Sunday, October 16, 2011

A133740 Nurhidayah Binti Mohd Darunai LJ04

Alhamdulillah saya masih diberi peluang waktu untuk meneruskan journal saya yang keempat. Topik pada minggu ini membincangkan proses kognitif dalam proses membuat keputusan.

 

Setiap proses mesti ada alat atau bahan barulah lengkap suatu proses itu. Dalam kemahiran membuat keputusan lebih dikenali sebagai 'cognitive tool' yang terdiri daripada persepsi, ingatan dan perhatian. Semua itu berperanan melihat, memikirkan dan mentafsir dan akhirnya menyelesaikan masalah dengan membuat keputusan yang paling bijak. Kita  juga perlu ada sikap seperti berupaya mengenalpasti keserupaan dan kelainan, membezakan sebab-sebab berlakunya masalah dan simtom masalah, memecahkan masalah kepada komponen-komponen yang lebih kecil dan mengenalpasti masalah mengikut kepentingan (priority). Dengan menerapkan sikap seperti itu, maka kita bolehlah membuat keputusan yang terbaik.

 

Kuliah kali ini lebih menarik lagi kerana kami diberi melihat gambar-gambar yang berkenaan dengan persepsi ilusi dan yang berkaitan. Persepsi digunakan dalam melihat masalah secara  fizikal atau konseptual. Persepsi setiap individu adalah berbeza dan ada yang tepat dan ada yang tidak tepat. Pada pendapat saya persepsi ini boleh dikatakan dipengaruhi oleh keadaan sekeliling, emosi dan pengalaman lepas. Bagi Stephen Pepper (1967) definisi persepsi adalah "Perceptual act as a conscious activity linking an individual through received sense data to the environment". Kita melihat kembali definisi membuat keputusan yang kita pelajari pada minggu pertama iaitu tindakan yang diambil secara sedar dari pelbagai alternatif dengan tujuan mencapai hasil yang diharapkan - Massie (1987). Seandainya persepsi kita tepat maka keputusan yang kita peroleh juga tepat jika tidak maka sebaliknya berlaku. Persepsi juga mempunyai batasan :-

 

·         Pandangan yang boleh kita mengalami ilusi

·         Ruang lingkup persepsi terhad dengan ruangan fizikal dan keupayaan berfikir

·         Pentafsiran apa yang dipersepsikan hanya boleh dibuat jika ianya berkait dengan pengetahuan dan pengalaman relevan yang ada

 

Jadi, kita sering menggunakan persepsi sebagai cara kita membuat keputusan kita perlu mempunyai banyak pengalaman, bertanya untuk mengetahui juga pandangan orang lain. Dengan itu, kita akan mendapat persepsi yang lebih tepat.

 

Ingatan juga merupakan salah satu alat kognitif dalam proses membuat keputusan. Ingatan penting dalam membuat keputusan berdasarkan pencaman dan peristiwa lalu sebagai contoh kejadian tsunami bagaimana tanda-tanda awal terjadi dengan itu kita boleh membuat persediaan lebih awal untuk mengahadapinya. Ingatan terbahagi kepada dua iaitu ingatan jangka panjang dan ingatan jangka pendek. Selalunya ingatan masa panjang adalah sesuatu yang kita alami sendiri manakala ingatan masa pendek biasanya adalah yang tidak penting, itu bagi pendapat saya.

 

Perhatian berperanan dalam langkah framing membuat keputusan. Kahneman (1973) – "Attention is the allocation of information processing capacity to mental activity". Perhatian hanya dalam ruang lingkup kita sahaja. Lumrah manusia hanya akan memberi perhatian pada sesuatu yang menarik sahaja selalunya. Sebagai contoh saya melihat ramai orang pergi menonton cerita di penggung wayang jadi saya berpendapat menarik jika pergi tapi setelah pergi lagi seronok menonton di rumah kerana ttidak perlu mengeluarkan modal yang banyak.

 

Kesimpulannya persepsi, ingatan dan pperhatian saling berkaitan dalam membuat keputusan kerana persepsi menyebabkan ingatan diransang yang membuatkan kiat memberi perhatian dalam masalah. Jadi proses menganalisis boleh dilakukan untuk membuat keputusan yang terbaik. Tapi setiap perkara itu ada had batasnya maka kita perlu membuat keputusan mengikut kepentingannya. Sekian~~   

 

 

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment