Tuesday, October 18, 2011

A128390 MOHAMAD NAZRUL HAFEEZ BIN MD RIFFIN LJ05 PERSONALITI & EMOSI

PERSONALITI &  EMOSI

 
   Assalamualaikum.salam sejahtera.Bersyukur hadrat Ilhai kerana berpeluang melulis jurnal buat kali terakhir iaitu jurnal yang ke-5 dalam tugasan 1 Kamahiran membuat keputusan pada semester ini.Pejam celik pejam celik sudah masuk minggu ke enam dalam sesi pengkuliahan pada semester ini.Sudah sebulan setengah sesi kuliah berlangsung.

       Pada hari ini,Isnin 17 Oktober 2011 kelas pertama ku seperti biasa kelas Instrumentasi Kimia yang berlangsung di Dewan Anuar Mahmud (DAM) di Fakulti Sains Dan Teknologi selama dua jam bermula pukul 10 pagi tamat pukul 12 tengahari.Selepas itu bermulalah kelas Kemahiran Membuat Keputusan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan FSSK pada pukul 12 tengahari.Setibanya aku ke kelas Kemahiran Membuat keputusan aku melihat Dr.Zam sedang berdiri dan sesi kuliah telah bermula.Aku melihat jam menunjukkan  pukul 12.15 tengahari.Rupa rupanya aku terlewat 15 minit.Ohh tidak,.selama ini aku tak pernah lewat pun,Aku duduk mendengar kuliah dari Dr. Zam.

       Pada hari ini Dr.Zam menerangkan tentang Personaliti dan Emosi.Personaliti bermaksud keperibadian seseorang.Personaliti ialah hal yang paling penting dalam psikologi kehidupan manusia.Personaliti juga menentukan seseorang itu gembira atau gembira,bertenaga atau tidak,pandai atau bodoh.Secara umumnya,personality ialah cara atau corak manusia berfikir.perkara psikologi yang timbul seperti perasaan,pemikiran.Personaliti dinyatakan melalui pengaruh pada badan,dalam kehidupan mental yang sedar melalui tingkah laku individu.

          Memandangkan masa hanya satu jam sahaja,Dr.Zam pun mula membuat ujian personaliti dengan memberi empat soalan kepada pelajar.Pelajar perlu membincangkan tentang jawapannya berdasarkan corak pemikiran setiap pelajar.Soalan pertama ialah Siapa yang penting dalam hidup anda?iaitu untuk menentukan seseorang itu sama ada seorang yang 'introvert' atau 'ekstrovet' dalam membuat keputusan.Seseorang yang Introvert merupakan seseorang yang tak perlu kawan sepanjang hidupnya,dia perlu kawan bila dia menghadapi masalah.Orang yang introvert ialah seorang yang meriah apabila ramai kawan.Berasa dirinya meriah apabila didampingi ramai kawan.Seseorang yang introvert juga selesa hidup seorang.Bila dia membuat keputusan,tak perlu kawan,hanya bergantung pada keputusannya sendiri.Minda orang yang introvert ialah sangat aktif.Selain itu,orang yang introvert juga memerlukan masa untuk berfikir,untuk menenangkan fikirannya dan untuk mengembalikan semangat yang hilang.Introvert juga ialah cara seseorang memperolehi tenaga atau semangat.

         Soalan yang kedua ialah apa yang anda fikirkan tentang cawan kertas yang dipaparkan di paparan nota kuliah.Soalan ini untuk menguji sama ada seseorang itu mempunyai sifat 'Sensing' atau 'Intuitive'.Sensing bermaksud seseorang itu  tidak mampu berfikir jauh ketika bercakap dan berfikir.Tidak ada pemikiran yang krestif dalam membuat keputusan,dan tiada kesenian.Sensoring ialah cara pemikiran bergantung kepada kelima lima deria manusia.Intuitive pula bermaksud seseorang itu menggunakan intuisi iaiti menggunakan deria ke enam dalam berfikir dan menilai sesuatu.Orang yang intuitif mampu membayangkan sesuatu perkara dengan lebih baik dan mendalam apabila membuat keputusan.Beberapa pelajar memberi pandangan masing masing tentang apa yang mereka fikirkan tentang cawan tersebut.Ada juga yang mengatakan bahawa cawan itu melambangkan  hati seseorang,persahabatan.Jika pecah cawan itu,maka hilanglah persahabatan.Ada juga pelajar yang menyatakan tentang sifat fizikan cawan itu,yang mempunyai corak dan bewwarna coklat.Soalan yang ketiga ialah Apa yang anda pentingkan bila buat keputusan ? .Soalan ini untuk menguji seseorang itu sama ada mempunyai sifat 'Thinking' atau 'Feeling'.Thinking bermaksud seseorang itu berfikir kerana fakta semata mata,tidak ada perasaan.Feeling pula bermaksud,seseorang itu berfikir mengikut perasaan yang mereka rasa.Contoh,dalam memilih calon isteri,seorang lelaki akan memilih calon isterinya berdasarkan kebaikan,tolak ansur yang dilakukan oleh calon isterinya.Manakala orang yang thinking berpendapat bahawa,calon isterinya itu dah sesuai dari segi perwatakan,pakaian,nilai kesopanan,mereka fikir calon isteri yang dipilihnya itu akan member kabaikan kepada dia tanpa tahu isi hati dan kebakan yang calon isterinya pernah buat.Soalan yang ke empat ialah bagaimanakah anda uruskan tugas atau kehidupan seharian anda?.Soalan ini untuk mengetahui seseorang itu mempunyai sifat 'Judging' atau 'Preceiving'.Orang yang mempunyai sifat judging ini merupakan orang yang mampu menganalisis perkara yang dilakukannya,yang akan dilakukan dan yang bakal dia akan lakukan.Orang yang sistematik dalam membuat keputusan,orang yang lebih berdisiplin.Setiap aya yang dilakukan akan dinilai balik untuk memberi suatu kebaikan kepada mereka.Preceiving pula ialah seseorangyang tiada rancangan apa apa dalam membuat keputusan atau kehidupan seharian.Apa yang mereka inginkan mereka tidak nilai,mereka akan membuat keputusan secara serta merta tanap dinilai balik.Itulah sedikit sebanyak sesi ujian personalisi pada hari pertama kuliah.

