assalammualaikum, minggu ni adalah minggu yang kelima, dan ini LJ yang ke 4. pada kali ini, kuliah yang di sampaikan oleh
dr Z adalah mengenai persepsi. topik kali ini agak menarik kerana ia melibatkan aplikasi minda. persepsi merupakan suatu tanggapan
kita terhadap satu-satu perkara. hal ini melibatkan proses kognitif yang juga merupakan dijanakan oleh minda.proses ini merangkumi
tiga aspek yang penting apabila proses membuat keputusan berlaku. tiga aspek tersebut adalah persepsi, ingatan atau memori dan
perhatian. tiga aspek ini juga menjadi alat kognitif. kadang-kadang apa yang dibayangkan tidak seperti hakikat sesuatu apa yang berlaku
kita bayangkan hal ini tapi hal lain yang berlaku, kita ingat orang ni macam ni, macam tu tapi realitinya sebaliknya apa yang
kita fikirkan. situasi inilah yang dikatan persepsi. dr z menerangkan persepsi adalah bagaimana kita melihat dunia menggunakan
minda.dalam membuat keputusan seseorang perlu berupaya mengenalpasti keserupaan dan kelainan, berupaya membezakan sebab-sebab
berlakunya masalah dan simptom masalah, berupaya memecahkan masalah kepada komponen-komponen yang lebih kecil dan berupaya
mengenalpasti masalah mengikut prioriti. tanpa 4 aspek keupayaan tadi sesuatu keputusan yang dibuat masih dalam kesamaran dan
ketidakpastian. contohnya, seseorang yang ingin pergi berperang perlu menilai keputusannya tersebut samada individu tersebut
telah mempunyai latihan dan ilmu yang cukup atau ingin menjadi tentera hanya unutuk mengisi masa lapang. keputusannya tersebut
perlu pasti dan tiada kesamaran, ini kerana, jika tersilap membuat keputusan sia-sialah apa dilakukannya. namun yang demikian
persepsi mempunyai batasan dalam membuat keputusan. seperti yang di jelaskan oleh dr z, persepsi seseorang boleh diganggu
oleh faktor luar, dan menyebabkan persepsi yang dibuat jauh menyimpang dari apa yang sepatutnya. ini disebabkan oleh, ruang lingkup
persepsi terhad dengan ruangan fizikal dan keupayaan berfikir pentafsiran apa yang dipersepsikan hanya boleh dibuat jika ianya
berkait dengan pengetahuan dan pengalaman relevan yang ada. Persepsi diguna dalam MELIHAT masalah secara fizikal atau konseptual
Ianya dilakukan dengan ada TUJUAN yang tertentu dan dicapai dengan menentukan rujukan objektif dalam proses membuat keputusan,
jika persepsi betul dan tepat, pemahaman kita mengenai masalah pun akan jadi betul, dan ini akan membantu pembuatan keputusan yang tepat.
alat kognitif yang seterusnya adalah memori ataupun ingatan. topik juga diulas dan diterangkan oleh dr z dengan lebih jelas.
secara umumnya terdapat 2 jenis bentuk ingatan iaitu ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. ingatan sangat memainkan peranan
dalam membuat keputusan. ingatan dapat membantu pengenalpastian masalah yang hampir sama dan justeru itu, mudah diselesaikan.
namun begitu, ingatan juga terbatas. contohnya seseorang sukar untuk mengimbas kembali makanan apa yang dimakan pada minggu lepas.
hal ini memang berlaku kerana ingatan juga mempunyai tahap yang tertentu. terdapat 3 fungsi ingatan dalam membuat keputusan yang
cuba dijelaskan oleh dr z, iaitu:
-Membantu ingatan semula
-Mengaitkan keadaan terdahulu dengan keadaan sekarang
-Membantu proses pencaman dan perbandingan dengan peristiwa terdahulu atau pengetahuan, pengalaman yang berkaitan
apabila berhadapan dengan suatu keadaan terutamanya yang melibatkan pembuatan keputusan, ingatan memainkan peranan penting dalam
hal ini. mungkin situasi yang sedang di hadapi pernah kita lalui, dengan cuba ingat kembali hal tersebut akan memudahkan kita
membuat pilihan iaitu dengan mengaitkan keadaan tersebut. seperti mana contoh yang di berikan, seorang ibu mempunyai 2 orang anak,
ibu tersebut sangat menyayangi kedua anaknya tersebut. namun salah seorang anaknya telah mengalami kemalangan ketika menunggang
motosikal dan akhirnya meninggal dunia. peristiwa ini memberi memori duka kepada si ibu sehingga menyebabkan dia melarang si adik
menunggang motosikal. penerangan dr z yang ketiga adalah perhatian. perhatian adalah penggunaan aktivit mental dalam keupayaan
untuk memproses maklumat. apabila kuliah sedang berjalan tiba-tiba datang pelajar perempuan yang kelihatan cantik, bergaya dan
menggunakan pakaian yang berwarna terang berbanding pelajar lain, hanya mengenakan pakaian biasa. perempuan tadi sudah tentu menjadi
perhatian kerana dia yang paling menonjol penampilan dirinya. justeru Persepsi, Ingatan & Perhatian juga saling berhubung. Persepsi
menyebabkan ingatan dirangsang, ingatan yang dirangsang tadi akan menumpukan perhatian kepada masalah. Ini akan memulakan proses analisis
membuat keputusan. Persepsi, ingatan dan perhatian saling berhubungan tetapi terbatas.Jika perhatian, persepsi dan ingatan manusia TERBATAS &
dipengaruhi oleh PRIORITI, maka usaha untuk menyelesaikan masalah & membuat keputusanpun perlu dilakukan mengikut PRIORITI.
diakhir kuliah pada minggu dr z telah meletakkan setiap pelajar dalam kumpulan yang telah ditentukan. agak seronok kerana pelajar
dapat berbincang mengenai contoh situasi untuk topik kuliah minggu ini. semoga setiap pelajar mendapat manfaat daripada perbincangan
penerangan berkenaan topik minggu ini. semoga bertemu lagi dalam penulisan yang seterusnya pada minggu hadapan. assalammualaikum......
No comments:
Post a Comment