Thursday, October 13, 2011

A133025 SAADATUN NISA ABDUL JAMAL LJ04 PERSEPSI,INGATAN DAN PERHATIAN

 Assalamualaikum w.b.t
  Bersyukur ke hadrat Illahi kerana kita masih sihat dan boleh meneruskan kehidupan ini serta dapat juga meneruskan sesi pembelajaran pada minggu ke-5 ini. Ini merupakan penulisan jurnal yang ke-4 aku. Tajuk yang kami pelajari pada minggu ini ialah persepsi,ingatan dan perhatian dalam membuat keputusan.
     Pada awal pembelajaran,Dr. Zamri telah menerangkan alat-alat kognitif. Antaranya ialah persepsi,ingatan dan perhatian. Kognitif ialah perkara yang dilakukan oleh minda kita. Ok, aku akan terangkan serba sedikit mengenai alat-alat kognitif ini beserta contoh melalui kefahaman aku atas tunjuk ajar pensyarah dan perkongsian ilmu dengan kawan-kawan.
   Dr. Zamri banyak menayangkan video dan gambar yang berkaitan tajuk pada minggu ini.  Aku berasa sangat terhibur dengan tayangan tersebut. Pelbagai jawapan dan persepsi dari kawan-kawan apabila menonton tayangan tersebut. Ternyata kesemua persepsi yang diutarakan itu tidak tepat dengan pengakhiran video tersebut. Sebagai contoh seorang budak yang memegang tin pepsi dan David Beckham. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada video tersebut ialah kita janganlah cepat membuat tanggapan kepada seseorang atau sesuatu perkara yang kita belum tahu penyudahnya. Kemudian gambar-gambar yang ditunjukkan oleh Dr. Zamri mengenai "optical illution". Sangat memeningkan kepala dan menyakitkan mata untuk mengenalpasti objek yang terdapat di dalamnya.
     Berbalik kepada topic persepsi. Persepsi ialah perkara yang dilakukan dalam keadaan sedar. Bagaimana kita melihat dunia menggunakan minda kita,perbezaan dari segi pegangan hidup. Faktor yang mempengaruhi persepsi adalah faktor situasi,faktor anggapan dan faktor sasaran. Contoh yang berkaitan dengan persepsi boleh dibahagikan kepada 2 iaitu dari sudut positif dan negative. Misalnya, seorang pelajar lepasan STPM yang ingin memohon IPTA. Dia menganggap di IPTA  pembelajaran lebih serius berbanding IPTS. Jadi,dia membuat keputusan tersebut. Dari sudut negative pula ialah pandangan aku terhadap pendatang asing. Aku menganggap pendatang asing adalah penjenayah kerana golongan mereka sering melakukan kes jenayah. Jadi,setiap cuti umum,aku membuat keputusan agar tidak keluar ke tempat-tempat yang sering menjadi tumpuan mereka seperti Jalan TAR,Bukit Bintang dan sebagainya. Jadi, aku tidak dapat manfaatkan cuti tersebut.
   Bagi alat kognitif yang kedua pula ialah ingatan. Ingatan terbahagi kepada dua iaitu ingatan jangka panjang dan ingatan jangka pendek. Peranan ingatan dalam membuat keputusan,membantu pengenalpastian masalah yang hamper sama dan justeru itu mudah diselesaikan. Namun begitu ingatan juga terbatas. Kami disuruh mengingati kembali baju yang dipakai semalam,seminggu lepas,sebulan dan seterusnya. Namun mana mungkin aku ingat semua itu. Contoh keputusan aku untuk memberi derma kepada kanak-kanak. Ini kerana setelah aku menderma,barulah aku tahu bahawa kanak-kanak itu adalah sindiket. Kebetulan pula di akhbar-akhbar juga sering melaporkan berita seperti itu. Jadi aku membuat keputusan untuk tidak menderma kepada kanak-kanak lagi. Kerana perkara ini sering menjadi ingatan kepada aku.
       Perhatian (focus) pula ialah peruntukan keupayaan pemprosesan maklumat untuk kegiatan mental ini telah diperkenalkan oleh Kahneman (1973). Fungsi perhatian adalah sebagai ejen memilih dan ejen pengurusan tugas. Sebagai contoh kawan aku menegur ada nasi di mulut tetapi dia menunjukkan hidung. Jadi aku juga terikut memegang hidung. Jadi di sini aku tidak memberi perhatian kepada arahan tersebut.
  Sebelum pengakhiran tajuk pada minggu ini,terdapat perkara penting yang ditekankan iaitu hubungan persepsi,ingatan dan perhatian. Persepsi menyebabkan ingatan diransang. Ingatan yang diransang akan menumpukan perhatian kepada masalah. Ini akan memulakan proses analisis membuat keputusan. Persepsi,ingatan dan perhatian saling berhubung tetapi terbatas. Jika perhatian,persepsi dan ingatan manusia terbatas dan dipengaruhi oleh priority,maka usaha untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan pun perlu dilakukan mengikut priority.
   Sebelum mengakhiri kuliah Dr. Zamri mengarahkan kami menjawab kuiz mengikut kumpulan masing-masing. Diharap kepada semua kawan-kawan terus bersemangat mengikuti kursus ini dan memberi pandangan serta idea supaya kita sama-sama dapat  memaksimumkan manfaat yang diperolehi. Sekian, terima kasih kepada pengunjung blog yang sudi membaca penulisan jurnal aku ini. Wassalam……

No comments:

Post a Comment