Sunday, October 9, 2011

A132008, NADIA BT PURI, HEURISTIK->BIAS->GROUPTHINK

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t,
Selamat bertemu kembali di dalam penulisan jurnal KMK saya yang ketiga. Tanpa kita sedari, kini sudah masuk minggu ketiga kuliyah, maka akan berlangsunglah jua penulisan jurnal saya yang ketiga (walaupun sebenarnya ini adalah kuliah keempat, namun kuliah secara menyeluruh hanya bermula pada minggu kedua). Idea untuk penulisan jurnal saya yang ketiga ini kebanyakannya adalah berdasarkan persoalan yang perlu saya rungkaikan berkenaan tajuk 'Groupthink'. Tugas utama saya adalah untuk mengulas tentang peristiwa Pearl Habour dan ciri-ciri 'Groupthink' yang terdapat dalam perjalanan peristiwa bersejarah tersebut. Jelas sekali, ciri-ciri 'Groupthink' begitu ketara untuk kita bincangkan bersama. Di samping itu, saya juga akan mengulas tentang kuliah minggu ini yang memfokuskan kepada perbincangan tentang Heuristik. Persoalan yang timbul adalah apakah yang dimaksudkan dengan Heuristik? Adakah Heuristik ini berkaitan dengan 3 Model Membuat Keputusan yang kita bincangkan pada minggu lepas? Apakah Heuristik mempunyai pembahagian tertentu yang akan dibahaskan dalam subjek KMK ini? Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, marilah kita lanjutkan perbincangan ke rangkap yang seterusnya.
                Saya akan ulas serba sedikit tentang konsep idea Heuristik. Dr.Zamri menjelaskan kepada kami bahawa, agak sukar untuk seseorang itu membuat keputusan berpandukan 3 Model KMK yang kita bincangkan minggu lepas. Maksudnya tanggapan saya pada minggu lepas tentang fungsi Model KMK yang agak tidak relevan untuk dipraktikkan, sesuai dengan pandangan Herbert Simon!Hebat kan?! Mari kita lihat pendapat tokoh pemikir ini.Herbert Simon berpendapat bahawa manusia cenderung membuat sesuatu keputusan berdasarkan Heuristik, iaitu suatu bentuk tindakan membuat keputusan yang tidak berpandukan 3 Model KMK. Terdapat 4 bahagian utama Heuristik, iaitu;
1)Heuristik Jalan-Jawapan: Suatu bentuk tindakan membuat keputusan yang mana matlamat ditentukan terlebih dahulu, kemudian akan ditentukan proses untuk mencapai matlamat tersebut.
2)Heuristik Analogi: Suatu bentuk tindakan membuat keputusan dengan membandingkan pengalaman lepas/terdahulu sebagai panduan sebelum sesuatu keputusan dibuat.
3)Heuristik Representatif: Suatu bentuk tindakan membuat keputusan di mana individu tersebut akan mengambil satu contoh sebagai sampel/wakil yang menjadi jawapan kepada keseluruhan yang lain.
4)Heuristik Ketercapaian: Suatu bentuk tindakan membuat keputusan yang berpandukan kepada tanggapan/suatu pengalaman yang sedia ada dalam pemikiran individu.
                Keempat-empat bentuk Heuristik ini mempunyai pelbagai contoh yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita. Contoh-contoh untuk setiap Heuristik ini telah kita bincangkan di kelas, dan saya pasti setiap rakan-rakan sudah memahaminya dengan jelas. Namun, saya suka untuk berkongsi pengalaman saya bersama pembaca tentang Heuristik Ketercapaian. Setelah saya fahami penjelasab Dr Zamri tentang Heuristik Ketercapaian, saya mula memahami bahawa Heuristik Ketercapaian adalah suatu konsep yang amat dekat dengan kehidupan seharian saya. Sebagai seorang yang bertanggungjawab dalam menguruskan perniagaan keluarga, saya sering berhadapan dengan situasi berikut;
"Sebagai seorang yang bertanggungjawab menilai individu yang berminat untuk bekerja di restoran, saya sering menetapkan terlebih dahulu bidang pekerjaan yang sesuai untuk dimohon. Contohnya, pekerja wanita yang berminat untuk memohon kerja, saya akan khususkan pekerjaan di dapur/penyediaan makanan. Manakala, pekerja lelaki yang berminat untuk memohon, saya akan tempatkan di hadapan/waiter. Ini berikutan pengalaman lepas saya dalam menilai pekerja, dimana pekerja wanita lebih mahr di dapur, manakala pekerja lelaki lebih cekap di hadapan. Situasi/pengalaman ini mendorong saya untuk membuat keputusan Heuristk Ketercapaian"
                Kita lanjutkan perbincangan kita ke tajuk kuliah yang seterusnya iaitu; Bias. Apabila kita bercakap tentang Bias, perkara pertama sekali yang 'menggangu' kita adalah tentang sebutannya. Bagi sesiapa yang pertama sekali mempelajari tentang konsep 'Bias', sebutan biasa adalah dalam ejaan Bahasa Melayu. Namun, sebaliknya pula untuk sebutan yang betul. 'Bias' perlu disebut dengan sebutan 'Bayes'. Saya juga mengalami 'simptom' yang sama. Sebutan yang salah. Baiklah, berbalik kepada perbincangan asal. 'Bias' adalah suatu konsep di mana seseorang itu melihat sesuatu perkara dengan perspektif tertentu yang mana akan menggangu individu tersebut untuk menjadi seorang yang objektif dan prejudis. 'Bias' selalunya akan berlaku menerusi Heuristik Representatif dan Heuristik Ketercapaian. 'Bias' akan terhasil apabila suatu Heuristik tersebut menyebabkan berlakunya kesilapan dalam membuat keputusan dan 'Bias' akan berlaku secara sistematik. Terdapat pelbagai bentuk 'Bias' yang boleh kita dapati berlaku dalam kehidupan seharian kita. Contohnya seperti berikut:
