Sunday, October 16, 2011

A132696 LJO4 Khairul Bariah Binti Jailani ~Kognitive Tool_P I P~

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Masa sememangnya mencumburui kita, sedar tidak sedar sudah sampai ke minggu kelima aku mengikuti kelas KMK. Seperti biasa, kelas kali ini berjalan dengan lancar pada masa yang ditetapkan. Namun begitu, kelas kali ini amat menarik perhatianku  kerana banyak dihidangkan dengan gambar-gambar yang menarik dan pelik. Semua gambar-gambar pelik tersebut amat berkaitan dengan tajuk yang diajar pada minggu kelima ini iaitu mengenai persepsi, ingatan dan perhatian. Tujuan mempelajari tajuk ini adalah untuk memahami proses kognitif(perkara yang dilakukan oleh minda kita) yang berlaku semasa kita MP, memahami peranan 'cognitive tool'(persepsi, ingatan, dan perhatian) dalam proses MP dan memahami interaksi ketiga-tiga aktiviti tersebut dalam proses MP.
          
            Kita memerlukan peralatan kognitif i(persepsi,ingatan,dan perhatian) kerana peralatan tersebut membolehkan kita melihat, memikir dan mentafsir kemudian menyelesaikan masalah dengan keputusan yang tepat.Seseorang yang ingin membuat keputusan perlu berupaya mengenal pasti keserupaan dan kelainan sesuatu perkara, boleh membezakan sebab-sebab berlakunya masalah dan simptom masalah,berupaya memecah masalah kepada komponen-komponen yang lebih kecil dan boleh mengenalpasti masalah mengikut prioriti.
          
            Salah satu peralatan kognitif ialah persepsi. Menurut Stephen Pepper (1967),"Persepsi
bertindak sebagai aktiviti sedar yang menghubungkan satu individu melalui data yang diterima dengan alam sekitar.Persepsi kita ialah bagaimana kita melihat dunia dengan fikiran kita. Setiap orang mempunyai persepsi yang sangat berbeza kerana kita semua mempunyai unik kepercayaan, pengalaman dan pemikiran sistem yang berlainan. Terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi persepsi seseorang antaranya ialah faktor diri sendiri seperti sikap, pengalaman dan motivasi. Keduanya ialah faktor dalam situasi seperti  persekitaran kerja dan sosial dan yang ketiga ialah faktor sasaran seperti gerakan, bunyi, saiz,dan latar belakang.
          
             Persepsi juga mempunyai ruang lingkup atau batasan iaitu pandangan(yang menjadi sebahagian dari persepsi) boleh mengalami illusi. Ruang lingkup persepsi terhad dengan ruangan fizikal dan keupayaan berfikir sahaja dan pentafsiran yang dipersepsikan hanya boleh dibuat jika ssesuatu iti berkait dengan pengetahuan dan pengalaman relevan seseorang. Persepsi diperlukan dalam proses KMK kerana ianya digunakan untuk melihat masalah secara fizikal atau konseptual. Ianya dilakukan dengan tujuan tertentu menggunakan rujukan objektif. Dalam proses KMK, semuanya bergantung kepada persepsi, jika persepsi itu betul, pemahaman terhadap masalah juga akan betul seterusnya membantu seseorang itu membuat keputusan yang tepat. Sebagai contoh, kebanyakan remaja mambuat persepsi bahawa majlis ilmiah sangat membosankan, tidak menarik dan tiada unsur hiburan. Oleh yang demikian, mereka tidak berminat untuk menghadiri majlis-majlis yang berkaitan ilmiah. Namun begitu,tidak semestinya  semua majlis ilmiah tiada unsur keseronokan. Terdapat juga majlis ilmiah yang tidak bosan, diselitkan dengan nyanyian dan aktiviti yang menarik.
         
