Sunday, October 16, 2011

A132982 MOHD KHAIRUL BIN ROSLI

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.Sudah minggu kelima rupanya aku mengikuti kuliah Dr Zamri.Minggu ini aku telah didedahkan dengan tiga perkara iaitu persepsi, memori dan perhatian.Seronok juga belajar tajuk ni, sebab aktiviti yang dijalankan tidak membosankan, serta contoh yang diberikan prof sangat mudah difahami dan ringkas
            Mula-mula kita cerita dahulu tentang persepsi.. menurut Stephen Pepper (1967) persepsi bermaksud –"satu aktiviti yang dilakukan dalam keadaan sedar yang menghubungkan seseorang dengan sekelilingnya menggunakan maklumat yang diterima." Senang ceritanya, persepsi ni adalah bagaimana taanggapan kita terhadap sesuatu perkara menurut pandangan mata dan minda kita sendiri.. setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza antara satu sama lain.So, kalau orang ada bagi pandangan yang berbeza dengan kita jangan la melenting, mungkin ada sebab dia berpersepsi sebegitu.. okay contoh bagi persepsi ini ialah berkaitan dengan pendaftaran kursus dan pemilihan set.. kebiasaannya kita akan pilih set mengikut keseseuaian masa kita, serta tenaga pengajar bagi sesuatu kursus itu.. tetapi semasa pendaftaran secara online kita tidak dapat mengetahui siapakah tenaga pengajar kita,.. pada minggu pertama,biasanya kelas akan dimulakan dengan sesi ta'aruf atau berkenal-kenalan.. kelas tidak berada dalam keadaan tegang dan tenaga pengajar juga tidak peru bersifat tegas, garang dan sebagainya. Oleh itu pada persepsi awal kita, kia akan bertanggapan bahawa tenaga pengajar kita seorang yang santai relaks dan seronok, sedangkan tanggapan awal kita itu adalah salah.. jadi, sebelu kita membuat sesuatu keputusan kita prulah berpandukan kepada kepadatan maklumat bukan sekadar persepsi awal..
            Lepas persepsi, ialah ingatan.Ingatan ni bolehlah kita bahagikan kepada dua bentuk iaitu ingatan jangka masa panjang dan ingatan jangka masa pendek.. tetapi ingatan juga terbatas, melainkan sesuatu itu memberi kesan mendalam kepada kita.Contoh yang dapat saya beri di sini ialah ketika Tsunami berlaku banyak meninggalkan kesan kepada penduduk setempat.Jadi ingatan jangka pendek yang berlaku di sini ialah kepada orang yang hanya mendengar tanpa mengalaminya sendiri atau tidak berlaku kepadanya.Mereka ini hanya mengingati kejadian tersebut mungkin dalam 3 atau 4 bulan,setahun atau 2 tahun sahaja.Namun orang yang mengalaminya sendiri akan mengalami kesan ingatan jangka masa panjang iaitu mungkin 10 tahun atau mengingatinya sampai akhir hayat.Mungkin juga ada yang trauma apabila hendak ke pantai untuk bermandi kerana bimbang kejadian itu berulang
Ketiga ialah perhatian, perhatian ialah penggunaan aktiviti mental dalam keupayaan untuk memproses maklumat.. dan keupayaan untuk memproses maklumat pula adalah berbeza antara individu.Contoh bagi perhatian ialah saya ingin membeli kereta Myvi.Namun saya belum membuat keputusan untuk membeli kereta itu berwarna apa.Jadi saya pun pergi ke kedai perodua untuk melihat.Sesampai di sana saya melihat pelbagai warna kereta seperti merah,hitam,putih,oren dan sebagainya.Namun warna  yang menarik perhatian saya ialah warna putih.jadi saya mengambil keputusan untuk membeli kereta Myvi berwarna putih
            Sekian dahulu penulisan dari saya,semoga berjumpa lagi di lain masa.Sekian terima kasih.
 

No comments:

Post a Comment