PERSEPSI,INGATAN, DAN PERHATIAN
Assalamualaikum..salam sejahtera,.alhamdulillah masih diberi peluang menghirup udara milik Allah s.w.t,masih lagi menghadiri kuliah Kemahiran membuat keputusan yang sudah masuk minggu ke-5 dalam semester ini.Semakin jauh perjalanan,semakin dalam ilmu yang dia perolehi...
Pada entry kali ini,aku akan memberitahu serba sedikit ulasan kuliah dan penerangan yang disampai oleh Dr. Zam pada minggu ini.Seperti biasa,kuliah pada hari isnin,hari permulaan dalam minggu kuliah,kelas pertama di Fakulti Sains & Teknologi iaitu instrumentasi kimia.Pada awal pagi ku bangun untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim.Ku pergi kuliah dengan hati yang terbuka.Tiba waktu kuliah Kemahiran Membuat Keputusan,ku masuk ke dalam dewan,ramai lagi pelajar yang belum hadir dalam kuliah sedangkan jam menunjukkan pukul 8.15 pagi.Aku terfikir sejenak " kenapa pelajar lambat dating ?adakah kelewatan bas atau terlanjur ketiduran ?".Pada pandangan aku,sepatutnya pelajar yang menunggu pensyarah,ini sudah terbalik,pensyarah menunggu pelajar.
Pada hari isnin 10 Oktober 2011,Kuliah diteruskan dengan tajuk Persepsi,memori dan perhatian.Kuliah ini menerangkan tentang persepsi seseorang pembuat keputusan,iaitu langkah permulaan dalam membuat keputusan dengan menggunakan deria seperti mata,saraf,dan otak yang merupakan organ yang unik kurniaan Allah kepada kita.Objektif daripada kuliah ini adalan menekankan pelajar untuk memahami proses kognitif yang berlaku semasa proses membuat keputusan.Proses kognitif ini ialah satu proses yang tidak sedar.Ia juga membantu pelajar memahami peranan alat kognitif dalam membuat keputusan.Seteruanya memahami kaitan ketiga tiga alat kognitif tersebut,iaitu Persepsi,ingatan,dan perhatian.
Untuk membuat keputusan yang baik dan berkesan,kita perlukan alat kognitif ini,Alat kognitif merupakan medium,untuk seseorang guna dalam membuat keputusan.Peralatan tersebut membolehkan kita melihat,memikirkan,dan mentafsir dan akhirnya menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan bijak.Seperti dalam grafik diatas,seorang manusia melihat seeokor kucing dengan menggunakan mata,isyarat diterima melalui mata dan dihantar ke otak(pusat integrasi) melalui saraf optic.Rangsangan berlaku,sebelum rangsangan berlaku,persepsi dahulu diambil pakai,maklumat yang diterima berdasarkan persepsi yang dihasilkan,.seterusnya maklumat akan dihantar ke cerebrum otak untuk difikir oleh pembuat keputusan.Proses pemikiran(analisis) berlaku melibatkan berbilion sel sel otak bekerja dengan kuat untuk menghasilkan maklumat yang baru.yang hampir sama dengan persepsi yang diterima.Seterusnya keputusan akan dibuat oleh otak,menghasilkan sebuah tindakbalas untuk mengeluarkan maklumat yang dianalisis yang berbentuk 'keputusan'.Jika baik persepsi seseorang,maka baiklah keputusan yang dibuat dan sebaliknya.
Semasa menggunakan alat kognitif,seseorang perlulah berupaya mengenalpasti keserupaan dan kelaian sesuatu perkara,seterusnya mengenalpasti sebab sebab berlakunya ketidakserupaan dan persamaan(punca berlaku masalah).Langkah seterusnya adalah pembuat keputusan harus memecahkan masalah yang dihadapinya.Malah,setiap masalah yang harus diselesaikan mesti mengikut priority (kepentingan).Mana lebih menarik perhatian,penting itulah yang dipilih,
Mengenalpasti masalahà Membezakan masalahà Memecahkan masalah
Definisi perepsi ialah "proses yang berlaku secara sedar,bagaimana kita melihat dunia dengan minda kita".Setiap manusia mempunyai persepsi berbeza kerana setiap manusia mempunyai pengalaman yang berbeza dan unik.Manusia mempunyai kemahiran berfikir yang berlainan,pengalaman hidup tidak serupa.Terdapat bebrapa factor yang mempengaruhi persepsi seperti faktor situasi (Masa,aturan pekerjaan,aturan social),factor penerimaan sepersi altitude,motivasi,kesukaran dan pengalaman.Faktor factor ini penting kerana ia mampu membezakan persepsi yang mampu dihasilkan oleh setiap manusia.
