Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia kepada semua pembaca setia jurnal KMK ni. Ini merupakan hasil penulisan yang ketiga sepanjang sem ni. Rasanya dah jadi kebiasaan aku akan tulis hung minggu bila dah nak sampai waktu untuk hantar. Dalam kepala ni, yang penting tak merah sudah. Ada sebab okay tulis hujung-hujung minggu. Tulis hujung minggu best sikit, tak semak dengan kelas pastu ni kan time tengah relex, harap-harap bentuk penulisan pun relex la.
Mula-mula jom kita buat ulangkaji sikit ape yang dah belajar minggu ni. Boleh kan kawan-kawan??? Minggu ni kita belajar tentang heuristika.. ada la kaitannya dengan bias,korang tau kan bias tu ape?... ala, buat-buat tak tahu pulak… bias tu kecenderungan untuk melihat sesuatu perkar dengan dipengaruhi oleh perspektif tertentu, lebih urang keputusan yang dibuat tu berbentuk berat sebelah la.. heuristika representatif, adalah heuristika yang berbentuk wakil.. kita menilai sesuatu melalui penilaian yang kita dapat dari sebahagiannya, dan menganggap bahawa sebahagian itu telah mewakili keseluruhannya.. contohnya isu perlaksanaan hudud di Malaysia, media akan bertanya kepada sebahagian penduduk Malaysia sahaja malah bukan sebahagian tetapi hanya segelintir iaitu pada bilangan yang kecil.. secara kebetulannya, individu-individu yang ditanya itu tidak bersetju dengan perlaksanaan hukuman hudud di Malaysia, makaa akan terpampang la di dada-dada akhbar bahwa keseluruhan atau sebahagian besar warga Malaysia tidak menerima perlaksanaan hukuman hudud. Oleh itu apa yang ditulis dan yang telah diputuskan oleh media itu mempunyai unsur bias didalamnya.. kerana bagi mendapatkan keputusan yang lebih tepat, soal selidik yang dijalankan haruslah lebih meluas.
Heuristika yang kedua pulak ialah ketercapaian, yang ni aku kurang pasti macam mana nak explain dekat korang, senang cerita, keputusan yang kita buat tu berlandaskan pengalaman dan pengetahun yang kita dah ada. Contohnya, seorang pemilik kedai makan yang menjual makanan ala barat nak buka cawangan baru, dia pun meneliti beberapa lokasi.. dalam masa yang sama dia menilai melalui pengalaman yang sedia ada. Lokasi A dirasakan tidak sesuai kerana brada dikawasan tempat bgi golongan pekerja berpendapatan rendah oleh itu menurut pengalaman dia sepanjang memajukan kedainya, permintaan dari golongan berpendapatan rendah tidak memberangsangkan.. Lokasi B juga dirasakan tidak sesuai kerana lokasinya berhampiran kampung walaupun mempunyai pemandangan yang cantik masyarakat kampung lebih menggemari masakan kampung, dan hanya akan bertukar selera tekak sesekali sahaja. Manakala lokasi C kelihatan lebih menyerlah menurut pengalaman yang ada oleh pemilik, hal ini demikian kerana ia berhampiran dngan hotel mewah dan berhampiran dengan penjwat yang brpendapatan tinggi.. Panjang lebar pulak cerita ni… tapi korang faham kan.. ni keputusn bias kerana tidak semestinya, orang kampung tak suka makan makanan ala barat, mungkin dahulu betul la orang kampung tak makan.. mungkin juga orang yang berpendapatn rendah tu masih mampu nak makan di kedai beliau, mungkin juga dia ada sahabat yang kaya untuk promote.. betul tak..
Ni baru nak cerita yang berkaitan dengan tajuk, masa aku tengah jenjalan dalam facebook yang amat fames sekarang tu, ada la aku terbaca pos oleh seorang sahabat ni cerita sal nenek dan ubi.
Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.
Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."
Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."
Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"
Harakah - "Kami tiada beca."
Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."
Obefiend - "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."
Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"
Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."
Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"
Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."
Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."
Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari."
*inilah realiti kehidupan... kdg2 kite jgn mempercayai hanya dr satu sumber sahaja dan trus menghukum sesorg itu akibat berita yg didengari... carilah sumber2 len utk membuktikan bahawa berita trsebut adalah btol2 benar bagi mengelakkan berlakunya fitnah...

Itu contoh semata-mata tau, jangan nak telan bulat-bulat pulak.. daripada post ni dapat la kita fahami bahawa jika kita hanya membaca dari satu sumber sahaja mungkin maklumat yang kita perolehi adalah tidak tepat.. dan penilaian kita terhadap sesuatu perkara juga tidak tepat, diragui dan masih boleh diprtikaikan. Cerita nenek dan ubi ni contoh bagi heuristika representatif, kita baru baca dari satu sumber maklumat dah mula nak buat keputusan nak menunding jari, itu salah tau.. oleh itu kalau kita nak bercerita balik sal nenek atau ubi tu pastikan dulu maklumat kita dapat dah lengkap.. nenek dan ubi ni contoh yang boleh buat kita gelak jer, tapi boleh jer kita tukar dengan isu-isu lain..
Aku ada satu contoh heuristika ketercapaian yang berlaku pada diri aku sendiri.. habis jer STPM hari tu papa bagi lampu hijau buat lessen kenderaan. Tapi hanya kereta sahaja, sebab bagi papa menurut pengalaman dia masa muda-muda dan sekarang pun macam banyak jer kemalangan yang melibatkan motor. Jadi bagi dia motor itu kenderaan yang tak selamat, tambahan pula dia pernah berhadapan situasi kawan sendiri mati kemalangan motor, bias kan.. sedangkan kemalangan tu mungkin disebabkan kecuaian, kealpaan, langkah keselamatan yang tak dipatuhi, sikap pemandu dan semua sebab-sebab ini ada kemungkinan juga aku tidak akan ulangi.
okay la… rasanya penulisan minggu ni dah jadi penulisan terpanjang dalam ketiga-tiga penulisan aku ni.. moga berjumpa lagi ldi masa akan datang, sekian terima kasih wasslam…..
No comments:
Post a Comment