Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu lagi pada minggu ini untuk menulis jurnal yang kedua. Pada minggu ini, kelas semakin berkurangan pelajar dan mungkin dengan ini senang bagi pensyarah untuk memfokuskan pada setiap pelajar yang sedia ada. Walaupun pelajar semakin berkurangan, ini tidak mematahkan semangat aku untuk berada dalam kelas ini.
Pada kuliah kali ini, Dr Zam telah menyentuh tentang model-model membuat keputusan. Model yang dikatakan di sini bukan model yang memperagakan barangan sebaliknya model yang dimaksudkan dalam konteks ini ialah satu garis panduan yang yang membantu kita dalam membuat keputusan. Apakah fungsi bagi model ini? Fungsinya ialah untuk memahami sesuatu perkara dan juga menerangkan sesuatu perkara. Dalam usaha untuk memahami fungsi ini, terlebih dahulu kita perlu memahami tentang kerasionalan(rationality), kerasionalan yang terikat(outbounded rationality) dan juga pendapat Herbert A.Simon.
Yang dimaksudkan dengan kerasionalan ialah ianya adalah secara sedar, yang mana ianya berdasarkan kepada fakta, logik akal dan munasabah. Langkah yang diambil pada model ini ialah mengenalpasti akan sesbuah masalah kemudian kita menjanakan penyelesaian, iaitu macamana hendak selesaikan sesuatu masalah itu, kemudian di antara alternatif yang terbentang, kita pilih alternatif yang terbaik pada permasalahan tersebut, kemudian kita laksanakan penyelesaian tersebut dan akhirnya kita menilai kembali keputusan tersebut. Sebaliknya, Herbert menyatakan tidak. Dia berpendapat bahawa kita membuat keputusan tidak berdasarkan kerasionalan. Sebabnya, apabila kita berasa sedih dan kecewa, sesuatu perkara yang kita buat biasanya bukan rasional. Kita akan ikut kehendak hati sahaja tanpa memikirkan apa yang akan berlaku seterusnya. Ini kerana pada rasional itu, kita tahu apa yang akan dibuat, kita tahu akan kesannya dan boleh buat perbandingan. Tetapi, bila sudah dirundung kecewa, fikiran akan jadi tidak fokus.
Kerasionalan yang terikat pula ialah pembuat keputusan diikat oleh pelbagai bentuk kekangan dalam membuat keputusan. Inilah yang kita jalani dalam kehidupan seharian yang mana kekangan tersebut adalah berkaitan dengan factor dalaman dan juga faktor luaran yang mana ianya mengurangkan kerasionalan ketika membuat keputusan.
Pendapat Herbert pula ialah keputusan manusia bercirikan kepada tiga benda iaitu yang pertama, pemerosotan yang terbatas, yang kedua ialah penggunaan jalan pintas dan yang ketiga ialah penggunaan satisficing. Yang dimaksudkan dengan pemerosotan yang terbatas ialah terbatas dari segi banyak mana maklumat dapat diproses dan di sini pembuat keputusan sukar untuk mengenal pasti semua bentuk alternatif penyelesaian dan dengan itu sukar untuk menilai setiap satu. Manakala bagi jalan pintas pula, mencerminkan pengetahuan daripada pengalaman yang lepas dan dapat menilai masalah yang dihadapi. Malangnya, keadaan ini akan membawa kepada keputusan yang berat sebelah. Manakala bagi satisficing pula ialah kita membuat keputusan yang mana ianya sekadar memuaskan hati kerana kita tidak mempunyai masa, maklumat dan kebolehan untuk menangani kerumitan jika mengikuti proses yang rasional. Ini yang mana kita boleh katakan ianya memenuhi keperluan yang minimum atau yang agak baik. Asalkan ianya ada, sudah memadai.
Kita masuk pula pada tiga model membuat keputusan. Ketiga-tiga model ini ialah model Klasikal, model Pentadbiran dan model Politikal. Kami juga diajar olah Dr Zam cara yang senang untuk mengingati nama model-model ini. Nama akronim bagi model-model ini ialah CAP. Mengapa kita memanggilnya dengan CAP? Ini kerana huruf C member maksud Classical, A pula merujuk kepada Administration dan P pula ialah Political. Agak senang untuk mengingatinya apabila sudah ditukar kepada akronim.
Model klasikal ialah keputusan yang logical untuk tingkatkan ekonomi Negara. Selain itu, model ini dianggap sebagai normatif, iaitu menerangkan apa yang sepatutnya yang dilakukan oleh pembuat keputusan . Dari situ, kita sudah ada satu garis panduan untuk melakukan sesuatu perkara. Seperti contoh, di suatu tempat akan dibina sebuah bank. Sebelum itu, syarikat yang ingin membuat bank telah terlebih dahulu memeriksa lokasi serta penduduk di sekitarnya, adakah ianya sesuai untuk dibagunkan sebuah bank di situ? Jawapannya ialah ia kerana di tempat itu ada ramai penduduknya dan mereka memerlukan bank di kawasan tersebut tanpa perlu pergi kepada kawasan orang lain.
Kemudian, masuk pula kepada model Pentadbiran. Model ini adalah hasil kajian daripada Herbert yang mana beliau telah mencadangkan dua konsep iaitu kerasionalan terikat ( outbounded rationality) dan satisficing. Yang dimaksudkan dengan kerasionalan terikat ialah terdapat had dan kekangan akan sejauh mana seseorang itu boleh bertindak secara rasional. Seperti contoh, apabila kita telah merancang untuk pergi berkelah di tepi pantai bersama keluarga, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Maka, dengan itu tidak dapat kami meneruskan rancangan untuk berkelah seperti yang dirancangkan sebelum ini. Manakala, bagi satisficing pula, alternatif pertama yang memenuhi keperluan minima dipilih. Seperti contoh, sebelum memasuki Universiti, aku diberi pilihan oleh kakakku untuk membeli komputer riba. Aku yang sebelum ini tidak sempat untuk mencari maklumat yang ingin diperlukan bagi sesebuah komputer akibat kekangan masa yang pada ketika itu aku sedang bekerja sambilan, terus membuat keputusan untuk mengambil komputer riba yang berjenama Acer untuk dibeli. Tanpa ada maklumat yang mencukupi dan sekadar tahu ianya adalah murah dan "friendly user", maka aku pun membelinya tanpa maklumat yang penuh.
Masuk pula pada model yang ketiga iaitu model politik. Aku agak tertarik dengan model tersebut. Yang dimaksudkan dengan model ini ialah ianya mirip kepada suasana sebenar. Akan tetapi keputusan yang dihasilkan agak rumit. Seperti contoh,apabila kita berada di bawah sesebuah organisasi dan kita pula berkawan rapat dengan seseorang, apabila organisasi tersebut perlukan sesuatu dari kita, kita akan cuba dapatkan matlamat tersebut dan mengenepikan kawan tersebut asalkan matlamat kita tercapai kerana kita mempunyai matlamat yang sama dengan orang atasan. Kebiasaannya, inilah yang berlaku pada masa sekarang, yang mana kita akan mengikut keperluan organisasi tersebut. Mungkin kita akan merasakan agak sebal pada permulaannya, tetapi apabila mengenangkan tentang keuntungan sesebuah organisasi, kita sanggup melakukan apa sahaja hingga perasaan kawan tadi terasa. Kadangkala, inilah yang dikatakan lumrah kehidupan. Oleh itu, kadangkala rasa tersepit itu ada dan untuk mengembalikan keadaan kita bersama rakan itu pulih semula, kita akan meminta maaf agar tidak rasa ralit sangat akan hal organisasi tersebut.
Itulah di antara perkara-perkara yang telah aku pelajari pada kuliah ketiga ini. Walaupun aku agak keliru dengan model-model tersebut, akan tetapi aku cuba untuk mehamkan lagi akan model tersebut dengan membaca berulang kali akan tajuk tersebut. Mungkin agak lambat untuk aku menghadamkan segala intipati yang telah diberikan oleh Dr Zam, tetapi aku yakin pada diri sendiri bahawa aku boleh memahami subjek ini. Chaiyok Qila!!
No comments:
Post a Comment