JURNAL 04 ( PERJUANGAN DITERUSKAN )
Assalamualaikum kepada semua. Bertemu kita sekali lagi di ruangan ilmu jurnal Kemahiran Membuat Keputusan. Aku akan sambung mengenai kisahku, tentang perjalanan hidupku serta berkongsi apa yang patut aku kongsikan. Alhamdulilah, aku bersama kumpulan aku telah mendapat markah sebanyak 7/10 pada kuiz yang telah dibuat pada minggu lepas. Walaubagaimanapun, aku rasa sedikit kecewa kerana tidak dapat markah penuh sekaligus mendapatkan empat markah yang melibatkan pemarkahan penglibatan dan kehadiran. Tidak mengapalah, rezeki aku mungkin di lain hari.
Tajuk baru yang aku telah pelajari pada minggu ke lima ini adalah mengenai persepsi, ingatan, dan perhatian dalam proses membuat keputusan. Aku rasa, tajuk yang dipelajari ini sangat bermakna bagiku, kerana serba sedikit ia mempengaruhi aku untuk membuat keputusan yang lebih tepat dan benar dalam kehidupan seharianku. Pada awal pembelajaran, pensyarah telah menerangkan mengenai alat-alat kognitif dimana terdiri daripada tiga bahgian iaitu, persepsi, memori dan perhatian. Aku akan mengulas setiap alatan kognitif ini satu persatu dengan lebih mendalam berdasarkan apa yang telah aku pelajari. Kalau ada salah, anda semua boleh la tegur atau berkongsi ilmu sekali ya.
Sebelum pensyarah memulakan sesi pembelajaran dengan lebih mendalam, beliau telah menunjukkan beberapa slide dan gambar mengenai persepsi diri setiap individu. Aku rasa sangat terhibur melihatkan pelbagai gambar yang ditunjukkan oleh pensyarah kepada kami semua. Ternyata, pelbagai persepsi yang timbul daripada setiap diri yang mempunyai pendirian diri masing-masing. Aku lebih tertarik apabila pensyarah juga turut menayangkan video mengenai seorang pemain bola sepak terkenal iaitu David Becham, kisah mengenai dia yang baru sahaja keluar dari padang bola lantas meminta sedikit air munuman kepada salah seorang budak yang dijumpainya. Setelah Becham minum minuman tersebut, lalu dia serahkan semula tin minuman tersebut kepada budak itu kembali. Kemudiannya, budak tadi pun meminta baju Becham. Jadi disini, timbul pelbagai persepsi mengapa budak tadi meminta baju Becham. Ada pelajar yang beranggapan bahawa, tujuan budak tersebut meminta baju Becham adalah sebagai pembalasan kerana air yang telah diminum oleh Becham itu tadi. Ada juga yang beranggapan bahawa budak tersebut merupakan peminat fanatik Becham. Aku tergelak besar apabila tujuan sebenar budak tadi meminta baju Becham adalah untuk mengelap sisa pada tin minuman yang telah diminum oleh Becham dan menyerahkan kembali baju tersebut kepada Becham. Menarikkan contoh yang telah ditunjukkan oleh pensyarah kepada kami semua dalam sesi perkuiahan?
Tibalah hari kedua aku menyambung semula pengajian pada hari Isnin semalam. Aku menyambung pelajaran mengenai ingatan dan perhatian pada pagi ini dengan penuh bersemangat. Dalam kehidupan seharian, ingatan juga turut mempengaruhi seseorang dalam membuat sesuatu keputusan. Kumpulan aku telah memberikan contoh mengenai ingatan dalam memberi kesan kepada seseorang untuk membuat sesuatu keputusan. Contoh yang diberikan adalah, mengenai seorang yang ingin membeli belah di sebuah pasaraya dan ingin membayar semua barangan yang telah dibeli. Namun, si pembeli tadi ini, tidak jadi untuk membeli semua barangan tersebut kerana cashier di kedai tersebut merupakan seorang yang berkulit hitam. Anda semua nak tahu kenapa? Haaa….Sebabnya adalah, si pembeli tadi ni mempunyai pengalaman diragut atau dirompak oleh seseorang yang berkulit hitam. Jadi, berdasarkan ingatan peristiwa tersebut, serba sedikit telah mempengaruhi seseorang untuk membuat keputusan samada inign meneruskan hasrat atau membatalkannya.
Terakhir adalah mengenai perhatian dan perhatian memainkan peranan penting dalam mempengaruhi seseorang membuat keputusan dengan tepat. Aku tertawa sinis apabila pensyarah memberikan contoh seseorang yang diarahkan untuk membeli sesuatu barang. Misalnya, seorang ibu menyuruh anaknya membeli minyak cap kapak. Tetapi, disebabkan si anak kurang memberi tumpuan dan perhatian, maka si anak tadi telah membeli kapak, bukannya minyak. Walaupun contoh yang diberikan ini kemungkinan lawak, tetapi ia memberi impak atau pengajaran yang besar dalam diri aku agar sentiasa menumpukan perhatian dalam melaksanakan sesuatu tugas agar kerja dapat diselesaikan dengan sempurna. Aku juga boleh mengaitkan hubungan antara persepsi, ingatan dan perhatian dalam membuat sesuatu keputusan. Persepsi adalah penyebab terhadap ingatan yang telah dirangsang, manakala ingatan yang dirangsang akan menumpukan segala perhatian kepada masalah. Jadi, bermula dari sinilah proses analisis membuat keputusan dimana persepsi, ingatan dan perhatian saling berhubungan tetapi terbatas.
Sebelum sesi perkuliahan tamat, pensyarah telah mengarahkan semua pelajar duduk dalam kumpulan dan membincangkan pengalaman dimana perkara-perkara seperti persepsi, ingatan dan perhatian memberi kesan kepada keputusan yang hendak dibuat. Satu contoh yang agak menarik dari kumpulan aku mengenai persepsi negatif yang sering berlaku dalam kehidupan kita semua. Contohnya, seseorang yang menghantar mesej seperti " Tolong belikan tiket bas 2 ye." Apa yang hendak disampaikan oleh orang yang menghantar mesej tersebut adalah, " Tolong belikan tiket bas tu ye." Tetapi, disebabkan perspektif yang salah, menyebabkan seseorang menerima pesanan mesej tersebut telah membeli 2 tiket bas dan menyebabkan kerugian. Aku pun pernah terkena peristiwa macam ni. Buat malu jer tau. Hahahaha. Pelbagai lagi contoh peristiwa yang telah diberikan oleh pelajar-pelajar mengenai setiap perkara berikut. Sebelum pulang juga, kami semua sempat menjawab soalan kuiz mengenai tajuk Heuristca dan topik yang baru dipelajari sebentar tadi. Alhamdulilahlah, kumpulan aku dapat markah 6 per 10 sahaja. Selesai sahaja kuiz, aku terus beredar untuk pergi ke kelas seterusnya.
No comments:
Post a Comment