias ketercapaian (availability bias) pula menggunakan maklumat yang sedia ada sama ada yang terkini atau yang dahulu tetapi masih segar dalam ingatan kita.Terdapat juga bias representatif (representative bias) yang mana ianya menggunakan perwakilan yang salah dalam membuat keputusan. sebagai contoh, tidak semestinya semua artis mempunyai sikap yang tidak baik jika kita hanya menilai seorang sahaja dari pada mereka dan ianya menunjukan banyak kontroversi. Peningkatan komiten (escalation of commitment), juga tersenarai dalam bias yang biasa berlaku. peningkatan komitmen yang aku faham bermaksud walaupun kita hanya ada maklumat yang negatif sahaja namun keputusan masih boleh dibuat berdasarkan peningkatan komitmen.
Akhir sekali aku turut mempelajari mengenai groupthink. Groupthink ini juga boleh disenaraikan dalam kumpulan bias yang biasa berlaku. Dr.zam bagi tahu bahawa groupthink ini tiada makna untuk perkataan tersebut. apa yang perlu aku dan kawan-kawan tahu ialah konsepnya. Ianya merujuk di mana sesuatu kumpulan perlulah berfikir secara seragam. Jika ada sebarang idea yang bertentangan tidak akan dilayan sebaliknya akan diperlekehkan. Dalam groupthink ini keputusan banyak dipengaruhi oleh beberapa individu penting dan maklumat xtepat. Jika ada orang yang mengkrtik idea tersebut akan dipulaukan.
Kesimpulannya, banyak pengetahuan yang aku perolehi daripada kuruss ini. Kini aku dapat mengenalpasti sama ada aku merupakan seorang yang bias atau tidak dalam proses membuat keputusan.. J
Sekian…..
No comments:
Post a Comment