Sunday, October 16, 2011

A132932 MUHAMMAD ZULKIFLIE BIN MOHD NAWI LJO4 PERSEPSI , INGATAN & PERHATIAN



Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Salam pertemuan kita pada journal keempat ini,terima kasih diucapkan terlebih dahulu kepada Dr Ahmad Zamri dan kepada kawan-kawan kurus KMK ini yang sentiasa membaca journal saya ini. Persepsi, Ingatan Dan Perhatian Dalam Proses Membuat Keputusan ,itulah tajuk yang diajar oleh Dr Ahmad Zamri pada kali ini. Sebelum saya mengulas lebih lanjut lagi mengenai tajuk ini, saya akan menyatakan objektif pembelajaran iaitu memahami proses kognitif yang berlaku semasa proses membuat keputusan, memahami peranan 'cognitive tool' dalam proses membuat keputusan dan akhir sekali memahami interaksi ketiga-tiga aktiviti kognitif tersebut dalam membuat keputusan. Bagi menjalani proses membuat keputusan kita perlu mempunyai 'peralatan' khusus yang membolehkan kita melihat, memikirkan dan mentafsir dan akhirnya menyelesaikan masalah dengan membuat keputusan yang paling bijak. Alat-alat kognitif yang telah aku sebutkan di atas adalah persepsi, memori dan juga perhatian.
 
   seseorang perlulah berupaya mengenalpasti keserupaan dan kelainan dalam membuat sesuatu keputusan, membezakan sebab-sebab berlakunya masalah dan simptom masalah, memecahkan masalah kepada komponen-komponen yang lebih kecil serta berupaya mengenalpasti masalah mengikut prioriti. Dalam membuat keputusan alat pertama yang perlu kita ada ialah persepsi.Sebagai contoh,kita sering melihat budaya barat atau orang amerika adalah orang jahat yang mepunyai budaya yang tidak sepatutnya kita ikut,akan tetapi..persepsi kita itu adalah salah,kita tidak boleh melihat persepsi tersebut dalam skop yang kecil,di dalam budaya mereka,ada juga yang perlu kita contohi...Contoh seterusnya,kita dapat lihat sendiri media menjadi punca utama yang melebarkan maklumat-maklumat dan cerita-cerita kepada rakyat,saya ambil contoh di dalam Negara kita ini,banyak cerita-cerita ataupun movie yang ditayangkan di Malaysia yang telah mengubah persepsi kita,sebagai contoh,movie atau drama melayu selalu dikaitkan dengan cerita hantu dan cerita yang jiwang-jiwang,movie cina selalu dikaitkan dengan perjudian dan movie india selalu dikaitkan dengan pergaduhan..jadi disni telah membuatkan seseorang individu mempunyai persepsi sendiri apbila melihat sesuatu kaum,
   
   Persepsi mempunyai keterbatasannya. Antaranya pandangan yang menjadi sebahagian dari persepsi apabila mengalami illusion, ruang lingkup persepsi terhad dengan  ruangan fizikal dan keupayaan berfikir dan juga pentafsiran sesuatu yang dipersepsikan hanya boleh dibuat
jika ianya berkait dengan pengetahuan dan pengalaman relevan ada. Sebagai contoh, apabila seseorang itu tidak kiralah lelaki mahupun perempuan bercakap kasar kita telah memberi persepsi bahawa dia ini seorang yang suka menyakitkan hati orang lain. Tetapi sebenarnya apabila kita mengenalinya lebih rapat, dia seorang yang baik dan suka mengambil berat tentang kebajikan rakan-rakannya. Dalam proses membuat keputusan melalui persepsi,kita perlulah menggunakannya dalam melihat masalah secara fizikal atau konseptual dan ianya dilakukan dengan ada tujuan tertentu serta dicapai dengan menentukan rujukan objektif. Jika persepsi yang kita buat itu adalah betul dan tepat,pemahaman kita mengenai masalah pun akan jadi betul dan ini akan membantu pembuat keputusan yang tepat.

    Seterusnya,alat kognitif yang kedua ialah ingatan. Terdapat dua bentuk ingatan iaitu ingatan jangka pendek dan juga ingatan jangka panjang. Peranan schemata iaitu ingatan dalam pembuat keputusan ialah membantu pengenalpastian masalah yang hampir sama dan justeru itu mudah diselesaikan namun bukan sahaja persepsi yang terbatas,ingatan juga
mempunya keterbatasan. Kadang-kadang kita terlupa meletak barang dimana walhal kita baru sahaja menyimpan barang tersebut. Situasi ini selalu terjadi kepada kita bukan sahaja orang tua malah orang muda juga boleh mengalami situasi yang sama.

    Alat kognitif yang terakhir ialah perhatian. Alat yang terakhir ini sangat penting bagi semua orang untuk membuat keputusan terutamanya pelajar-pelajar yang sedang menuntut di universiti mahupun di sekolah. Hal ini kerana, seseorang pelajar perlu memberi perhatian apabila pensyarah sedang mengajar di hadapan kerana setiap butir kata-kta pensyarah itu sangat penting mempunyai makna yang tersirat. Apabila kita tidak memberi perhatian maka terjadilah pelbagai masalah, sebagai contoh
kita membuat tugasan lain daripada yang dikehendaki. Oleh itu, kita mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pensyarah secara personal untuk bertanyakan dengan lebih detail mengenai tugasan tersebut.
 
Sebagai kesimpulannya, terdapat perkaitan diantara persepsi,ingatan dan juga perhatian dimana melalui persepsi ingatan seseorang itu akan diransang dan apabila ingatan kita teransang maka kita akan menumpukan perhatian untuk membuat keputusan. Maka ketiga-tiga alat kognitif ini sangat penting kepada pembuat  keputusan untuk membuat keputusan dengan lebih bijak. 
 

No comments:

Post a Comment