Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Ini merupakan penulisan jurnal saya yang pertama bagi kursus ZT2263, Kemahiran Membuat Keputusan. Seperti yang sedia maklum, penulisan jurnal ini merupakan salah satu tugasan yang perlu di sempurnakan oleh setiap pelajar sepanjang 5 minggu perkuliahan. Tajuk jurnal yang saya yang pertama ini adalah "Membuat Keputusan".
Kehidupan seharian kita banyak memerlukan kita untuk membuat keputusan. Oleh itu, kemahiran dalam membuat keputusan adalah sangat penting bagi setiap individu untuk memastikan setiap keputusan yang dibuat itu adalah tepat.
Pada minggu pertama perkuliahan, pengenalan tentang kemahiran membuat keputusan diterangkan. Definisi membuat keputusan dibahagikan kepada 2 iaitu yang pertamanya yang dinyatakan oleh Massie dimana setiap tindakan yang diambil secara sedar dari pelbagai alternatif dengan tujuan mencapai hasil yang diharapkan. Apa yang dapat saya simpulkan dari kenyataan Massie adalah kita perlu berfikir secara rasional dan mencari informasi terlebih dahulu sebelum membuat keputusan supaya keputusan yang kita harapkan berhasil dan sesungguhnya keputusan itu adalah yang terbaik.
Definisi yang kedua pula dari Koontz & Dannel iaitu aktiviti pemilihan dari pelbagai alternatif dan merupakan nadi dalam perancangan. Menurut kefahaman saya, kita perlulah membuat perancangan dengan menyediakan pelbagai alternatif untuk di pilih sebelum membuat sesuatu keputusan.
Selain saya mengetahui tentang definisi membuat keputusan pada perkuliahan tempoh hari, saya mempelajari bahawa ada beberapa jenis situasi membuat keputusan dalam kehidupan seharian. Sepertinya, situasi mudah, situasi sederhana dan situasi rumit. Situasi mudah adalah seperti memilih pakaian yang hendak dipakai pada hari ini. Situasi sederhana pula adalah seperti membuat keputusan dari beberapa pilihan seperti ingin bekerja atau menyambung pelajaran. Bagi situasi rumit, keputusan yang dibuat akan memberi kesan secara drastik dalam kehidupan seseorang. Contohnya adalah seperti ingin melaburkan simpanan sebagai modal perniagaan. Seseorang itu perlu memikirkan untung rugi sebelum melaburkan simpanan mereka. Mereka perlu memikir secara sedalam-dalamnya sebelum sesuatu keputusan dibuat.
Terdapat banyak ciri-ciri dalam membuat keputusan. Antaranya ialah ia merupakan satu proses. Mengeluarkan beberapa pilihan yang sengaja dan reflektif sebelum membuat keputusan. Membuat sesuatu ketentuan atau pendapat dan meneliti setiap pilihan yang ada. Namun begitu, setiap keputusan yang dibuat adalah bergantung kepada jenis masalah yang dihadapi. Mengumpul sebanyak maklumat yang ada dengan bertanya kepada seseorang yang lebih berpengalaman.
Seperti yang kita sudah ketahui, elemen-elemen penting untuk menjadikan keputusan yang baik adalah berdasarkan pengalaman serta kecekapan kita menghadapi sesuatu situasi sebelum membuat keputusan. Mempunyai ketepatan maklumat serta mampu menganalisa dengan betul setiap masalah yang dihadapi juga merupakan elemen penting untuk menghasilkan keputusan yang baik.
Kategori membuat keputusan terbahagi kepada dua, iaitu membuat keputusan yang diprogramkan dan membuat keputusan yang tidak diprogramkan. Pada kebiasaanya, membuat keputusan yang diprogramkan berlaku pada organisasi yang besar, dimana keputusan telah ditetapkan dan ditentukan mengikut prosedur yang ditetapkan. Ini berbeza dengan membuat keputusan yang tidak diprogramkan kerana bagi kategori ini, setiap keputusan mempunyai kesan-kesannya yang tersendiri.
Selepas saya menghadiri perkuliahan bagi kursus Kemahiran Membuat Keputusan ini, saya dapati bahawa untuk membuat sesuatu keputusan bukanlah semudah yang disangka. Kita seharusnya berfikir dengan rasionalnya dan cuba mencari maklumat-maklumat penting yang berkaitan dengan situasi kita sebelum membuat keputusan supaya keputusan yang kita buat tersebut berhasil dan tepat. Namun begitu, saya turut mempelajari biarpun keputusan yang kita buat kadang-kala tidak tepat, ia mematangkan kita di masa hadapan.
Saya juga mengalami kesukaran untuk membuat keputusan sebelum ini dimana saya harus memilih sama ada ingin meneruskan pelajaran ke UiTM dalam bidang perundangan atau ke matrikulasi. Sukar bagi saya untuk membuat keputusan dek kerana saya tidak dapat menjangkakan apa yang akan terjadi di masa hadapan, adakah pilihan yang saya pilih itu merupakan pilihan yang tepat atau sebaliknya. Ibubapa pula memberikan peluang membuat keputusan sepenuhnya kepada saya. Saya berusaha mencari maklumat bertanyakan kepada kawan-kawan dan orang-orang yang berpengalaman. Syukur, saya tidak menyesali keputusan yang telah saya buat iaitu meneruskan pengajian ke matrikulasi dan kini saya menuntut di UKM dengan bidang pilihan saya. Dan, saya bersyukur kerana Berjaya mendaftar kursus Kemahiran Membuat Keputusan ini kerana ia banyak memberi pengetahuan dan mengajar saya bagaimana untuk membuat keputusan walaupun masih di minggu awal perkuliahan dan masih banyak yang saya perlu belajar pada minggu berikutnya.
No comments:
Post a Comment