            Alat kognitif yang kedua ialah ingatan. Irwanto (1999) mendefinisikan ingatan sebagai kemampuan untuk menyimpan informasi sehingga dapat digunakan lagi di masa yang akan datang. Galotti (2004) mendefinisikan memori sebagai suatu proses kognitif yang terdiri atas serangkaian proses, yakni : penyimpanan (storage), retensi, dan  pengumpulan informasi (information gathering). Sebagai suatu proses, memori menunjukkan suatu mekanisme dinamik yang diasosiasikan dengan penyimpanan (storing), pengambilan (retaining), dan pemanggilan kembali (retrieving) informasi mengenai pengalaman yang lalu (Bjorklund, Schneider, & Hernández Blasi, 2003; Crowder, 1976, dalam Stenberg, 2006).
           
              Terdapat dua bentuk ingatan iaitu ingatan jangka pendek(STM/ working memory) seperti kehilangan pen atau warna baju yang dipakai pada minggu lepas dan satu lagi ialah ingatan jangka panjang(LTM/storing memory). Ingatan ini amat sukar untuk kita lupakan terutamanya jika kita sendiri yang terlibat dalam sesuatu kejadian itu. Sebagai contoh, peristiwa tsunami sememangnya menjadi ingatan kepada semua penduduk di Acheh. Dalam diri ingatan aku pula, peristiwa yang aku tidak dapat lupakan ialah peristiwa kemalangan yang mana, ayah aku telah melanggar seekor lembu ketika kami menaiki motosikal dalam perjalanan mengambil aku dari asrama untuk pulang ke rumah ketika aku berada dalam tingkatan satu. Kemalangan tersebut telah membuatkan aku lebih berhati-hati melalui kawasan tersebut walaupun peristiwa itu sudah lama berlalu.Ingatan penting dalam membuat keputusan kerana ingatan dapat membantu kita mengingatkan kembali peristiwa lama dan boleh mengaitkannya dengan keadaan sekarang. Ingatan juga boleh membantu kita membuat proses pencaman dan bandingkan dengan pengetahuan dan peristiwa lama.
                 
               Alat kognitif yang terakhir ialah perhatian. Menurut  Kahneman (1973), perhatian merupakan penggunaan aktiviti mental dalam keupayaan untuk pemprosesan maklumat. Fungsi perhatian ialah sebagai ejen pemilih, memilih sesuatu yang lebih menyerlah. Sebagai contoh memilih buah epal yang berwarna merah berbanding epal yang berwarna pudar. Perhatian juga berfungsi sebagai agen pengurusan tugas iaitu mengarah untuk memproses sesuatu maklumat. Sebagai contoh, seorang perempuan pergi ke kedai tudung untuk mencari tudung yang sesuai dengan warna bajunya. Bajunya berwarna hitam bercorak bunga kecil berwarna ungu. Jadi baju tersebut amat sesuai dipakai dengan tudung berwarna ungu. Oleh itu, di kedai kain tersebut perhatiannya lebih tertumpu kepada tudung yang berwarna ungu sahaja untuk mencari warna ungu yang sesuai. Dari pemerhatiannya, dia telah dapat memproses maklumat bahawa selendang yang berwarna ungu lembut lebih sesuai dengan bajunya berbanding selendang berwarna ungu gelap. Lalu, dia membuat keputusan untuk membeli selendang berwarna ungu lembut tersebut.
        
          Persepsi akan menyebabkan ingatan dirangsang. Ingatan yang dirangsang akan menunpukan perhatian kepada masalah dan seterusnya akan memulakan proses analisis membuat keputusan. Semua alat-alat kognitif ini amat berkaitan antara satu sama lain tetapi mempunyai batasan dan dipengaruhi oleh prioriti. Oleh itu, usaha auntuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan perlu dilakukan mengikut prioriti.
         
          Sampai di sini sahaja maklumat yang dapat aku kongsikan dengan kawan-kawan semua. Semoga kita akan terus berusaha memenuhi ilmu didada.  Semoga kawan kawan terhibur dengan video di atas. Jangan mudah membuat persepsi menyatakan orang tersebut melukis gambar yang berunsur lucah. Gunakan perhatian anda supaya keputusan yang tepat dapat dibuat. Jumpa lagi di kelas minggu hadapan.sekian.....
Permisi dulu dong..... wassalam.~berry(^_^)~
 
 

No comments:

Post a Comment