Tuesday, October 18, 2011

A133740 Nurhidayah Binti Mohd Darunai LJ05 Kenali Diri Anda~

Alhamdulillah akhirnya telah sampai journal penulisan saya yang kelima juga merupakan journal yang terakhir untuk tugasan pertama. Minggu ini merupakan minggu yang saya kurang sibuk berbanding sebelum ini atau adakah saya sudah semakin membuat keputusan untuk membuat perkara-perkara yang lebih utama?? Kedua-dua itu ada kemungkinannya. Apa-apa pun kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang personaliti diri. Bagi saya semakin umur saya meningkat pelbagai perangai baru yang muncul dalam hidup saya tapi saya sering cuba untuk mengenali diri ini lebih mendalam. Ada orang mengatakan jika kita ingin mengenali sikap diri kita yang sebenarnya mendengar kata apa yang musuh kita katakan kerana kita tahu dimana kelemahan kita yang sebenarnya. Saya sering mengambil kata-kata ini sebagai cermin diri ini yang kita sendiri tahu bahawa manusia itu tidak sempurna maka mestilah ada kelemahannya pada setiap individu itu sendiri. Saya suka topik personaliti diri ini kerana ia merupakan salah satu ilmu yang ada dalam bidang psikologi yang amat saya minati.

Dalam psikologi, personaliti ditakrifkan sebagai himpunan pola emosi, pemikiran dan perlakuan yang unik untuk seseorang dan tekal dengan masa. personaliti juga berkait rapat dengan tindak-tanduk seseorang seseorang yang ingin menzahirkan ciri- ciri kawalan emosi dan pemikiran.personaliti memainkan peranan penting seseorang daripada sudut pandangan luaran memainkan karektor diri. (Sumber daripada Wikipedia). Ujian personaliti boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah MBTI (Myers-Briggs Type Indicator) dan hanya golongan profesional sahaja yang boleh mengendalikannya.  Terdapat 16 kombinasi daripada ciri-ciiri berikut yang mempunyai simbolik tertentu seperti berikut:-

 

Ø  Attitudes         : extraversion/introversion (E/I)

Ø  Functions       : sensing/intuition (S/N) ~ rational and

  thinking/feeling (T/F) ~ irrational

Ø  Lifestyle         : judgment/perception (J/P)

 

 

Manakala bagi perkaitan dalam membuat keputusan pula adalah :-

 

Ø  Type of Social Interaction                           : extraversion/introversion (E/I)

Ø  Preference for Gathering                             : sensing/intuition (S/N)

Ø  Data Preference for Decision Making       : thinking/feeling (T/F)

Ø  Style of Decision Making                            : judgment/perceiving (J/P)

 

Sebagai contoh kombinasi :-

● ESTJ - Extraversion, Sensing, Thinking, Judging

● INFP - Introversion, iNtuition, Feeling, Perceiving

Jadi, mari uraikan satu persatu ciri-ciri yang telah dinyatakan. Pertama sekali adalah extraverts, orang yang mempunyai ciri ini adalah orang yang suka bersosial. Boleh mengubah keputusan diri demi kepentingan orang lain ataupun boleh dikatakan sebagai menjaga hati pihak lain. Mereka lebih kepada akan mengikut suara majoriti untuk membuat keputusan. Manakala introvert adalah sebaliknya yang suka bersendiri, suka bekerja di belakag tabir mungkin golongan ini adalah golongan yang pemalu saya fikir. Sentiasa berhati-hati dengan setiap tindakan yang di ambil. Contohnya dalam membuat keputusan, golongan ini akan meneliti setiap perkara dan akan mengambil masa yang agak panjang berbanding dengan orang extravert yang terus membuat keputusan tanpa berfikir panjang.

Sukar bagi pandangan saya kita hendak membuat keputusan dengan tepat setelah mengambil kira segala kebaikan dan keburukan tanpa ruang waktu yang lama tetapi perkara ini boleh dibentuk dan sikap seperti itu sangat penting apabila kita di alam pekerjaan kelak.    

Seterusnya adalah sensing dan intuition yang merupakan cara pengumpulan maklumat. Golongan sensing mempercayai meklumat yang kini, nyata dan hanya boleh difahami lima deria yang ada serta lebih mengikut kepada gerak hati. Sebaliknya, golongan intuition lebih kepada menerima atau melihat sesuatu itu secara abstrak atau lebih mudah dikatakan dari segi konteks yang lebih luas bukan hanya pada zahir sahaja. Melihat dengan menggunakan enam deria.

Thinking dan Feeling adalah indikator untuk membuat keputusan. Individu thinking selalunya hanya berdasarkan fakta. Dia akan membuat keputusan berdasarkan logik dari segi fakta dan akan cuba pertahankannya manakala feeling akan mendapat kejasama dan kata putus bersama dalam membuat keputusan.  

Judgement lebih kepada mengikut landasan, mengikut seperti apa yang telah dirancang, kurang membenarkan gangguan kepada keputusan yang dilekukan tetapi perceiving lebih flexible boleh mengikut keadaan semasa, membenarkan gangguan dan keputusan llebih terbuka.

Setelah saya membuat ujian personaliti diri dalam kelas  saya mendapati saya adalah seorang pemikir, ciri yang saya dapat adalah INTP (introversion, intuitive, thinking, perceiving). 

Dan ini pula adalah keputusan yang saya dapat apabila cube membuat ujian personaliti dalam cara saya bekerja :-

Smooth-talking persuaders : They are life's salespeople, natural convincers. Prefer to live their daily lives in a structured, scheduled and orderly fashion. Aware of interpersonal dynamics in every situation, but have a strong need to lead. Females fit in well at work and have a high need to please others. Those males with these characteristics sometimes have the problem of being seen as wimpy and seek out jobs in psychology, theology and other people-oriented careers.


Banyak yang saya dapat pelajari dalam kelas kemahiran membuat keputusan ini. Sedikit sebanyak ilmu yang telah saya pelajari itu, saya cuba mengaplikasikannya pula dalam kehidupan seharian saya. Sekian…

No comments:

Post a Comment