Alat kognitif yang kedua adalah ingatan.Ingatan adalah perantaraan diantara persepsi dan perhatian.Tanpa ingatan,maklumat tidak dapat ditampung,proses analisis tidak dapat dilakukan.Seseorang yang mengalami masalah ingatan juga mengalami masalah dalam membuat keputusan.Manusia yang membuat mempunyai otak yang genius mampu berfikir secara terperinci,dan mampu membuat keputusan yang lebih berkesan mengikut pilihan samaasa jangka masa panjang atau pendek.Ingatan juga merupakan tempat menyimpan segala maklumat yang diterima melalui persepsi,Tempat mengimbas kembali pengalaman pengalaman yang lepas,dan bersedia untuk dikeluarkan pada bila bila masa sahaja apabila diperlukan.Ingatan terbahagi kepada dua jenis iaitu ingatan jangka masa pendek dan ingatan jangka masa panjang.Ingatan jangka masa pendek ialah satu ingatan yang mampu menyimpan maklumat dalam beberapa tempoh sahaja,ingatan tidak kekal.Ia mampu hilang secepat mungkin jika maklumat tidak diarah untuk berpindah ke ingatan jangka masa panjang.Ingatan seseorang juga terbatas.
Fungsi ingatan dalam membuat keputusan adalah membantu pembuat keputusan mengingat semula perkara yang lepas,mengaitkan keadaan terdahulu denan keadaan sekarang,membantu proses pengecaman dan perbandingan terhadap sesuatu perkara atau peristiwa terdahulu.
Alat kognitif yang ketiga ialah perhatian.Perhatian berperanan dalam langkah framing dalam melakukan rangsangan.Perhatian amat perlu untuk menghasilkan sebuat pemikiran yang lebih berkesan.Tanpa perhatian,seseorang akan membuat keputusan yang tidak sepatut dilakukannya.Fungsi perhatian ialah sebagai agent pemilihan dalam membuat sesuati keputusan.Ia juga dianggap sebagai agen untuk menguruskan tugas.Contohnya,dua orang pelajar yang sedang belajar didalam kelas,ketika mendengar guru mengajar,seorang daripada pelajar ini mengantuk,seorang lagi tidak mengantuk dan cergas ketika belajar.Pelajar yang mengantuk ini tidak boleh menumpukan perhatian sepenuhnya kepada apa yang diajar oleh gurunya itu kerana kemampuan otak untuk member perhatian itu terbatas,tidak mampu.Perkara ini disebabkan oleh factor keletihan otak,tidak cukup tidur,belakan oksigen,bekalan nutrient tidak mencukupi oleh sel otak,Sinapsi otak tidak boleh berlaku dengan begitu cepat,perhatian pun menjadi kurang..Hasil dari kurang perhatian,pelajar ini tidak dapat mengingat kembali apa yang disampaikan oleh guru mengajar disekolah setelah pelajar tersebut habis waktu pembelajarannuya itu.
Setelah mengetahui fungsi ketiga tiga alat kognitif ini.Kita boleh kaitkan hubungan antara alat alat kognitif ini.Bermula dengan persepsi,yang menyebabkan ingatan kita dirangsang.Ingatan yang dirangsang akan menumpukan perhatian kepada masalah yang dihadapi.Perhatian boleh dianggap sebagai darjah kekuatan seseorang dlm membuat keputusan.Analisis berlaku dalam ingatan.Jika perhatian,persepsi,ingatan,dan perhatian manusia juga terbatas tidak berupaya menganalisis banyak perkara dalam masa yang sama.Keterbatasan ini disebabkan oleh priority,maka usaha untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan pun perlu dilakukan mengikut prioriti.
Kesimpulannya,alat kognitif ini amat diperlukan oleh pembuat keputusan kerana ia mampu menghasilkan keputusan yang baik.Ketiga tiga alat kognitif ini saling berkaitan yang akan menghasilkan keputusan yang baik..Sekian dahulu buat kali ini..Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment