Thursday, October 13, 2011

LJ 03 A124062 LJ03 Alat-Alat Kognitif

Assalamualaikum.

Pada minggu ini,topik yang berjaya dipelajari adalah berkaitan proses kognitif,alat-alat kognitif serta pengaruhnya di dalam membuat keputusan.

Kognitif merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya.v
Secara dasarnya, setiap keputusan yang memerlukan mekanisma atau alat-alat untuk menjayakannya. Dalam subjek ini ia lebih dikenali sebagai alat-alat kognitif.

Terdapat 3 jenis alat-alat kognitif:
  1. Persepsi
  2.  Ingatan/memori
  3.  Perhatian/attention         
(PIP)
  • PERSEPSI
    Melalui pemahaman saya,persepsi adalah tanggapan PERTAMA individu terhadap sebarang masalah yang timbul. Setiap yang bergelar insan pasti mempunyai persepsi yang berbeza-beza kerana manusia dijadikan untuk melihat dunia dari sisi yang yang berlainan. Sebarang pandangan yang terhasil daripada persepsi boleh jadi tepat ataupun tersasar kerana ia berkait rapat dengan pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada. Ruanglingkup bagi persepsi manusia yang terhad kadang-kadang menerbitkan illusion/ilusi/titik buta yang secara jelas akan mengganggu proses membuat keputusan.

Satu contoh yang agak menarik dapat dipetik daripada buku bertajuk 'Men are from Mars, Women are from Venus, karya John Gray.
 
Beliau ada menyebut, dibawah tajuk  'learning to listen'
 
Likewise, if a man does not understand how a woman is different, he can make things worse when he is trying to help. Men need to remember that women talk about problems to get close and not necessarily to get solutions.
 
A woman greatly appreciates Mr. FixIt, as long as he doesnʹt come out when she is upset. Men need to remember that when women seem upset and talk about problems is not the time to offer solutions; instead she needs to be heard, and gradually she will feel better on her own. She does not need to be fixed.
 
Persepsi kaum adam, wanita suka bercerita tentang masalahnya untuk mendapatkan penyelesaian tetapi menurut John Gray kaum wanita hanya ingin berkongsi masalah dan didengari masalahnya dan  lama kelamaan dia akan kembali seperti sediakala. Kesilapan persepsi  sama ada menawarkan penyelesaian atau hanya sekadar mendengar menjadi penentuan kepada proses pembuatan keputusan.

  • INGATAN
    Kemampuan otak manusia untuk mengingat sesuatu kejadian adalah sangat-sangat terhad. Apatah lagi untuk mengaitkan peristiwa (ingatan) lampau dengan peristiwa masa kini. Ianya sudah pasti tersangat-sangat sukar. Ingatan jangka masa pendek aka STM (short term memory) dan ingatan jangka masa panjang aka LTM. Pada hemat saya, STM boleh terjadi apabila sesuatu keadaan yang menimpa individu tidak begitu serius lantas tidak berupaya meninggalkan kesan yang mendalam kepadanya. Contohnya, kegagalan dalam peperiksaan pertengahan semester 1/2009. Terdapat 8 semester sepanjang pengajian, mengganggap status GAGAL dalam mid-sem exam tidak boleh memberi impak kepada keseluruhan gred@pngk. Kerana ada lagi 7 sem untuk ditempuhi. Ingatan ini diistilahkan sebagai STM.
 
    Manakala, LTM adalah kejadian/insiden/event yang memberi kesan yang sangat-sangat mendalam kepada individu. Contohnya, apabila terdapat  ahli keluarga menjalani pembedahan besar kadangkala membabitkan percanggahan antara waris-waris terdekat sama ada hendak meneruskan pembedahan atau tidak…….namun akhirnya ditakdirkan pembedahan tersebut gagal dan nyawa insan tersebut tidak dapat diselamatkan. Bertitik tolak daripada hal ini, sebarang pembedahan yang bakal dilakukan pada masa akan datang akan dikaitkan dengan kegagalan pembedahan sebelum ini. Seterusnya, LTM inilah yang akan mengganggu gugat usaha ke arah membuat keputusan dengan lebih tepat.

  • PERHATIAN
    Perhatian boleh merujuk kepada tumpuan/fokus terhadap sesuatu arahan yang diterima. Permerhatian secara total dapat membantu membuat keputusan yang lebih tepat dan jitu.

Contohnya: apabila pensyarah menyuruh pelajar menyiapkan tugasan dan menghantarnya dua minggu kemudian, Sudah pasti akan ada pelajar yang akan bertanya sekali lagi bila tugasan itu sepatutnya dihantar.

Ada sesetengah pelajar yang suka menyiapkan kerja di akhir-akhir waktu (due date), kurangnya perhatian dalam penentuan tarikh tugasan dihantar akan menyukarkan pelajar tersebut untuk membuat keputusan bila untuk memulakan  tugasan itu.
 
    Kesimpulannya,terdapat alat-alat yang dapat membantu manusia membuat keputusan. Terpulang kepada manusia itu sendiri menentukan jalannya berpandukan 'alatan' tersebut. Menurut Rhonda Bryne dalam karyanya The Secret m/s 177;

When Henry Ford was bringing his vision of the motor vehicle into our world, people around him ridiculed him and thought he had gone mad to pursue such a "wild" vision. Henry Ford knew much more than the people who ridiculed him. He knew The Secret and he knew the law of the Universe.
 
"Whether you think you can or think you can't, either way you are right." (Henry Ford)
 
Keputusannya adalah di tangan anda……… selaku pembuat keputusan!!!!!!!
 
 






No comments:

Post a Comment