Sunday, October 16, 2011

A135394 Fauzan Lazimah Binti Zulkifli LJ04 salah tanggapan, selalu ingat, attention pless!!!

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.. masuklah pula minggu keempat bagi penulisan jurnal ni, cepatkan.. setiap miggu soalan bonus yang ada dalam minda ni ialah apa nak tulis? apa patut tulis? nak cerita tentang ape?  Dah minggu kelima dan jurnal ke empat, msih lagi kusut fikirkan benda ni..Baiklah, jika diikutkan kata hati nak tulis sebuah jurnal yang sebaiknya.. minggu ni kita dah belajar tentag tiga perkara iaitu persepsi, memori dan perhatian.. seronok belajar tajuk ni, sebab aktiviti yang dijalankan tidak membosankan, serta contoh yang diberikan prof sangat menggelikan hati..
            Mula-mula kita cerita dahulu tentang persepsi.. menurut Stephen Pepper (1967) persepsi bermaksud –"satu aktiviti yang dilakukan dalam keadaan sedar yang menghubungkan seseorang dengan sekelilingnya menggunakan maklumat yang diterima." Senang ceritanya, persepsi ni adalah bagaimana taanggapan kitaa terhadap sesuatu perkara menurut pandangan mata dan minda kita sendiri.. setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza antara satu sama lain.. so, kalau orang ada bagi pandangan yang berbeza dengan kita jangan la melenting, mungkin ada sebab dia berpersepsi sebegitu.. okay contoh bagi persepsi ini ialah berkaitan dengan pendaftaran kursus dan pemilihan set.. kebiasaannya kita akan pilih set mengikut keseseuaian masa kita, serta tenaga pengajar bagi sesuatu kursus itu.. tetapi semasa pendaftarn secra online kita tidak dapat mengetahui siapakah tenaga pengajar kita,.. pada minggu pertama,biasanya kelas akan dimulakan dengan sesi ta'aruf atau berkenal-kenalan.. kelas tidak berada dalam keadaan tegang dan tenaga pengajar juga tidak peru bersifat tegas, garang dan sebagainya. Oleh itu pada persepsi awal kita, kia akan brtanggapan bahawa tenaga pengajar kita seorang yang santai relex dan seronok, seangkan tanggapan awal kita itu adalah salah.. jadi, sebelu kita membuat sesuatu keputusan kita prulah berpandukan kepada kepadatan maklumat bukan sekadar persepsi awal..
            Lepas persepsi, ingatan.. ingatan ni bolehlah kita bahagikan kepada dua bentuk iaitu ingatan jangka masa panjang dan ingatan jangka masa pendek.. tetapi ingatan juga terbatas, melainkan sesuatu itu member kesan mendalam kepada kita.. sini nak kongsi sebuah cerita yang merupakan pengalaman oleh salah seorang adik saya yang telah menjadi ingatan yang berpanjangan buat seluruh ahli keluarga.. ketika adik saya (achik) habis kelas tambahannya diwaktu malam dia turun la cari kereta papa, masa tu kebetulan pula papa parking kereta dekat dengan kereta yang sebijik sama dengan kereta dia dengan yakinnya dia pergi dekat kereta yang satu lagi tu lepas tu berebut pintu dengan anak perempuan ampunya kereta.. bila dah sedar tersilap tu, malu tak payah cakap la macam mana.. bila kitorg tanya kenapa boleh tertukar kereta? Katanya tak perasan dan tak ingat number plat, lepas jer kejadian itu dia dan adik beradik lain dah mula berhati-hati, takut terbuat keputusan yang menyebabkan termasuk dalam kereta orang lain pulak… malu oooooo….
            Ketiga ialah perhatian, perhatian ialah penggunaan aktiviti mental dalam keupayaan untuk memproses maklumat.. dan keupayaan untuk memproses maklumat pula adalah berbeza antara individu.. yang ketiga ni susah sikit nak bagi contoh… penat juga la fikir… beberapa ketika datang satu idea, contoh ni baru jer terjadi.. kolej saya telah mengadakan suatu majlis, saya sebagai ajk perhiasan pentas, pada mulanya kami difahamkan dari pihak JPPel kami tidak akan diberikan sebarang pentas untuk dipinjam.. tetapi pada hari kami ingin menyiapkan pentas tu, kami diberitahu JPel akan bagi pentas (tidak dinyatakan pentas yang bagaimana).. ketika itu kami memang tak menumpukan perhatian berkenaan rupa bentuk pentas itu, dan membuat keputusan untuk menunggu pentas mereka… akhirnya kerana kami tidak membekan perhatian kepada soal yang kecil kami telah membazirkan masa dengan menanti, sedangkan pentas yng diberikan tidak seperti yang diharapkan..
            Sekian dahulu dari saya, moga ketemu lagi di masa akan datang yer… chow chin chow… salam…
 

No comments:

Post a Comment