Sunday, October 16, 2011

A134124 Muhamad Rezwan jurnal 4


Asalamualaikum, bertemu lagi kita untuk penulisan jurnal yang keempat bagi kuliah minggu kelima. Para minggu kuliah membicarakan mengenai topik  'Persepsi, Ingatan dan Perhatian dalam Proses Membuat Keputusan. Topik ini membantu kita  memahami proses kognitif iaitu perkara yang dilakukan oleh minda kita dalam membuat keputusan dan mengaplikasi ketiga-tiga perkara tersebut dalam kehidupan seharian.
Persepsi ialah  suatu aktiviti sedar yang menghubungkan individu melalui data deria yang diterima kepada alam sekitar. Faktor sekeliling seringkali mempengaruhi si pemuat keputusan dalam membuat keputusan. Menurut pandangan yang dikemukakan oleh Stephen Pepper (1967) persepsi bermaksud "satu aktiviti yang dilakukan dalam keadaan sedar yang menghubungkan seseorang dengan sekelilingnya menggunakan maklumat yang diterima."  Menurut pemaham saya, persepsi ialah satu tanggapan atau pandangan yang diutarakan oleh seseorang individu dan persepsi juga berlaku kerana wujud pandangan yang berbeza daripadasetiap individu. Persepsi kebiasaanya terhasil dari pandangan-pandangan yang mudah. Contohnya kes jenayah yang berlaku yang sering dikaikan dengan keterlibatan warga Indonesia sebagai dalang telah menyebabkan timbul persepsi dalam kalangan masyarakat yang beranggapan bahawa kehadiran warga Indonesia ke dalam negara hanya memecah belahkan keharmonian negara. Di sini dapat kita lihat bahawa persepsi dapat mempengaruhi cara kita melihat sesuatu perkara yang telah berlaku, sedang berlaku, dan akan berlaku. Pada hari kedua, Dr.Zamri ada memaparkan video bagi menunjukkan bbagaimana persepsi itu berlaku.
Ingatan merupakan  alat kognitif yang kedua yang dibincangkan pada pengkulihan yang lepas. Terdapat dua kategori ingatan iaitu ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Menurut pandangan Irwanto (1999), ingatan ialah kemampuan untuk menyimpan informasi sehingga dapat digunakan lagi di masa yang akan dating. Ingatan berfungsi untuk mengaitkan keadaan terdahulu dengan keadaan sekarang dan membantu proses pengecaman dan perbandingan dengan peristiwa terdahulu atau pengetahuan, pengalaman yang berkaitan.  Pengalaman lepas akan digunakan semula dalam proses membuat keputusan . menurut pemahamn saya, ingatan ialah sesuatu panduan yang menjadi perkara utama yang ditekankan oleh seseorang pembuat keputusan dalam proses membuat keputusan. Sebagai contoh, mangsa ragut itu telah membantu polis mengenal pasti pesalah ragut itu erdasarkan ingatannya mengenai ciri-ciri peragut berkenaan.
Alat kognitif yang seterusnya ialah perhatian. Menurut  Kahneman (1973), perhatian merupakan penggunaan aktiviti mental dalam keupayaan untuk pemprosesan maklumat.Fungsi perhatian ialah sebagai ejen pemilih, memilih sesuatu yang lebih menyerlah. Perhatian memainkan peranan seagai agen pengurusan tugas iaitu mengarah untuk memproses sesuatu maklumat. Dalam erti kata lain, perhatian memandu seseorang dalam proses membuat keputusan. Contohnya, seseorang itu ingin membeli sarung telefon bimbitnya. Dia mahukan sarung itu berwarna hitam kerana warna hitam tidak mudah kotor. Apabila kekedai telefon perhatianya tertumpu kepada sarung berwarna hitam sahaja. Perhatian juga bertindak sebagai ejen pemilih iaitu memilih sesuatu yang lebih menyerlah. Seagai contoh, kedai makan itu sanagat malap tanpa lampu-lampu yang menarik perhatian berbanding kedai di sebelahnya. Hal ini menyebabkan pengunjung lebih tertumpu kepada kedai yang satu lagi.
Begitulah serba sedikit kupasan yang dapat saya berikan mengenai kuliah pada minggu lepas. Pada kuliah yang lepas uga kami telah diberikan kuiz yang mana dapat membantu kami mengingati tajuk-tajuk pengkuliahan pada minggu sebelumnya. Paparan video uga sanagt memberikan kepada kami untuk memahami. Sekian, berjumpa lagi di kuliah akan dating. Wasalam.

No comments:

Post a Comment