       Pada hari kedua kuliah Kemahiran membuat keputusan iaitu hari selasa 18 Oktober 2011,Dr.Zam sekali lagi membuat Ujian kepada pelajar mengenai personaliti.Ujian kali ini adalah untuk menentukan personaliti seseorang berdasarkan kod.Ujian ini berdasarkan teori Myers-Briggs Type Indicator (MTBI).Kecerdasan emosi juga dikenalpasti dalam spectrum thinker.Dr.Zam juga mengulas kembali tentang dikotonomi seperti Judging.Seseorang yang judging akan melakukan kerja serentak,tidak boleh melakukan sesuatu dalam satu masa.Mereka amat risau dengan tarikh akhir kalau mereka tidak siapkan dalam masa yang ditetapkan.Selain itu,mereka juga tidak suka dikongkong.Mereka lebih suks menyendiri daripada bersama kawan.Mereke perlu masa seorangan untuk berfikir,atau menenangkan fikiran.Orang yang perceiving pula mampu membuat berbagai perkara dalam satu masa.Mampu campurkan kerja sambil melakukan kerja lain.Mereka tidak risau dengan tarikh akhir hantar tugasan.Mereka juga tidak peka dalam apa yang harus mereka lakukan.Mereka membuat sesuatu dalam masa yang terakhir(last minute).
 
       Ujian personaliti ini juga member manfaat seperti ia mampu menunjukkan personality seseorang.Kod kod akan terhasil apabila dugabungkan menjadi empat dikotomi ini.Saya mendapat kod INFJ iaitu bermaksud ' protector'.Pelindung..Berikut adalah cirri ciri orang yang mempunyai personality INFJ :
 
-       -   Cara utama hidup anda tertumpu dalaman, di mana anda mengambil perkara-perkara dalam terutamanya melalui gerak hati. Mod kedua anda adalah luaran, di mana anda berurusan dengan perkara-perkara mengikut bagaimana perasaan anda terhadap mereka, atau bagaimana mereka sesuai dengan sistem nilai peribadi anda.
 
-         -  INFJ mempunyai sifat yang lemah lembut, penyayang, individu yang kompleks dan sangat intuitif. Artistik dan kreatif, mereka hidup di dunia yang tersembunyi. Hanya satu peratus daripada penduduk mempunyai Jenis Personaliti INFJ, membuat semua jenis yang paling jarang berlaku.
 
-         -  INFJ  meletakkan kepentingan yang besar ke atas perkara yang teratur dan sistematik di dunia luar mereka. Mereka meletakkan banyak tenaga ke dalam mengenal pasti cara terbaik untuk mendapatkan apa yang diinginkan, dan sentiasa mentakrifkan semula keutamaan dalam kehidupan mereka.
 
-          INFJ  beroperasi dalam diri mereka secara intuitif yang sepenuhnya spontan. Mereka tahu perkara-perkara yang intuitif, tanpa mampu untuk menentukan mengapa, dan tanpa pengetahuan yang terperinci tentang subjek di tangan. Mereka biasanya betul, dan mereka biasanya tahu.
 
 
-          - INFJ  mempunyai pandangan yang luar biasa kepada rakyat dan situasi. Mereka mendapat "perasaan" mengenai perkara-perkara dan intuitif.
 

   Berikut adalah ulasan sesi kuliah pada minggu ke enam dan jurnal pembelajaran yang ke-5.Saya mengundur diri dahulu..Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment