Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. Alhamdulillah, ini merupakan jurnal saya yang terakhir dalam minggu yang keenam bagi kursus Kemahiran Membuat Keputusan. Mungkin ini adalah kali pertama saya menghantar jurnal lebih awal daripada yang biasa kerana kononnya personaliti saya dan ahli kumpulan saya ketika kuliah adalah ISFJ dan kami memberi contoh bahawa kami bukanlah jenis yang menangguh sesuatu tugasan yang diberikan. =) apakah itu ISFJ? Saya akan menerangkan dengan sedikit terperinci dengan apa yang saya pelajari di dalam kuliah KMK pada minggu ini. Pada minggu ini kami mempelajari topik mengenai Personaliti dan Emosi.
Bagi saya, topik ini sangat menarik kerana ianya berkaitan dengan personaliti seseorang . jadi dengan kuliah inilah kami dapat mengetahui personaliti rakan-rakan kita berdasarkan soalan-soalan yang diberikan oleh Dr.Zamri. Ketika kuliah hari isnin yang lepas, Dr.Zamri ada beri kepada kami 4 soalan bagi mengetahui personaliti kami dan daripada soalan tersebutlah kami dapat mengetahui personaliti kami. Ia terbahagi kepada empat jenis personaliti iaitu:
1. Introvert(I) dan Extravert(E)
2. Sensing(S) dan Intuitive (N)
3. Feeling(F) dan Thinking(T)
4. Judging(J) dan Perceiving(P)
Bagi huraian serba sedikit tentang Introvert adalah dimana ianya lebih kepada bersendiri atau lebih mudah dengan contoh seseorang itu lebih suka bersendirian apabila ingin menyelesaikan sesuatu masalah dan dia tidak suka berada didalam suasana yang terlalu ramai. Extravert pula adalah mereka yang lebih suka suasana yang ramai ataupun tidak suka bersendiri dan lebih cenderung untuk berkongsi masalah dengan rakan-rakan dan bertanya dengan rama pendapat orang.
Sensing pula bermaksud memberi perhatian terhadap apa yang dilihatnya berdasarkan lima deria iaitu lihat, dengar, bau, sentuh dan rasa. Sebagai contoh soalan yang telah diberikan Dr.Zamri mengenai cawan kertas yang terdapat sedikit corak dan berwarna. Bagi personaliti saya, iaitu Sensing(S) hanya melihat cawan kertas itu dengan mata kasar tanpa apa-apa maksud yang mendalam. Melihat ianya hanyalah satu cawan yang mempunyai corak dan berwarna, namun bagi seseorang yang bersifat Intuitive(I) pula berbeza sama sekali. Meraka akan melihat cawan kertas itu dengan hati mereka dimana mereka dapat menggambarkan pelbagai benda yang tersirat pada cawan kertas tersebut. Ini bermakna mereka mempunyai deria yang keenam atau 'sixth sense' kerana mampu mengolah sesuatu benda itu dengan lebih terperinci dan mendalam serta mengikut gerak hati mereka.
Bagi personaliti Thinking(T) dan Feeling(F) pula, saya lebih cenderung kepada personaliti Feeling dimana dalam membuat sesuatu keputusan itu lebih memikirkan tentang hati dan perasaan orang lain. Keputusan itu dicapai juga hendaklah dengan mengikut persetujuan ramai dan bukannya dengan hanya mengikut fakta ataupun persetujuan sendiri. Namun begitu, personaliti Thinking sangat berbeza kerana personaliti ini apabila membuat sesuatu keputusan lebih mengutamakan mengikut landasan sesuatu perkara dan lebih tetap dengan keputusan dan pendiriannya sendiri. Biasanya personaliti Thinking ini membuat keputusan yang berat sebelah dimana mereka lebih mementingkan prinsip yang berterusan dan logiknya sesuatu keputusan itu dibuat. Berbeza pula dengan personaliti Feeling yang membuat keputusan berdasarkan nilai-nilai dan sentiasa memastikan keputusan yang dibuat adalah mendapat keharmonian dan persetujuan ramai.
Jenis personaliti yang terakhir adalah Judging(J) dan juga Perceiving(P). Menurut kefahaman saya ketika kuliah, apa yang dimaksudkan dengan Judging ini adalah apabila seseorang itu jenis yang membuat sesuatu perkara mengikut arahan yang telah diberikan, manakala Perceiving pula mereka yang susah untuk menerima arahan terutamanya yang berunsur ugutan. Personaliti Judging ini juga seorang yang jenis merancang dengan bain sebelum melakukan sesuatu keputusan atau perkara, berbeza pula dengan Perceving yang hanya membuat sesuatu perkara itu tanpa merancang dan mengikut kata hati atau lebih mudah bahasanya mereka lebih suka membuat sesuatu main redah sahaja. Sebagai contoh situasi adalah dimana personaliti jenis Judging ini akan merancang perjalanan percutiannya sebelum pergi dengan mencari peta arah dan lokasi sesuatu tempat secara terperinci. Tetapi bagi personaliti Perceiving pula, mereka lebih cenderung untuk terus pergi tanpa merancang perjalanan dan berfikir dengan hanya melihat papan tanda mereka akan sampai ke destinasi yang ingin dituju, tetapi akhirnya sesat.
Akhir sekali, saya ingin menghuraikan serba sedikit personaliti yang saya perolehi berdasarkan ujian yang kami jalani ketika kuliah iaitu ISFJ atau dikenali sebagai The Nurturers. Biasanya ISFJ ini lebih mengutamakan kerjasama dan sangat sensitif terhadap perasaan orang lain. Personaliti The Nurturers ini juga mempunyai ingatan yang luar biasa mengenai perkara-perkara yang penting seperti sesuatu keadaan atau kejadian yang berlaku walaupun sudah lama berlalu. Selain itu, personaliti ISFJ ini sukar untuk berkata "tidak" apabila diminta melakukan sesuatu perkara kerana mereka adalah jenis yang lebih mementingkan keperluan orang lain berbanding mereka sendiri.
Sampai disini sahajalah jurnal saya yang terakhir ini. Semoga Dr.Zamri berpuas hati dengan jurnal saya yang terakhir dan juga yang sebelum ini. Sesungguhnya saya masih didalam proses mempelajari membuat jurnal, dan mungkin masih terdapat banyak kekurangan didalam jurnal-jurnal saya. insyaAllah saya akan cuba mempraktikkan gaya hidup yang telah saya pelajari didalam kuliah Kemahiran Membuat Keputusan ini. Sekian =)
No comments:
Post a Comment