1)Bias terlalu yakin.(Amat percaya kelebihan diri untuk buat keputusan)
2)Bias 'tersangkut'.(Anchoring Bias-Guna maklumat awal untuk buat keputusan)
3)Bias pengesahan.(Guna fakta yang sebelahi keputusan sendiri)
4)Bias Representatif.(Confirmation Bias-Guna maklumat yang salah)
5)Bias Ketercapaian.(Berpandukan tanggapan/pengalaman yang sedia ada dalam fikiran)
6)Peningkatan Komitmen.(Cth: Jurujua yang melihat kita seperti berminat dengan bahan jualannya, meskipun pada awalnya beranggapan kita sukar untuk mempengaruhi kita)
                Setelah kita mengetahui tentang konsep 'Bias' dan hubungannya dengan Heuristik, kta lanjutkan kepada perbincangan tentang konsep 'Groupthink'. Secara umumnya, 'Groupthink' bermaksud "Suatu pemikiran di mana ahli kumpulan berusaha untuk mencari pemikiran yang seragam, dan ingin menjadi suatu yang dominan. Tindakan itu juga akhirnya menjadikan sesuatu keputusan itu tidak realistik. Perbincangan mengenai 'Groupthink' membawa kami kepada peristiwa bersejarah 'Pearl Habour'. Kita sedia maklum tentang fakta sejarah bahawa Pearl Habour adalah satu pangkalan tentera Amerika Syarikat yang terhebat pada era perang dunia kedua. Tiada lagi angkatan tentera di dunia pada masa tersebut yang dapat menyaingi kehebatan tentera Amerika Syarikat. Pada masa tersebut, Angkatan tentera di Pearl Habour diketuai oleh Laksamana Kimmel, Panglima Tertinggi Angkatan Laut Pasifik Amerika Syarikat. Beliau yang berperanan merancang dan membuat keputusan bagi semua anggota tentera yang ditempatkan di Pearl Habour. (Sejarah lanjut sila rujuk lampiran Dr.Zamri) Apa yang ingin saya kupaskan di sini adalah, bagaimana konsep 'Groupthink' berlaku dalam angkatan tentera Amerika Syarikat yang amat hebat ini? Malah tahukah anda, bahawa simptom 'Groupthink' adalah punca utama yang menyumbang kepada musnahnya kehebatan Pearl Habour? Mari kita lihat fakta-fakta berikut:
1)Tahukah anda bahawa, Laksamana Kimmel tidak mengendahkan amaran awal yang dikeluarkan oleh angkatan tentera pusat tentang kemungkinan serangan Jepun.
2)Tahukah anda bahawa Laksamana Kimmel tidak mengakses maklumat yang lengkap dan terperinci tentang amaran awal yang telah dikeluarkan angkatan tentera Pusat.
3)Tahukah anda bahawa, meskipun Laksmana Kimmel mengetuai angkatan tentera yang hebat, namun keputusan yang dibuat dan dirancang adalah hanya berdasarkan perbincangannya bersama beberapa penolongnya sahaja.
4)Tahukah anda bahawa, Laksamana Kimmel membuat keputusan berdasarkan pendapatnya semata-mata, bukan berasaskan fakta yang lengkap. Malah keputusan tersebut sering didokong oleh para penolongnya.
5)Tahukah anda bahawa Laksamana Kimmel tidak meneliti segala maklumat yang diterimanya tentang kemungkinan diserang yang diberikan oleh angkatan tentera pusat. Malah Kimmel gagal untuk mengkelaskan risiko yang bakal diterima.
6)Tahukah anda bahawa, Laksamana Kimmel membuat suatu keputusan yang tidak releven dalam perancangannya untuk menghadapi kemungkinan diserang.Malah, para penolongnya tidak mempertikaikan keputusannya walaupun ia jelas meragukan.
7)Tahukah anda bahawa Laksamana Kimmel tidak menanggapi secara serius amaran awal yang diberikan angkatan tentera pusat, sehingga Kimmel masih sempat untuk menghadiri parti sehari sebelum Pearl Habour diserang Jepun. 
Kesemua fakta-fakta ini saya dapati selepas membaca tentang sejarah Pearl Habour. Ksimpulan ini jelas menunjukkan bahawa bagaimana 'Groupthink' memainkan peranan penting dalam sesuatu organisasi sehinggamana ia mampu untuk mempengaruhi keberkesanan sesuatu organisasi. Secara peribadi, menurut saya simptom ''Groupthink boleh kita dapati di mana-mana sahaja. Walaupun, di sekolah. Saya teringat bagaimana 'Groupthink begitu berleluasa di dalam persatuan dan kelab-kelab yang ditubuhkan di sekolah. Pengalaman menyertai persatuan di sekolah begitu mengjengelkan bilamana hanya golongan tertentu yang boleh bersuara dalam sesuatu perbincangan. Hanya indvidu yang punya 'rupa' dan personaliti menarik yang akan disokong 100% cadangannya (walaupun sebenarnya habuk pun tarak) Itu adalah pengalaman 'Groupthink' untuk saya. Mujurlah di universiti ini, simptom 'Groupthink' ini masih boeh dikawal.
                Baiklah sahabat-sahabat, nampaknya penulisan jurnal saya sampai di sini sahaja. Semoga apa yang saya kongsikan bersama anda ini bermanfaat bagi kita semua. Jika ada penulisan dan pendapat saya sukar untuk difahami, sila berikan teguran. As we say, "Sharing is Caring". Sehingga bertemu lagi di penulisan jurnal akan datang..Wassalam..

No comments:

Post a Comment