Tuesday, October 18, 2011

A131258, Rozaini Nor Bin Rostamizi, LJ 05 Inilah Diriku!!

JURNAL 05  ( INILAH DIRIKU!! )
Assalamualaikum dan berjumpa kita sekali lagi buat kali terakhir dalam ruangan jurnal Kemahiran Membuat Keputusan. Sebab apa aku cakap kali terakhir? Sebabnya, minggu ini merupakan minggu terakhir aku dan sahabat-sahabat aku yag lain menyelesaikan jurnal Kemahiran Membuat Keputusan. Alhamdulilah, setelah lima minggu berturut-turut menulis jurnal, banyak yang telah aku pelajari dan peroleh dari konsep pembelajaran seperti ini. Terima kasih aku ucapkan kepada pensyarah Kemahiran Membuat Keputusan, Dr. Zamri kerana telah mengajar kami semua.
            Walaubagaimanapun, sesi perkuliahan tetap terus dilaksanakan, kerana kuliah tetap akan berjalan seperti biasa hingga minggu ke 14. Tajuk dan topik agak menarik yang telah aku pelajari pada minggu ini iaitu personaliti dan emosi. Aku percaya, bahawa setiap orang mesti mempunyai personaliti tersendiri, bak kata pepatah, lain orang, lain ragamnya. Aku pun merasakan demikian dan aku tidak boleh hendak menilai perihal personaliti diri aku, sebab hanya orang lain yang boleh menilai diri kita.
            Seperti biasa, hari Isnin pensyarah telah memulakan sesi perkuliahan dengan menerangkan kepada pelajar mengenai personaliti. Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan personaliti itu? Personaliti adalah ciri-ciri pada pemikiran, perasaan dan tingkahlaku yang membuatkan seseorang itu unik. Personaliti juga berada dalam diri seseorang dan konsisten sepanjang hidup. Menurut pendapat Mayer, personaliti dilahirkan menerusi pengaruhnya dalam badan, dalam minda sedar dan dalam tingkahlaku sosial seseorang. Sebagai contoh, apa yang dimaksudkan dengan ciri-ciri pada pemikiran adalah seperti, seseorang yang mengatakan kepada diri aku bahawa aku seorang yang berfikiran kreatif kerana banyak melahirkan idea-idea yang jarang difikirkan oleh orang lain. Kalau ciri-ciri perasaan pula, seseorang yang mengatakan bahawa rakannya mempunyai personaliti yang cepat merajuk, kerana tidak boleh dibawa bergurau , pasti akan merajuk. Tingkahlaku pula adalah seperti,  sifat berani, penakut, malas, rajin dan sebagainya.
            Pada hari Selasa, kelas berjalan seperti biasa bermula jam 8 pagi. Aku merasakan bahawa, pensyarah telah membuat suatu sistem pembelajaran yang unik untuk mengenal dan mengetahui personaliti diri dalam setiap pelajar. Kami semua telah membentuk kumpulan berdasarkan kepada nombor akhir dalam kad pelajar. Dalam penilaian yang dijalankan, pelajar telah didedahkan mengenai teori Myers-Briggs Type Indicator (MBTI). Kami semua telah membuat penilaian berdasarkan kepada 4 perkara iaitu, pertama adalah mengenai bagaimana seseorang itu berinteraksi, samada Extrovet ataupun Introvert. Keduanya pula adalah mengenai bagaimana seseorang itu mendapatkan maklumat. Seterusnya mengenai bagaimana seseorang itu membuat keputusan dan akhir sekali adalah, gaya seseorang dalam membuat keputusan. Hasil yang telah aku dapat daripada penilain tersebut adalah ISFJ.
            Setelah selesai membuat penilaian mengenai diri sendiri, pensyarah telah mengarahkan agar pelajar duduk dalam kumpulan mengikut kod yang telah diperolehi setiap pelajar. Apa yang paling membanggakan aku adalah, kumpulan aku yang berkod ISFJ paling ramai ahlinya, iaitu seramai 6 orang. Pensyarah telah mengarahkan agar setiap kumpulan mencari persamaan paling ketara mengenai personaliti yang wujud dalam diri masing-masing. Setelah beberapa minit berbincang, kami telah pun menemui beberapa ciri mahupun personaliti yang sama dan ketara dalam setiap diri kami .
            Pertama, dari segi interaksi, kami sekumpulan lebih gemar berinteraksi antara sesama rakan yang telah kenal. Contoh situasi yang diberi adalah, kami semua lebih gemar menghabiskan dan meluangkan masa antara rakan-rakan yang kami kenal sahaja. Bukan bermaksud kami semua ni sombong, cuma lambat hendak mesra dengan orang lain. Tetapi, kalau dah kenal seseorang, bukan sekadar rapat, tapi terlebih mesra bagaikan sudah setahun kenal. Oleh sebab itu, kami semua lebih cenderung kepada Introvert. Dari segi mendapatkan keputusan pula, kami sekumpulan lagi suka membuat keputusan yang tidak membebankan kepala otak kami sendiri. Kami lagi suka membuat keputusan yang biasa sahaja tetapi boleh memberikan kesan yang baik. Senang cerita, kami tidak suka akan benda yang rumit-rumit, biasa sahaja sudah mencukupi. Ini sudah jelas membuktikan bahawa kami semua lebih cenderong kepada Sensing berbanding Intuitive.
            Aku teringat suasana bersama rakan-rakanku apabila keluar berjalan bersama-sama. Mesti terdapat perselisihan yang berlaku dalam kami semua jika kami hendak membuat sesuatu keputusan. Contohnya, hendak pergi ke mana, hendak menonton wayang apa, hendak makan dimana dan pelbagai lagi situasi. Aku lebih suka membuat keputusan mengikut majoriti berbanding membuat keputusan sendiri. Misalnya, walaupun aku tidak berminat hendak menonton cerita jiwang, tetapi aku akan  terpaksa menonton juga sekiranya ramai sahabatku hendak menonton cerita tersebut. Ini membuktikan bahawa aku lebih kepada personaliti Feeling berbanding Thinking. Akhir sekali, bukti yang menunjukkan bahawa aku bersifat Judgmental berbanding Perceptive adalah jadual harian yang telah aku sediakan. Aku jenis manusia yang tidak suka bertangguh dan melengahkan masa. Masa itu kan lebih bernilai dan beharga berbanding emas. Jadi, sebagai contoh situasi, aku akan hantar tugasan Jurnal Kemahiran membuat Keputusan dengan secepat yang aku mampu. Selasa malam kalau boleh, aku telah hantar tugasan ini. Contoh seperti ini jelas menunjukkan bahawa aku seorang yang suka merancang sebelum bertindak. Bukan hendak angkat bakul sendiri, tetapi itulah hakikatnya mengenai personaliti diri aku.
            Jam tepat menunjukkan pukul 10 pagi. Aku berasa sangat gembira akan sesi pembelajaran Kemahiran Membuat Keputusan pada minggu ini. Aku mula menyedari akan kelebihan mahupun keburukan yang ada pada diri aku. Aku bersyukur dengan segala kelebihan yang Allah kurniakan pada diriku, dan aku cuba untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada dalam diriku. Kini, aku lebih menghargai diri ku sendiri, dan aku tidak kisah apa orang hendak cakap atau mengata mengenai keburukan diriku. Janji aku bahagia hidup bersama keluarga, dan rakan-rakan aku. Ada aku kisah??

No comments:

Post a Comment