Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bertemu kembali dalam jurnal untuk kali ketiga. Pada minggu ini, saya telah pun membuat keputusan untuk tidak menangguhkan lagi penulisan jurnal kerana saya tidak mahu menjadi kelam kabut seperti yang terjadi minggu lepas. Hal ini kerana, apabila terlalu banyak assignment yang perlu dibuat, semakin kita akan menjadi kelam kabut dan berada dalam tertekan. Daripada pengalaman itu, saya bertekad untuk menyiapkan jurnal pada kali ini sejurus tamat kuliah KMK pada minggu ini.
Pada minggu ini, Dr Zamri telah membincangkan topik yang agak menarik dan kadang-kala merungsingkan saya kerana topic ini akan membuatkan kita keliru dengan istilah-istilahnya. Sebagai contoh heuristika. Ini adalah pertama kali saya mendengar dan melihat perkataan heuristika. Untuk memahami makna ini saya telah pun rujuk pada internet..
Menurut sumber-sumber di media elektronik ini, istilah heuristika ialah istilah dalam psikologi. Heuristika ialah pedoman-pedoman am. Oleh yang demikian, dapatlah saya simpulkan heuristika dalm membuat keputusan ialah teknik atau peraturan yang digunakan oleh individu untuk meyelesaikan masalah. Konsep Heuristika ini telah diperkenalkan oleh seseorang yang terkenal dalam bidang membuat keputusan iaitu Herbert Simon. Pakar-pakar mengkaji bagaimana manusia membuat pilihan dan keputusan dan mereka mendapati manusia membuat keputusan dengan menggunakan pedoman-pedoman am. Tversky dan Kahneman(1974) pula mencadangkan pembuat keputusan biasanya menilai kebarangkalian sesuatu peristiwa dengan menggunakan heuristika.
Heuristika terbahagi kepada 4 iaitu :
- Heuristika Jalan-Jawapan
- Heuristika Analogi
- Heuristika Representatif
- Heuristika Ketercapaian
Heuristika Jalan-Jawapan adalah satu kaedah berfikir kearah menentukan dahulu apa jawapan atau penyelesaian yang diingini, kemudian barulah kita cari jalan atau cara-cara untuk menyelesaikannya. Dengan menggunakan kaedah ini, kita boleh menyelesaikan di mana-mana bahagian yang kita mahu. Katakana kita berminat dengan seorang gadis, kita pun terus membuat keputusan memilih gadis itu sebagai teman hidup. Itu adalah jawapan yang sudah awal-awal lagi kita pilih. Kemudian baru kita mencari jalan bagaimana hendak memikat gadis tersebut. Heuristika Jalan-Jawapan ini ini ialah salah satu cara manusia berfikir secara alamiah. Mula-mula kita pilih dahulu apa jawapan yang kita mahu, kemudian baru kita cari cara-cara untuk mendapatkan jawapan itu. Kajian-kajian yang dibuat oleh pakar-pakar psikologi menunjukkan manusia memang banyak menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan cara begini. Mengambil contoh seperti di atas tadi, kita boleh bertunang dahulu, berkahwin, baru berkenalan dan baru bercinta. Oleh kerana heuristika Jalan-Jawapan ini bermula dengan mengambil keputusan dari awal-awal lagi, kesilapan mungkin akan berlaku. Gdis yang kita pilih itu, mungkin tidak sesuai dengan diri kita.
Bagaimana pula dengan heuristika Analogi? Heuristika Analogi ialah penyelesaian masalah berdasarkan kepada keserupaan masalah dari segi struktur. Dua masalah yang serupa disebut sebagai analogy. Sebagai contoh, kita meminjam kereta seorang sahabat dan tidak ada masalah memandunya walaupun kereta sahabat kita itu buatan Eropah, manakala kereta kita sendiri buatan Malaysia. Hal ini terjadi kerana ada banyak persamaan antara kereta buatan Eropah dengan buatan Malaysia. Itu sebabnya kita dapat menyelesaikan masalah itu dengan mudah. Oleh itu, untuk menyelesaikan satu masalah baru, kita selalu merujuk kepada cara-cara yang pernah kita gunakan dahulu untuk menyelesaikan masalah yang serupa.
Heuristika Representatif adalah berdasarkan peristiwa lepas. Kita menggunakan sesuatu peristiwa dengan bentuk prototaipnya, dan jikalau terdapat banyak persamaan antara kedua-duanya, kita akan percaya ianya lebih munasabah. Contoh, sebakul rambutan. Bagaimana nak tahu elok atau tidak? Kita ambil satu dan rasa rambutan itu. Kita dapati ianya elok. Kita pun percaya semua rambutan dalam bakul tersebut adalah elok-elok belaka. Heuristika Ketercapaian pula ialah berdasarkan peristiwa-peristiwa yang melekat dalam ingatan kita. Ianya juga berkait rapat dengan ingatan jangka panjang. Penyelesaian masalah adalah berdasarkan kepada apa yang mudah diingat semula dalam ingatan mereka. Sebagai contoh, kita pernah terlibat dengan kemalangan. Kereta yang kita pandu menggelosor di atas jalan raya yang basah waktu hujan dan tak dapat dibrek langsung. Kita melanggar kereta lain dan mengalami cedera parah. Selepas peristiwa itu, kita tidak percaya lagi pada model kereta yang kita pandu itu. Kita tidak mahu lagi membeli, memandu ataupun menumpang mana-mana kereta model itu sampai bila-bila.
Kita beralih pula pada istilah 'bias'. Bias ialah kecenderungan untuk melihat sesuatu perkara dengan dipengaruhi oleh perspektif tertentu. Kecenderungan ini mengganggu keupayaan seseorang untuk menjadi objektif dan tidak prejudis. Bias terbit dari Heuristika Representatif dan Heuristika Ketercapaian.
Bias yang biasa berlaku :
· Bias terlalu yakin (overconfidence bias)
- Begitu mempercayai kebolehan diri dalam buat keputusan
· Bias tersangkut (anchoring bias)
- Gunakan maklumat yang awal atau yang pertama diterima sebagai asas membuat keputusan
· Bias pengesahan (confirmation bias)
- Gunakan fakta yang hanya menyebelahi keputusan kita
· Bias ketercapaian (availability bias)
- Gunakan maklumat yang sedia ada (terkini dan masih segar dalam ingatan)
· Bias 'representatif'
- Gunakan 'representatif' yang salah dalam buat keputusan.
· Peningkatan komitmen (escalation of commitment)
- Walaupun terdapat maklumat yang negative, keputusan dilakukan kerana terdapat peningkatan komitmen.
Sebelum kuliah pada minggu ini berakhir, Dr Zamri ada menyentuh sedikit pasal Groupthink. Groupthink ialah sebuah teori yang membahas mengenai bagaimana sebuah kelompok menggunakan cara-cara untuk menyalurkan hasrat kebersamaan mereka dalam kelompok untuk memotivasi ataupun merencanakan sesuatu kegiatan dalam kelompok berdasarkan keputusan bersama secar bulat. Terdapat banyak symptom yang boleh dikenalpasti dalam groupthink ini. Antaranya 'illusion of invulnerability' dan percaya pada prinsip moral yang wujud. Groupthink ini sering dikaitkan dengan peristiwa 'Pearl Harbor'.
Ciri keputusan yang tidak tepat :
· Tidak mencari maklumat jalan penyelesaian yang lain dengan lengkap.
· Kegagalan untuk menilai risiko, jika kita pilih satu penyelesaian.
· Dapat maklumat yang salah
· Maklumat yang kita proses hanya untuk menyebelahi kita sahaja.
· Kegagalan untuk membuat 'plan B'.
Kesimpulannya, walaupun kita telah membuat sesuatu keputusan tidak mungkin keputusan yang kita buat itu tiada sebarang risiko. Untuk membuat keputusan, kita mempunyai pelbagai cara dan langkah. Jika kita salah memilih teknik, kelak mungkin kita akan rasa menyesal.
Sekian dahulu. Salam membuat keputusan.
No comments:
Post a Comment