Monday, October 10, 2011

A134517 Nur Aqilah Syazwani Binti Mohd Nor LJ04 -Persepsi

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera untuk semua rakan-rakan dan pensyarah, Dr Zamri. Sedar tak sedar, berjumpa lagi kita dalam penulisan LJ yang ke empat ini dan ia merupakan penulisan kedua terakhir saya dalam kursus Kemahiran Membuat Keputusan ini. Alhamdulillah, minggu ini saya diberi kesempatan untuk bernafas, menghirup udara di bumi ini dan masih boleh menghadiri kuliah yang diberikan oleh Dr Zamri. Minggu ini kami memberikan focus pada tajuk 4 iaitu Persepsi, Ingatan dan Perhatian dalam Proses Membuat Keputusan.
 
Isnin, 10 Oktober 2011. Dr Zamri memulakan kuliah dengan menunjukkan satu video di mana David Beckam, pemain bola untuk Manchester United beraksi dalam iklan Pepsi. Iklan tersebut menunjukkan David yang baru keluar dari padang dengan muka yang letih dan kecewa telah terserempak dengan seorang budak lelaki yang memegang tin pepsi. Beliau bertanya adakah kanak-kanak itu boleh memberikannya sedikit dan kanak-kanak itu berkata ya sambil menghulurkan tin Pepsi tersebut. Setelah beberapa teguk, David memulangkan semula, dan kanak-kanak itu meminta baju jersi David. David berpendapat kanak-kanak lelaki itu adalah salah seorang peminatnya ,lalu membuka bajunya itu. Malangnya, bajunya itu digunakan hanya untuk mengelap tin tersebut. Kesimpulannya, disini dilihatkan persepsi seseorang terhadapa dirinya iaitu di mana David Beckam menyangka kanak-kanak itu adalah peminatnya.  J
 
Kemudian, Dr Zamri menyediakan slide-slide 'optical illusion' yang menguji penglihatan kami  ,di mana gambar-gambarnya ganjil dan pelik. Menurut nota kursus dalam membuat keputusan, seseorang itu harus berupaya mengenalpasti keserupaan dan kelainan. Ia merupakan sesuatu yang normal bagi seseorang itu mengalami kecelaruan minda kerana manusia mempunya otak yang kompleks dan mempunya bahagian-bahagian tertentu untuk kecekapan maksimum. Selain itu, kita mestilah berupaya membezakan sebab-sebab berlakunya masalah dan simptom masalah dan boleh memecahkan masalah kepada komponen-komponen yang lebih kecil. Dan yang paling penting sekali, kita berupaya mengenalpasti masalah mengikut prioriti.
 
                Definisi persepsi mengikut konsep Stephen Pepper adalah persepsi bertindak sebagai  aktiviti sedar yang menghubungkan individu melalui data deria yang diterima kepada alam sekitar. Siapakah Stephen Pepper? Beliau merupakan salah seorang ahli falsafah terkemuka dunia. Kemudian, Dr Zamri menunjukkan beberapa slide yang menguji persepsi dan pandangan mata kasar kami dan berkonsep 'optical illusion' seperti gambar 3D 'appearing objects' dan 'glow illusion'.
 
                Perseps digunakan dalam melihat masalah secara fizikal atau koseptual. Ianya dilakukan dengan ada tujuan yang tertentu dan dicapai dengan menentukan rujukan objektif. Dalam membaut keutusan, jika persepsi betul dan tepat, pemahaman kita mengenai masalah pun akan jadi betul, dan ini akan dapat membantu pembuatan keputusan yang tepat. Contohnya adalah Kisah 710 yang berkisarkan kekeliruan antara seorang gadis dan mekanik kereta. Di akhir kuliah, kami telah memeriksa jawpaan kuiz yang kami telah buat dalam tajuk model-model membuat keputusan. Kepada kumpulan-kumpulan yang Berjaya mendapat markah 10/10 bakal mendapat markah bonus dalam markah mingguan.
 
                11 Oktober 2011. Dr Zamri member I focus dalam subtajuk 'Memory' atau Ingatan. Ingatan terbahagi kepada dua iaitu ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Dr Zamri telah meminta kami mengingati pakaian yang kami pakai semalam dan tarikh-tarikh tertentu dan beliau juga telah bercerita tentang pengalaman seseorang dalam mengingati sesuatu perkara iaitu cara mengeja 'SWITCH'. S.W.I Toyol Cium Setan. Saya mengaku cara ini agak berkesan walaupun kedengaran kelakar. Dalam pengalaman saya, ini berlaku ketika saya berada dalam tingkatan 5, saya mempunyai masalah dalam mengingati elemen-elemen dalam subjek Kimia. Dan akhirnya saya telah menggunakan cara buat cerita seperti kes 'SWITCH'. Alhamdulillah, saya berjaya mengatasi masalah tersebut.
 
                Antara fungsi ingatan dalam pembuatan keputusan  adalah membantu ingatan semula, mengaitkan keadaan terdahulu dengan keadaan sekarang, membantu proses pencaman dan perbandingan dengan peristiwa terdahulu atau pengetahuan, pengalaman yang berkaitan. Namun, terdapat tiga isu yang member kesan kepada seseorang dalam membuat keputusan., iaitu persepsi,ingatan dan perhatian.
 
                Persepsi. Dalam kehidupan ini, kita selalu terjebak dalam persekitaran yang kondusif tentang masyarakat. Seperti saya, saya selalu disalah tafsir oleh orang lain. Menerusi pandangan orang lain, saya yang berbadan besar, tinggi merupakan seorang yang sombong ,garang dan susah untuk berinteraksi dengan mereka padahal saya merupakan seorang yang mudah didekati dan boleh dibawa bergurau. Saya tidak pernah ambil hati kerana saya telah terlalu biasa dalam keadaan ini. Apa boleh buat, ini persepsi orang. Kedua,Ingatan. Contoh yang boleh diberi adalah tentang menonton televisyen. Si A telah menonton cerita  Cinta Alisa tetapi Si B tidak menontonnya. Si B telah meminta siA menceritakan kembali dan dia telah berjaya menceritakan keseluruhan cerita.
 
                Di akhir kuliah, Dr Zamri telah mengadakan kuiz untuk dua tajuk dibawah bab Heuristika dan Bias serta kuiz untuk Persepsi,Ingatan dan Perhatian dalam proses Membuat Keputusan. Majoriti para pelajar tidak berjaya mendapat markah penuh dalam kedua-dua kuiz ini. Sampai sini sahajalah penulisan jurnal saya kali ini. Semoga berjumpa lagi dalam masa hadapan.

No comments:

Post a Comment