Assalamualaikum..w.b.t
Pejam celik pejam celik kini sudah pun masuk minggu kelima aku berada dalam kuliah kemahiran membuat keputusan ini. Aku berbangga dengan diriku dimana aku berjaya "still" dalam kelas ini bersama-sama rakan untuk berkongsi ilmu bersama Dr.Zam walaupun pelbagai dugaan yang aku hadapi pada semester ini. Ok la kawan-kawan ni adalah sebagai mukadimahnya. Huhuhu…. Pada minggu ini aku berusaha untuk menyiapkan LJ04 ini. Ini bermakna tinggal satu sahaja lagi tugasan LJ ini. Cayok2!! Aku pasti aku mampu untuk melaksanakannya..
Pada minggu ini aku mempelajari mengenai tajuk persepsi, ingatan dan perhatian dalam proses membuat keputusan. ketiga-tiga ini merupakan alat kognitif. Oleh yang demikian, aku perlu memahami hubungkait ketiga-tiga ini dalam proses aku membuat keputusan. Persepsi ialah perbuatan secara sedar berdasarkan deria yang kita terima. Ianya juga merupakan cara kita melihat dunia dengan menggunakan minda. Berdasarkan pembacaan aku persepsi mempunyai batasan dimana pentafsiran apa yang dipersepsikan hanya boleh dibuat jika ianya berkait dengan pengetahuan dan pengalaman yang relevan yang ada. Dalam proses aku membuat keputusan dengan berdasarkan persepsi aku akan melihat masalah secara fizikal atau konseptual. Persepsi ini dilakukan ada tujuan dan matlamat. Apa yang aku faham jika persepsi kita ini adalah salah dan tidak tepat, sudah pasti pemahaman kita mengenai masalah tersebut turut salah dan keputusan yang dilakukan juga tidak tepat. Sebagai contoh, aku pergi ke sebuah kedai dimana aku melihat persekitaran kedai tersebut sungguh menarik minat aku tambahan pula ramai orang makan di kedai tersebut. justeru itu aku memberi pandangan dimana makanan di kedai tersebut lazat-lazat belaka. Namun ianya hanya sekadar pandangan kemungkinan makanan di situ tidak selazat yang kita gambarkan.
Ingatan juga merupakan alat kognitif. Ingatan ini terbahagi kepada dua bentuk iaitu ingatan jangka pendek dan satu lagi ingatan jangka panjang. Ingatan ini memberi peranan kepada pembuat keputusan dimana ianya membantu kita mengenal pasti masalah yang hampir sama dan justeru itu ianya mudah diselesaikan. Apa yang aku perolehi melalui nota yang di beri oleh Dr.Zamri, ingatan ini mempunyai beberapa fungsi kepada pembuat keputusan. Ingatan ini berfungsi sebagai alat yang membantu kita mengingati semula sesuatu perkara. Ini bermakna ingatan ini akan mengaitkan keadaan terdahulu dengan keadaan sekarang. Selain itu, ingatan ini juga berfungsi bagi membantu proses pencaman dan perbandingan dengan peristiwa terdahulu atau pengetahuan, serta pengalaman yang berkaitan. Sebagai contoh yang boleh aku kongsi disini mengenai ingatan dalam proses membuat keputusan adalah mengenai peristiwa 11 september dimana runtuhnya bangunan WTC yang gah di mata dunia. Hal ini dimana terdapat seorang yang berada di tempat kejadian terselamat dari kejadian itu. Kejadian ini menyebabkan beliau tidak lagi berani untuk memasuki bangunan yang tinggi kerana pasti beliau akan mengingati peristiwa tersebut dan takut ianya akan berulang kembali.
Perhatian juga dikategorikan sebagai alat kognitif dimana ianya boleh membatu kita dalam proses membuat keputusan. Apa yang aku faham jika kita sentiasa memberi perhatian kepada sesuatu perkara pasti kita mampu menghasilkan satu keputusan yang baik dan begitulah disebaliknya. Erti bagi perhatian mengikut Kahneman (1973) perhatian ialah penggunaan aktiviti mental dalam keupayaan untuk pemprosesan maklumat. Sebagai contoh, sebuah syarikat mengadakan satu mensyuarat untuk pertingkatkan lagi tahap organisasinya. Salah seorang telah mengemukan satu idea yang tidak begitu baik, namun disebabkan ramai ahli mesyuarat tidak memberi perhatian yang baik maka mereka terus mempersetujui cadangan tersebut. Hal ini, menyebabkan syarikat itu memperolehi kerugian.
Satu perkara lagi yang aku pelajari pada minggu ini adalah mengenai kemampuan seorang dalam membuat keputusan. Kita perlu memahami bahawa dalam membuat keputusan kita perlu mempunyai upaya untuk mengenalpasti keserupaan dan kelainan. Kita juga perlu berupaya dalam membezakan sebab-sebab berlakunya masalah dan symptom masalah. Keupayaan memecahkan masalah kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil juga diperlukan dalam diri seseorang yang ingin membuat keputusan. Dan akhir sekali, seseorang yang membuat keputusan ini perlu berupaya mengenalpasti masalah mengikut priority.
Kesimpulannya, persepsi, ingatan dan perhatian ini banyak memberi peranan kepada kita dalam proses membuat keputusan. Alat-alat kognitif ini sering digunakan oleh setiap individu termasuklah aku dalam proses membuat keputusan. Sejak aku berada dalam kelas KMK ini banyak perkara yang baru aku tahu mengenai cara membuat sesuatu keputusan. Aku sangat gembira.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment