Assalamualaikum dan salam satu Malaysia kepada semua. Sekali lagi kita bertemu di dalam blog KMK ini.
Apa yang telah dipelajari pada minggu ini? Minggu ini aku dan rakan sekuliah telah diterangkan oleh Dr Zam tentang tajuk heuristika dan bias. Apa itu yang dikatakan dengan heuristika dan bias?? Kalau difikir-fikir balik aku biasa dengar tentang perkataan bias tapi, kalau heuristika pula, aku agak kebingungan. Pada mulanya agak canggung dan pelik pada pendengaranku. Akan tetapi, apabila Dr mula menenrangkan, aku mula dapat tangkap. Heuristika ialah suatu konsep yang telah diperkenalkan oleh Herbert Simon yang mana maksudnya ialah pedoman-pedoman am atau strategi yang berkemungkinan menghasilkan penyelesaian masalah yang betul. Ia juga ada peranan dalam proses menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Menurut Tversky & Kahneman(1959) mengatakan bahawa manusia membuat keputusan berpandukan beberapa jenis heuristika. Jenis-jenisnya terbahagi kepada empat bahagian. Yang pertama adalah heuristika jalan jawapan, yang kedua pula ialah heuristika analogi, yang ketiga, heuristika representatif dan yang terakhir sekali ialah heuristika ketercapaian.
Pada keempat-empat jenis ini ada maksud yang berlainan. Heuristika jalan jawapan adalah satu kaedah berfikir kearah menentukan dahulu apa jawapan atau penyelesaian yang diingini, kemudian baru mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikannya. Seperti contoh, aku ingin membeli sebuah telefon bimbit. Dari situ, aku mula memikirkan cara bagaimana untuk memiliki telefon bimbit tersebut. Dari situ, aku mula menabung untuk membeli telefon bimbit itu. Apabila wang yang telah aku simpan itu telah mencukupi, aku terus ke kedai dan membeli telefon itu.
Bagi heuristika analogi pula, ia bermaksud penyelesaian masalah berdasarkan keserupaaan masalah dari segi struktur dan menggunakan penyelesaian masalah lain kepada masalah yang baru. Seperti contoh, apabial kakakku ingin pergi ke ekrja. Pada kebiasaannya dia akan menaiki bus, tapi pada suatu hari, bas itu telah rosak di tengah jalan dan semua penumpang dikehendaki untuk turun, oleh kerana dia mahu sampai ke tempat kerja tepat pada waktunya, dia terpaksa menaiki teksi. Walau mahal macamana sekalipun, dia tetap naik teksi tersebut.
Manakala bagi heuristika representatif atau heuristika perwakilan, ianya menggunakan sesuatu peristiwa dengan bentuk prototaipnya, dan jikalau terdapat banyak persamaan antara kedua-duanya, kita akan percaya ianya munasabah. Seperti contoh, aku ingin mengadakan hari keluarga untuk jabatan. Dengan itu, aku memerlukan Aahli jawatankuasa yang berdedikasi untuk melaksanakan program tersebut,. Dengan itu, aku merujuk kembali pengalaman yang lepas bagaimana ingin menjalankan hari keluarga dengan jayanya tanpa sebarang masalah yang timbul.
Kemudian, beralih pula kepada heuristika ketercapaian. Maksudnya ialah ianya berdasarkan peristiwa-peristiwa yang melekat dalam ingatan kita dan ia juga berkait rapat dengan dengan ingatan jangka panjang dan penyelesaiannya berdasarkan kepada apa yang mudah diingat semula dalam ingatan. Seperti contoh, Razali (bukan nama sebenar) telah berkahwin dengan wanita boyan. Pada dahulu kala, masyarakat Melayu telah membuat satu persepsi bahawa orang boyan mementingkan materialistik. Ini hanya berlaku pada kaum wanitanya sahaja. Segala kehendak isteri mesti dipatuhi. Jadi, di sini apabila Razali yang telah berkahwin dengan wanita boyan itu, aku fikir bahawa semua wanita boyan bersikap sedemikian.
Kita berpindah pula pada tajuk yang baru iaitu "bias". Seperti yang aku faham, "bias" ialah keputusan yang berat sebelah. "Bias" ini dah biasa berlaku pada masyarakat sekarang. Untuk mengelak agak payah tapi masih boleh dikawal lagi. Maksud yang sebenarnya ialah kecenderungan untuk melihat sesuatu perkara dengan dipengaruhi oleh perspektif yang tertentu yang mana ianya mengganggu keupayaan seseorang untuk menjadi objektif dan tidak prejudis. Kadangkala, ianya membawa kepada kesilapan dan "bias" yang bersistematik. Pada kebiasaannya, "bias" terbit daripada heuristika representatif dan heuristika ketercapaian. "Bias" yang biasa ada enam kategori. Yang pertama ialah "bias" yang terlalu yakin, kedua ialah "bias" tersangkut, yang ketiga "bias" pengesahan, yang keempat ialah ketercapaian, yang kelima perwakilan dan yang terakhir ialah peningkatan komitmen.
"Bias" terlalu yakin ialah begitu mempercayai kebolehan diri dalam membuat keputusan. Seperti contoh, apabila seorang pengurus ingin membuat keputusan yang besar di dalam syarikatnya dan dia yakin akan kebolehan dirinya maka terjadilah "bias" yang terlalu yakin.
Yang kedua pula ialah "bias" tersangkut dan maksudnya ialah menggunakan maklumat yang awal atau yang pertama diterima sebagai asas dalam membuat keputusan.seperti contoh, aku mendapat maklumat tentang pembatalan kelas dan aku menggunakannya untuk sepanjang hari dengan tidak menghadiri ke kelas.
Yang ketiga pula ialah "bias" pengesahan iaitu hanya menggunakan fakta yang hanaya menyebelahi keputusan kita. Seperti contoh, Ilham (bukan nama sebenar) ingin menyertai pertandingan boal sepak peringkat zon tengah mewakili kawasannya, maka dia hanya menyenaraikan kebaikan dan kelebihannya sahaja agar dia terpilih di dalam mewakili pasukan bola sepak peringkat negeri.
Yang keempat ialah "bias" ketercapaian. "Bias" ini menggunakan maklumat yang sedia ada di tangan kita melalui yang terkini atau yang masih lagi segar di ingatan. Seperti contoh, aku terlihat kemalangan yang berlaku di hadapanku, yang mana ianya melibatkan sebuah basikal bertembung dengan kereta. Lalu, aku terimbau kembali bagaimana aku juga pernah kemalangan yang serupa suatu waktu dahulu. Pengalaman yang ngeri itu masih lagi melekat dalam ingatanku sehingga kini, hinggakan aku fobia dan masih takut untuk mengambil lesen memandu akibat peristiwa tersebut dan buat masa sekarang aku selesa menaiki kenderaan awam untuk ke mana sahaja.
Yang kelima ialah "bias" representatif yang mana ianya menggunakan representatif yang salah dalam membuat keputusan. Seperti contoh, jika Singapura turun padang untuk perlawanan bola sepak, keadaan akan jadi tegang dan huru hara serta tidak terkawal sedangkan pada hakikatnya adalah tidak.
Yang keenam dan terakhir ialah peningkatan komitmen, ianya bermaksud waalupun terdapat maklumat yang negatif, keputusan dilakukan kerana terdapat peningkatan komitmen. Seperti conoth, ketika membeli belah di pusat membeli belah Watsons. Seorang jurujual mula menjual produknya yang berkaitan dengan muka. Aku pun mula bertanya itu dan ini seperti apa kebaikannya jika memakai produk tersebut dan adakah ianya akan ada kesan sampingan atau tidak. Pada hakikatnya, aku tidak ingin membeli, tapi bilamana aku sudah bertanya banyak soalan kepada jurujual tersebut, maka aku nampak telah komited di situ dan akhirnya aku terpaksa membeli produk tersebut walaupun terdapat jawapan yang negatif dari jurujual tersebut. Itulah yang terjadi kepadaku dan aku telah menggunakan "bias" ini untuk membeli barangan tersebut.
Itulah yan g terjadi pada kehidupan sekarang yang mana manusia kadangkala akan "bias" terhadap seseorang demi kepentingganya sendiri. Untuk membendung mungkin boleh, tapi untuk tidak melakukan sedemikian adalah amat payah. Mungkin dengan apa yang telah aku pelajari, aku boleh mengajar dan memahamkan orang di sekelilingku untuk memahami apa itu "bias" yang sebenar-benarnya.
No comments:
Post a Comment